Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Tuesday, November 23, 2010

Bab Dua Puluh


H
ati aku rasa sakit melihat perempuan yang menggelarkan dirinya sebagai teman baik Min memegang erat tangan Min Hyuk. Aku memberi pandangan tidak selesa kepadanya.
“Ah, kalau dah macam ni, apa kata kita makan sama-sama nak?” Soal Yong Hwa memberi idea. Aku berhenti dari memandang Raina. Aku memandang ke arah Yong Hwa.
“Ah, apa dia?” Kataku pada Yong Hwa. Aku cuba buat-buat tidak tahu. Aku membuat isyarat muka kepada Yong Hwa supaya kami tak akan makan bersama, tapi diendahkan olehnya.
“Hmm, boleh jugak kalau macam tu. Bolehlah kita berbual,” ujar Raina. Dia setuju dengan cadangan Yong Hwa. Min yang berada di situ kaku tak bersuara. Kenapa pulak dengan si Min ni. Kenapa dia tak beritahu aku tentang ni?
“Waiter, table for four please. The most quiet one,” ujar Yong Hwa kepada penyambut tetamu itu.
“Yes, sir. Please follow me,” balasnya dengan hormat.
     Tanganku ditarik oleh Yong Hwa. Aku baru saja nak jalan dari belakang, mahu tengok penampilan teman baik Min ni. Tapi, Yong Hwa dah tarik aku ke depan.
     Kami akhirnya duduk di meja yang telah ditunjukkan oleh penyambut tetamu tersebut. Aku segera duduk di kerusi itu tanpa berlengah lagi.
“Raina, tunggu sekejap,” ujar Min tiba-tiba.
“Kenapa?” Soal Raina pelik.
“Biar saya yang tarikkan kerusi untuk awak,” ujar Min lembut.
     Apa? Nak tarikkan kerusi untuk dia? Bukan main mesra lagi si Min dengan Raina ni. Aku menggenggam jari-jemariku. Aku terasa sakit. Rupanya aku memakai cincin yang Min beri hari tu. Tak perasan pulak. Nak tambah cantiklah katakan malam ni. Tapi, tak nampak cantik pun. Raina nampak lagi cantik berbanding aku.
“Ah, terima kasih. Baiknya awak,” ucap Raina. Min hanya berdehem.
     Dalam diam, aku memerhatikan Raina. Dia nampak cantik, comel. Gaun yang dipakainya juga nampak cantik. Kemudian, Raina perasan yang aku sedang memerhatikannya. Aku mengalihkan pandangan dan hanya berdehem.
“So, kita pesan order dululah ya,” ujar Yong Hwa.
“Hmm Min, saya macam biasa tau. Tak pernah berubah pun cita rasa saya kat Villa ni,” kata Raina.
“Hah? Awak still suka makan set kanak-kanak tu lagi ke?” Usik Min. Aku terkejut dengan perangainya yang tiba-tiba menjadi riang.
“Hisy, awak ni! Kena karang. Stik istimewa Villa nilah. Apa pulak set kanak-kanak,” ketawa Raina. Dia memukul lembut bahu Min yang berada di sebelahnya. Aku duduk bertentangan di hadapan Raina.
“Saja jelah nak kenakan awak,” balas Min. “Please give us two sets of Special Steak from our top chef,” ujar Min kepada pelayan yang memakai pakaian lebih mewah dari aku. Hebat sangatlah dia speaking.
“Lizzy, awak nak apa?” Soal Yong Hwa. Aku tak pandang menu langsung. Apa yang aku tahu, hanyalah Chicken Chop yang aku pernah makan dulu ketika berlatih.
“Chicken Chop ada tak?” Bisikku pada Yong Hwa perlahan. Yong Hwa hanya ketawa.
“Give us two sets of Chicken Chop. That’s all,” ujar Yong Hwa.
“Yes, sir.”
“Yong Hwa, awak makan Chicken Chop je?” Soal Raina pelik. Kenapa?
“Oh, saya temankan Lizzy makan je,” balas Yong Hwa selamba.
“Amboi, bukan main lagi. Sebelum ni, tak pernah pulak makan makanan lain selain makanan pelik kau tu. Apa dia, Duck Steak?” Sindir Raina.
“Hmm, saya dah berhenti.”
“Hahaha…” Raina hanya ketawa dengan pengakuan Yong Hwa. “Lizzy, ceritalah macam mana awak berjumpa dengan Yong Hwa.” Soal Raina. Banyak tanya pulak si minah ni. Aku tak tahu mahu cakap apa. Aku sendiri tidak tahu dari mana hendak aku mulakan kisah kami. Apa yang aku tahu, hanyalah penerimaan aku terhadap lamaran ‘online’ mereka.
“Min yang perkenalkan,” jawab Yong Hwa selamba.
“Hah? Betul ke Min?” Soal Raina tak percaya kepada Min.
“Ah, Mmm,” balas Min pendek.
“Wah, kenapa?”
“Saya kan belum sihat lagi dari accident yang saya beritahu awak dulu, sebab tulah Min carikan bakal isteri untuk saya. And then, saya diperkenalkan dengan Lizzy,” bohong Yong Hwa. “Balik ni, kami mungkin akan bertunang. Betul tak Lizzy?”
    Aku tercengang dengan soalan Yong Hwa. Kenapalah dia tanya soalan begini sekarang ni.
     Aku hanya menggangguk. “Mungkin…”
“Wah, tahniah! Tak sangkanya, pelik betul kisah cinta korang, tapi siapa kisah. Muda lagi pulak tu, dah nak berkahwin! Gatalnya awak Yong Hwa.”
“Bukannya salah pun.”
“Lizzy, awak suka apa pada Yong Hwa? Mesti ada kan?” Soal Raina padaku. Hmph, nak tanya orang konon. Hisy, kenapa dengan aku ni? Asyik angin je dengan Raina. Bukannya dia buat jahat pun. Dia nampak lebih baik daripada Hyo Min. Sifat dia juga hampir sama dengan sifatku. Tapi, apa yang aku geram sangat dengan dia?
“Saya… suka-sukalah kat Yong Hwa,” balasku satu persatu.
“Alah, malu-malu pulak,” usik Raina. “Oh ya, Min, chef tu ada lagi ke?” Soal Raina pada Min.
“Chef apa?” Pelik Min.
“Chef yang dulu tulah,” jelasnya. “Tu ke top chef yang awak sebutkan tu?”
“Oh, A’ah. Chef tu dah berjanggut dah. Awak dah lama tak jumpa dia,” balas Min. Dia akhirnya teringat akan chef yang disoal oleh Raina sebentar tadi. Aku cuba untuk masuk campur.
“Kenapa dengan chef tu?” Soalku.
“Oh, kami selalu mintak makanan daripada chef tu masa kecik-kecik dulu. Dialah tukang masak paling hebat. Saya dan Min selalu curi-curi masuk dapur restoran untuk dapatkan makanan daripada dia,” balas Raina.
“Ooh… Jadi, korang berdua memang rapatlah sejak kecil lagi.”
“Mmm, kami ni macam couple,” sebut Raina selamba. Aku hampir mahu tersedak walaupun aku tidak minum seteguk pun air sejak tadi.
“Raina, janganlah cakap macam tu,” marah Min.
“Baguslah kalau macam tu. Korang tak nak jadi couple ke? Atau berkawan rapat macam dulu lagi?” Soal Yong. “Awak pun dah makin cantik sekarang ni. Dah tak macam lelaki lagi.”
     Aku hanya mendengar perbualan mereka. Raina ni dulu macam lelaki ke? Takkanlah. Takkan wanita yang nampak elegan di depan aku ni pernah berupa seperti lelaki pada zaman kecilnya?
“Hehehe… Terima kasih. Memanglah saya nak. Tapi, Min ni yang macam tak nak lagi,” keluhnya. “Dulu, bukan main menangis lagi Min bila saya terpaksa pindah ke U.K. Min pun ada janji nak kahwin dengan saya.”
“Hahaha… Min, tak baik tau buat macam tu,” ujar Yong Hwa. Begitu rapat rupanya hubungan antara Raina dan Min. Siapalah aku mahu mengutuk dan mempersoalkan Raina. Tapi, aku masih rasa tak puas hati dengan keakraban mereka.
“Kalau boleh, saya nak sangat datang ke majlis pertunangan awak nanti,” ucap Raina.
“Datanglah. Tapi, saya tak pasti lagi bila. Saya tinggal nak dapatkan kepastian daripada Lizzy je,” ujar Yong bohong. Padahal, persiapan majlis pertunangan sedang disiapkan di banglo Topaz tanpa pengetahuan semua orang kecuali butler dan orang-orang gaji.
“Hisy, takkan punya Lizzy tak mahu terima. Bila-bila pun awak beritahu saya, saya pasti akan datang. Saya pun dah lama tak jumpa Puan Ri Na.”
     Sedang rancak kami berbual, makanan akhirnya terhidang di atas meja. Dengan berhati-hati, aku mengangkat garfu dan pisau. Maklumlah, aku dah lupa sikit dengan ajaran dari butler tentang cara pemakanan. Aku tak naklah Raina tengok aku tak pandai makan menggunakan garfu dan pisau ni. Sekurang-kurangnya, aku mahulah tampak seperti orang yang bertatasusila di mata Raina.
     Tanganku diangkat sedikit untuk memotong daging ayam itu. Kemudian, Raina perasan akan sesuatu.
“Eh, itu bukan cincin kahwin Puan Ri Na ke?” Soal Raina pelik.
“Hah?” Aku terpaku dengan kata-katanya. Begitu juga dengan Min dan Yong Hwa. Dia pun tahu tentang perkara ni?
“Sepatutnya cincin tu bukan ke untuk bakal isteri Min?” Raina makin bingung dengan cincin yang berada di jari manisku ini. Apa? Cincin untuk bakal isteri Min? Kalau betul apa yang dia cakap, apa hal pulak si Min suruh aku pakai cincin ni?
     Baru aku tahu akan makna disebalik cincin yang Min beri aku tempoh hari. Apa yang ada di fikiran Min agaknya sehinggakan dia memberi aku cincin yang sangat bermakna dalam hidup dia kelak? Aku memandang ke arah Min. Min makin gelabah melihat pandanganku dan pandangan dari Raina.

1 comment:

  1. wah2 cemburu nmpk lizzy...
    plik la lizzy nie..siang hari ske ngn yong hwa
    pastu cmeburu tgk min rpt ngn pmpuan len..

    iskh3...papepun best sngt..
    keep it up k =)

    ReplyDelete