Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Tuesday, November 9, 2010

Bab Tujuh


M
in Hyuk menghantar aku ke bilik tetamu. Sekali lagi, dia menjaga aku. Aku terhutang budi padanya.
“Lizzy, awak nak air? Awak nak apa-apa tak?” Soal Min Hyuk.
“T… tak, saya tak nak apa-apa,” jawabku. Aku tak mahu menyusahkan dia lagi.
“Awak nak jumpa Yong Hwa tak? Saya boleh beritahu dia,” kata Min Hyuk. Dia mahu panggilkan Yong Hwa untuk berjumpa dengan aku. Aku menggenggam beg kertas yang berisi mafela buatanku. Aku mengganguk.
“Awak tunggu kat sini dulu ya,”
     Min Hyuk terus beredar untuk memanggil Yong Hwa. Aku rasa seperti aku tidak boleh lakukan apa-apa, hanya dibantu oleh orang lain. Kemudian, aku mendengar ketukan kecil di pintu. Siapa tu? Aku memandang tepat ke arah pintu, Yong Hwa! Aku segera bangun dari sofa kecil itu.
“Hebatnya awak mempergunakan adik saya, seronok ke?” Soalnya padaku. Pandangan mata dan sinisnya bagai jarum yang mencucuk mataku. Aku gementar.
“Ke… kenapa awak cakap macam tu? Sa… saya tak faham,” seperti biasa, aku gugup dengan situasi sebegini.
“Mmph, jangan nak lagak innocence depan aku. Kau pergunakan dia, buat itu, buat ini. Dia tak pernah sibuk macam ni,” katanya tajam. “Sejak kau sain kontrak tu, kau tak ubah macam parasit yang mengganggu dia.”
“Tapi, kalau awak tak suka semua ni, kenapa awak nak kahwin kontrak dengan saya? Kenapa awak macam ni?” Aku pelik. Kenapa perangainya begini hari ini? Wataknya jauh berbeza dengan perlakuannya di alam maya dengan alam nyata. Bagai langit dan bumi.
“Kalau kau nak tahu, aku cuma nak pergunakan kau je. Aku nak buat Girlfriend aku jealous. Cuma itu je. Kau dah nampak kan semuanya tadi?” Jelas Yong Hwa. Mata kami bertentangan. “Bolehlah dikatakan jugak kau dah membantu aku sedikit sebanyak dengan hubungan kami. Jadi, terima kasih banyak-banyak,”
     Lemah otot-otot kakiku mahu menampung berat tubuh. Aku hanya menundukkan muka ke bawah, beg kertas aku genggam erat. Aku cuba memberanikan diri untuk memberinya mafela ini.
“Ba… baguslah kalau hubungan awak dah baik dengan dia. Sa… saya pun nak berterima kasih sebab… awak dah selalu ambil berat tentang saya setiap hari,” Aku menyebut satu persatu. “I… ini hadiah hari… jadi untuk awak. Saya yang jahitkannya, harap awak suka,” kaki aku melangkah setapak demi setapak ke arahnya. Beg dihulur kemas, aku tidak berani untuk memandang ke arahnya.
“Hahaha…” Satu ketawa besar respond yang Yong Hwa berikan. Aku hanya menunduk bagai tugu di situ.
“Apa yang kau cakap ni? Bila masa pulak aku ambil berat pasal kau? Oh, mesti Min Hyuk yang selalu chatting dengan kau. Baiknya adik aku ni nak layan kau.” Aku pelik, mungkinkah selama ini, yang aku selalu chatting di Facebook, adalah Min Hyuk?
“Apa benda sampah kotor ni? Berani kau ya berikan aku sampah kau. Kalau dah susah sangat nak buang sampah ni, meh sini aku buangkan,” balasnya sinis. Aku dah tak tahan lagi dengan kata-katanya, aku tak mahu menangis lagi, tolonglah, aku tak mahu menangis di depannya.
     Beg yang aku pegang berisi dengan mafela bewarna biru laut buatan aku itu diambilnya. Aku mendongakkan kepala aku seinci demi seinci. Dia hanya tersenyum dan kemudiannya melemparkan terus hadiah dari aku ke dalam tong sampah. Aku tak mahu berada di sini lagi.
“Abang! Apa yang abang buat ni?” Jerit Min Hyuk tiba-tiba di hadapan pintu. Nafasnya tercungap-cungap dengan riak wajah yang kelihatan marah. Min Hyuk, saya nak keluar dari sini.
“Oh, kau dah sampai Min, baguslah. Biar kita tamatkan kontrak bodoh tu sekarang ni.”
“Lizzy, awak tak apa-apa? Kenapa ni? Apa yang abang dah buat?” Soal Min Hyuk risau sambil memegang erat kedua-dua tanganku. Aku hanya menggeleng. Aku terus keluar dari situ. Aku mahu balik. Min Hyuk, jangan kejar aku. Aku tak nak lagi dengar kata-kata kesat Yong Hwa sebab perkara ini.

*****
“Min Hyuk, kau tak dengar pun apa yang aku cakap,” bisik Yong Hwa. “Kau memang dah angau dengan orang miskin tu ke?” Kata-kata Yong Hwa memberhentikan langkah Min Hyuk yang hendak mengejar Lizzy.
“Abang! Kenapa dengan abang ni? Min dah cakap dah jangan cakap macam tu pada Lizzy! Kita kan dah berjanji!” Marah Min Hyuk.
“Dia tu nampak miskin sangat, sebab tulah aku cakap jugak macam tu. Lagipun, berani dia bagi aku sampah dia.”
      Min Hyuk bingung, dia memandang sekeliling. Di tong sampah tu, ada beg Lizzy. Perasaan Min Hyuk bertambah geram dengan perangai abangnya yang kejam dengan Lizzy.
“Kenapa Min Hyuk, kau ada apa-apa yang nak dicakapkan ke?” Soal Yong Hwa selamba.
“Abang, abang dah melampau! Kalaupun abang tak suka Lizzy, janganlah sampai abang hina dia. Mafela ni.” Min Hyuk mengambil beg yang berisi mafela buatan Lizzy dari tong sampah. “Mafela ni hasil tangan dia! Abang tahu tak betapa gembiranya dia jahitkan ini untuk abang walaupun dia letih?” Kesal Min Hyuk.
“Kau jangan masuk campur urusan aku boleh tak? Lagipun, kau yang suruh aku kahwin kontrak dengan dia. Dia cuma nak duit je,” balas Yong Hwa selamba. Api marah Min Hyuk semakin membara.
“At least, tak boleh ke abang appreciate hadiah dari dia? Saya ingat abang akan berubah bila berjumpa dengan Lizzy, Lizzy is thousands better than Hyo Min. You’ll realize it soon,” balas Min Hyuk geram.
“And this mafela, that you just throw it to the trash just now, it’s mine now!” Min Hyuk segera meninggalkan tempat itu. Api Min Hyuk makin membuak-buak dengan riak abang. Min Hyuk harus cari Lizzy sekarang. Mesti dia tengah menangis sekarang ni.
*****

Langkah aku berat menuju ke pintu kereta. Aku cuba berlagak normal. Aku menarik nafas dalam beberapa kali. Driver yang membuka pintu kereta hanya berdiri di situ. Aku tak mahu dia melihat aku, jangan pandang rupa aku sekarang ni. Aku masuk ke dalam kereta. Jari-jariku yang menggigil ditiup perlahan. Aku cuba untuk menghilangkannya.
“Driver, saya nak balik sekarang. Tolong cepat ya.”
“Baik, Puan muda.”
     Aku rasa takut untuk bertemu lagi dengan Yong Hwa. Seperti mimpi ngeri hari ini. Aku mahu sedar dari mimpi ini jika betul semua yang berlaku ini adalah mimpi semata-mata.