Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Wednesday, November 10, 2010

Bab Sembilan


D
i banglo Topaz Holding. Min Hyuk melihat keadaan di halamannya sudah renggang, nampaknya tetamu sudah pulang. Min Hyuk mencari abangnya, Yong Hwa.
“Abang! Abang!” Jerit Min Hyuk.
“Asal kau jerit-jerit ni? Dah takde kerja?” Balas Yong Hwa yang berada di tangga menuju ke arahnya sambil memegang tangan Hyo Min.
“Kenapa dia kat sini lagi?” Marah Min Hyuk.
“Kenapa? Tak boleh ke? Hyo Min kan bakal kakak ipar kau. Hormat sikit dia.”
“Kalau kau suruh mak hormat dia pun, mati hidup balik mak takkan buat! Yong Hwa, apa dah jadi dengan kamu ni?” Soal Puan Ri Na yang muncul seperti kilat.
“M… mak, cepatnya mak sampai. Macam mana mak boleh cepat sangat ni?” Soal Min Hyuk terkejut.
“Alah, ni Puan Ri Na lah. Dari tadi mak dah ada kat majlis ni. Ingat mak nak duduk kat London tu kalau kat banglo ni tengah huru-hara sekarang,” jelas Puan Ri Na.
“Selamat pulang, Puan,” ucap Hyo Min.
“Mak nak apa lagi ni? Mulai hari ni, Hyo Min sah sebagai girlfriend saya,” ujar Yong Hwa muktamad.
“Yelah, mak benarkan, asalkan si Hyo Min… tu tak meluatkan hati mak,” sebut Puan Ri Na satu-persatu. Kata-katanya memeranjatkan ketiga-tiga orang di situ.
“Mak, mak dah…” belum sempat Min Hyuk berkata, Puan Ri Na menunjukkan jarinya di mulut sebagai tanda untuk menyuruh Min senyap. Min hanya mengikut arahannya.
“Mak! Betul ke ni?” Soal Yong Hwa tak percaya. Puan Ri Na hanya mengangguk.
“Thanks mak,” balasnya lagi.
“Hyo Min, jangan ingat saya dah terima awak sepenuhnya,” Jelas Puan Ri Na. “Mak nak tengok sebanyak mana kesungguhan cinta korang lepas ni,” ucapnya sambil menjeling ke arah Min yang dari tadi pelik dengan tingkah laku maknya. “Mak nak korang berdua bercuti di Villa Topaz cawangan Korea.”
“Betul ke mak? Baguslah kalau macam tu!” Ucap Yong Hwa gembira. Hyo Min turut menumpang kegembiraannya.
“Tapi, dengan syarat.”
     Kata Puan Ri Na terus menberhentikan kegembiraan Yong Hwa.
“Apa dia mak?” Soal Yong Hwa.
“Takkan korang berdua je yang nak bercuti? Min Hyuk macam mana pulak?” Sindir Puan Ri Na. “Min Hyuk dan Lizzy akan bercuti bersama-sama dengan korang. Jangan bantah cakap mak.”
“Mak! Kenapa mak ajak sekali si miskin tu? Macam mana pulak mak tahu pasal dia?” Pelik Yong Hwa. Min Hyuk mula faham akan taktik mak yang dari dulu lagi sentiasa bernas dan tak pernah menghampakannya.
“Kenapa? Kau ingat mak ni katak di bawah tempurung ke? Mak bukannya nak satukan korang, mak satukan Lizzy dengan Min.”
     Min Hyuk tersengih sorang-sorang di situ. Di fikiran Min Hyuk, dia dapat meminta maaf dengan Lizzy dan bercuti bersama-sama dengannya nanti di Korea. Min Hyuk makin suka dengan taktik emaknya.
“Agree jelah bang, bukannya dia kacau kau,” sindir Min.
“Yong Hwa okey je, tapi Yong tak nak Hyo Min rasa tak selesa,” Jelas Yong Hwa perlahan.
“Betul ke kau tak selesa nanti Hyo Min?” Soal Puan Ri Na sengaja untuk mendengar kata kepastian dari mulut Hyo Min sendiri.
“Saya tak kisah, malah, kami akan bergembira bersama-sama nanti. Puan tak perlu risau,” balas Hyo Min tenang. Kata-katanya terdapat seribu erti yang tersirat.
“Mmm, baiklah. Berseronoklah ya korang berempat nanti,” balas Puan Rina. “Min Hyuk, mari ikut mak,” Puan Ri Na mengarahkan Min untuk turut keluar dari banglo.
“Mak nak jumpa Lizzy.”
“Okey!” Balas Min Hyuk gembira. Min Hyuk sememangnya menantikan emaknya untuk memujuk Lizzy. Mereka segera masuk ke dalam kereta Min Hyuk, iaitu salah sebuah kereta Ferrari bercat kuning.
“Kalau ya pun, perlahanlah sikit! Ada yang nak kena penumbuk mak ni karang,” Jerit Puan Ri Na. Cara Min Hyuk memandu kereta bagai orang gila yang mahu bunuh diri.

Tangisan aku kian reda. Aku menghembuskan nafas beberapa kali. Aku nak salin pakaian dululah, aku tak selesa dengan gaun ni. Aku masuk ke dalam rumah dan melihat sekeliling. Nampaknya, dah berhabuk sedikit. Baju lamaku masih tersusun rapi di dalam almari. Baiklah, aku mahu kembali kepada asalku.
     Air pancutan dibuka. Aku menggunakan air sejuk untuk mandi, badanku terasa letih hari ini. Aku membalut tuala mandi di badan. Sejurus sahaja aku mahu keluar, pintu bilik mandi tiba-tiba terbuka. Min Hyuk!
“Ahh…!” Jerit aku sepuas hati. Kenapa Min Hyuk kat sini!
“Min… minta maaf, saya tak sengaja,” ucap Min Hyuk untuk menjelaskan apa yang berlaku. “Awak boleh turun tak lepas awak salin baju? Ada orang nak jumpa dengan awak.”
“Pergilah dulu!” Jerit aku. Dengan pantas aku mencapai lebihan tuala untuk menutup seluruh tubuh badanku yang terdedah.

*****
“Gatalnya anak mak ni…” sindir Puan Ri Na.
“M… mak dengar Lizzy menjerit ke?” Soal Min Hyuk malu.
“Kalau dia dah menjerit macam tu, takkanlah mak tak dengar,” sindirnya lagi.
“Min bukannya sengaja pun,” jelas Min.
“Anak-anak aku ni, semuanya tak boleh buat dengan perfect,” keluh Puan Ri Na. Min hanya mendengar keluhan emaknya yang tak sudah-sudah menyindir dia dan abangnya.
“Pondok ni, nampak cantik sangat,” ujar Puan Ri Na lagi. “Dah, pergi jauh-jauh. Mak nak berbual sorang-sorang dengan Lizzy nanti.”
*****

“Se…selamat petang Puan. Puan siapa?” Soalku.
     Sejurus aku keluar, di pondok buatan ayahku, terdapat seorang wanita yang duduk sopan di situ. Wajahnya kelihatan manis, berseri-seri dan cantik. Aku mula menyapanya.
“Ah, selamat petang. Lizzy… cantiknya kamu ni,” balas wanita itu sambil memuji aku. Aku hanya tersipul malu di hadapannya.
“Te… terima kasih. Tapi, siapa ya Puan? Saya tak pernah nampak Puan sebelum ni.”
“Oh, maafkan saya sebab biadap. Mak cik ni Puan Ri Na. Mak cik emak kepada Yong Hwa dan Min Hyuk,” Jelasnya. Aku terkejut. Kenapa pula emak mereka ingin bertemu dengan aku? Takkan dia datang untuk menghina aku lagi.
“Pu… puan,” kata-kataku terhenti.
“Tak, jangan panggil saya Puan. Panggil je saya Mak.”
“Mak?” Aku pelik.
“Lizzy, panggillah saya mak. Mak dah lama teringinkan menantu macam kamu ni. Maafkan mak kalau anak-anak mak dah lukakan hati kamu. Menangislah di pangkuan mak kalau kamu nak,” ucap Puan Ri Na perlahan. Aku mula menangis. Entah kenapa, wanita di hadapanku menyerupai ibuku.
“M… mak,” balasku sambil memeluknya. “Saya dah tak sanggup lagi nak dengar kata-kata Yong Hwa.”
“Tak apa, kamu jangan ambil hati dengan apa yang Yong Hwa cakap. Dia macam tu pun sebab dia dah terpengaruh dengan Hyo Min tu. Kamu janganlah ambil hati,” ujar Puan Ri Na sambil mengusap lembut rambutku.
“Saya dah tak…”
“Shh, jangan cakap macam tu. Dengar cakap mak. Yong Hwa tu seorang yang baik,” jelasnya. “Mak harap sangat kamu dapat ubah perangai dia. Tolonglah mak,” rayunya padaku. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan.
“Mak tak suka Hyo Min tu, lagipun, dia lebih pentingkan kerjaya dia daripada Yong Hwa, Mak nak kamu tolong mak.”
“To… tolong apa?” Soalku teresak-esak menahan tangisan.
“Mak nak kamu rehatkan fikiran, pergi bercuti dengan dia di Korea.”
“Hah? Takkan dia nak pergi dengan saya kot?”
“Taklah, kamu, Yong Hwa, Min Hyuk dan Hyo Min yang akan pergi ke Korea. Mak nak kamu awasi Yong Hwa. Itu saja. Tolong mak ya? Kalau lepas ni Lizzy nak putuskan hubungan dengan mak pun, mak tak kisah.”
     Aku hanya mengangguk tanda setuju. Sekurang-kurangnya, Min Hyuk ada. Tapi, aku dah rasa kekok dengannya. Terpaksalah aku terima permintaan Puan Ri Na yang aku sudah anggap sebagai ibuku. Dia memang berbeza dengan yang aku sangkakan. Aku ingat, Emak mereka merupakan seorang yang tegas dan mementingkan status.
“Baguslah, seronoknya mak rasa… Terima kasih Lizzy, mak gembira sangat!” Ucapnya gembira. “Esok pagi, kamu bersiap sedia ya untuk bertolak?”
“Mmm.”
“Min Hyuk!” Jerit mak tiba-tiba.
“Ya, mak,” balas Min perlahan.
“Tak nak cakap ke apa yang kau nak cakap tadi?” Soal mak.
“Lizzy, saya min… ta maaf. Maafkanlah saya,” ucap Min Hyuk sambil menunduk ke arahku. Aku tergamam. Emak hanya mencuit lenganku.
“Y… yalah. Saya maafkan awak. Lain kali, janganlah berbohong dengan saya.”
     Min Hyuk menunjukkan riak mukanya yang gembira. Aku harap apa yang aku buat ni, semuanya akan berakhir dengan baik. Aku tak mahu dilukai buat kali kedua.

2 comments:

  1. best cite ni, bolehlah sambung lagi ye...sebenarnya siapa hero dlm cite ni? Yong Hwa atau Ming Hyuk? cepat sambung ye ape yg akan jadi seterusnya.

    ReplyDelete
  2. itu rahsialah..... anyway, please vote my poll!

    ReplyDelete