Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Wednesday, November 10, 2010

Bab Lapan


A
ku merasa ingin menangis sepuas-puasnya sekarang ni. Aku tak nak balik ke banglo sekarang ni.
“Driver, boleh awak hantarkan saya ke rumah lama saya tak?” Soalku sambil menahan air mata.
“Baik, Puan muda,” balasnya.
     Aku hanya menarik nafas dalam. Sejurus tiba di rumah lamaku, aku segera melangkah keluar menuju ke pondok kecil buatan ayah di belakang halaman rumah. Walaupun pondok itu dihiasi dengan warna-warna bunga yang mekar, tetapi, hati aku tidak dapat menjadi sepertinya walau betapa banyak aku mencuba. Aku merehatkan tubuhku yang dari tadi terasa beratnya di situ. Mataku memandang atap usang yang dipenuhi dengan gambar-gambar kenangan kami sekeluarga. Aku cuba meredakan kesedihan aku dengan senyuman ikhlas mak. Betapa manisnya kenangan silamku. Mengapa aku diduga dengan kenangan pahit hari ini? Adakah ini satu ujian untukku?
“Mak, ayah, Lizzy dah balik. Lizzy tak sempat pun ucapkan selamat tinggal kat mak dan ayah sebelum Lizzy tinggal kat banglo tu. Mungkin sebab tulah Lizzy kena menghadapi semua ni, Lizzy tak dapat restu mak dan ayah,” Kata-kataku disebut bertemankan dengan air mata yang tidak henti-henti dari tadi.
“Mak, Lizzy nak putuskan semuanya sekarang. Lizzy tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan keluarga syarikat Topaz Holding,” aku memutuskan kata-kataku di hadapan foto mak dan ayah. Aku tak mahu menjadi ‘parasit’ dalam keluarganya. Aku tahu aku ni tak layak untuk berkawan dengan mereka, apatah lagi mengikat hubungan perkahwinan di antara mereka.
“Lizzy.”
     Aku respon kepada suara yang memanggil namaku. Min Hyuk! Kenapa dia di sini? Kenapa dia selalu muncul di saat-saat begini? Aku perlu jelaskan semuanya pada Min Hyuk sekarang juga.
“Min Hyu…” Belum sempat aku berkata apa-apa, Min Hyuk memeluk aku erat. Aku terkejut dengan tindakan drastiknya. Badanku seolah-olah diikat oleh benang sehinggakan aku tak boleh menolak tubuhnya.
“Min… Min Hyuk, a… pa ni?” Soalku.
“Lizzy, awak tak apa-apa ke? Awak menangislah sepuas-puasnya. Saya ada kat sini,” ujar Min Hyuk tenang. Kata-katanya menyentuh hatiku. Tak, aku tak mahu mendengar kata-kata Min Hyuk lagi. Aku tahu, dia saja je buat semua ni. Dengan tolakan yang lemah, aku cuba untuk melepaskan diri dari pelukannya.
“Min Hyuk! Saya tak nak lagi buat semua ni. Kenapa awak sanggup buat saya macam ni!” marah aku.
“Lizzy, kenapa ni? Apa yang saya dah buat?” Soal Min Hyuk bingung.
“Kenapa awak sanggup tipu saya? Kenapa orang yang selalu saya chatting tu adalah awak? Sanggup awak memperbodohkan saya di depan Yong Hwa!”
“Lizzy, saya tak berniat pun nak buat macam tu,” jelas Min Hyuk. “Saya tak nak awak rasa sedih dan sunyi semasa tinggal kat banglo. Itu je. Kan saya selalu cakap dengan awak yang saya ada, saya ada untuk menemani awak.”
“Kalau ya pun awak nak temankan saya, kenapa awak gunakan nama Mr. Mystery? Awak tau tak yang saya sentiasa ingat betapa baiknya Yong Hwa. Awak tau tak sakitnya hati saya dengar kata-kata Yong Hwa? Saya seperti dipermainkan. Saya nak tamatkan semua ni! Saya tak nak jadi ‘parasit’ awak lagi!” jerit aku sekuat hati di depannya. Aku mahu meluahkan segalanya yang aku pendamkan dari tadi.
“Lizzy, awak jangan dengar semua kata-kata dia. Awak buang semua kata-kata abang. Awak endahkan kata-kata abang!” Jerit Min Hyuk sambil menutup kedua-dua telinga aku dengan tapak tangannya. Matanya memandang tepat ke arah mataku. Aku tak boleh kalah dengan kata-katanya lagi. Memang salah aku sebab terima lamaran bodoh mereka.
“Min Hyuk!” Secara spontan, aku menampar pipi Min Hyuk. Aku sendiri terkejut dengan tindakan di luar kawalan aku. Tak apa, aku harus lakukan semua ini untuk mengakhiri semuanya.
“Pergi dari sini! Tolong… pergi dari sini!” Aku menjerit sekuat hati di depannya. Aku tak mahu dia berterusan menggunakan helahnya lagi. “Pergi!”
     Min Hyuk menunjukkan respon yang agak terkejut. Dia berpaling tubuhnya dan menuju keluar selangkah demi selangkah. Tanpa aku sedari, selangkah demi selangkah tapaknya menuju keluar adalah sama seperti sititis demi setitis air mataku mengalir. Kenapa aku tak dapat menahan diri daripada menangis? Aku tak mahu lagi hidup seperti ini. Aku tak mampu menempuh hari yang sama setiap hari.

*****
Selepas Min Hyuk masuk ke dalam keretanya. Nafasnya ditarik dalam dan dihembus sekuat hati. Stereng kereta dipukul berkali-kali. Dia cuba menenangkan dirinya sebentar. Kemudian, telefon bimbitnya dicapai.
“Helo, mak!” Ucap Min Hyuk.
“Ya, Min Hyuk, kenapa ni? Mak dah agak dah. Si abang kamu ni memang nak kena dengan mak,” jawab ibunya, dia adalah Puan Ri Na.
“Mak, mak kena jugak balik sekarang. Mak kena berjumpa dengan Lizzy,” jelasnya.
“Mmm, nampaknya hal keluarga perlu dipentingkan lebih daripada kerja ni. Bolehlah mak tonton drama sekejap. Dah lama mak tak berehat.”
“Mak, seriuslah sikit!” Marah Min Hyuk.
“Eh, kau tau tak, kalau mak jadi Lizzy, dah lama mak sumpah seranah kau. Tau tak?” Kata Puan Ri Na dengan nada sindir.
“Kenapa pulak ni… Mak janganlah nak kusutkan fikiran Min lagi.”
“Yelah, yang kau menggatal guna nama Mr. Mystery, menyamar jadi abang kau masa chatting tu buat ape? Kan lagi senang kalau kau bagi tahu yang tu kau!” Jelas Puan Ri Na. Dia mengeluh kecil. “Apalah yang anak aku boleh buat sebenarnya ni? Menyesal mak kahwin dengan ayah korang. Perangai dua kali lima je,” Keluhnya lagi.
“Mak!” Marah Min Hyuk. “Orang tengah serius ni!”
“Apa yang abang kau buat kat Lizzy? Kutuk dia? Hina dia?” Soal Puan Ri Na.
“Lebih kurang macam tulah.”
“Si Yong Hwa ni memang dah kena penyakit kutu Hyo Min tu. Dia ingat keturunan dia tak pernah miskin agaknya. Dia ingat aku nak jadikan dia menantu aku? Kalau nak diikutkan hati maklah, masa mak berjumpa dengan dia dulu, rasa nak tarik-tarik je rambut dia. Entah apa yang abang kamu nampak dekat dia tu? Setakat main biola tu, berjuta-juta orang pun boleh buatlah.”
“Dahlah tu mak membebel, cepat balik tau! Min tak nak tengok Lizzy macam tu lagi.”
“Yelah, mak nak bertolaklah ni. Helikopter mak pun dah lama bersedia kat luar tu. Bukannya mak tak tau ape yang jadi dengan korang bertiga.”
     Min Hyuk mematikan telefonnya. Dia segera kembali ke Banglo Topaz Holding. Tetamu masih belum pulang lagi. Lagipun, masalah antara Min Hyuk dan Yong Hwa belum bernoktah.

1 comment:

  1. best jugak cerita ni....rasa cam tengok drama korea pulak....

    ReplyDelete