Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Monday, November 15, 2010

Bab Tiga Belas


S
uite Villa yang khas untuk keluarga Topaz Holding, pemilik kepada Villa Topaz ini sememangnya mewah, luas dan cantik. Kami berempat ditempatkan seorang satu suite.
“Selesanya katil ni,” ujarku sambil berguling-guling di atas katil mewah itu. Sejurus saja Min hantar aku ke sini, aku terus masuk. Malas nak mendengar kata-katanya lagi. Teddy Bear yang mendatangkan masalah kepada aku, aku letak di atas sofa. Tengok muka patung tu saja dah buat aku rasa nak gunting-gunting mulut dia. Aku berguling-guling lagi di atas katil. Secara tidak sedar, Min berada di hadapanku, sedang melihat telatahku. Aku terkejut.
“Min!” Jeritku. Aku terjatuh ke lantai dari atas katil.
“Comelnya Lizzy! Suka sangat ke katil ni?” Sindir Min dengan senyuman. Aku dah tak tahan lagi dengan dia!
“Ambik ni!” Jerit aku lantang sambil menghalakan kaki aku ke arahnya. Kaki aku terhenti dengan tangannya yang memegang kakiku spontan.
“Tak sopannya awak,” sindir Min lagi.
“Kat sini dah takde siapa-siapa lagi. Saya boleh tak sopan kat sini! Awak dah melampau! Janganlah asyik kacau saya.”
“Kalau awak dah tak sopan kat sini, boleh tak saya pun tak sopan?” Soalnya tiba-tiba.
“Okey! Jom lawan. Saya pandai karate tau. Saya nak siat-siat badan awak sekarang. Yak!” Aku cuba mencapai tangannya, tetapi pergerakan Min lebih pantas. Min memusingkan aku dan tiba-tiba memelukku erat. Aku terkejut.
“Kalau tak sopan macam ni kan lagi bagus,” bisik Min di telingaku. Jantungku berdegup pantas lantas aku mendengar bisikan syaitannya.
“Apa ni Min, lepaslah,” kataku sambil cuba untuk keluar dari pelukannya. Aku dapat merasakan yang wajahku sekarang tengah merah kerana malu. Kenapa perasaan aku begini?
“Hahaha…” Ketawa Min. Dia melepaskan genggamannya di pinggangku. “Saja je nak kacau awak. Kan dah merah tu,” usik Min. Mahu saja aku mengenakan tapak kakiku ke mukanya. Tapi, itu mungkin mustahil. Tak sangka dia lebih kuat daripada aku.
“Keluar cepat! Saya nak tidur! Jangan nak masuk lagi kat sini tanpa kebenaran saya!” Jeritku cuba menahan malu. Perangai dia ni makin lama makin tak dapat nak dibayangkan. Apalah yang tak kena dengan dia sejak kebelakangan ni.
“Saya nak bagi awak ni jelah. Nah,” ujar Min sambil menunjukkan telefon bimbitku. Rupanya, aku tertinggal telefon bimbit. Mungkin tertinggal di dalam kereta tadi.
“Dah, kalau dah takde apa-apa, keluarlah.”
“Nak keluarlah ni, petang ni saya call awak tau. Kita keluar.”
“Saya tak tau. Saya nak tidur sepuas-puasnya.”
“Alah, tak best lah macam tu. Kita datang sini kan sebab nak bercuti,” rungut Min macam budak-budak. Aku baru teringat, aku datang sini pun sebab aku kena awasi Yong Hwa. Nantilah aku fikirkan, sebab aku dah letih sangat untuk keluar petang ni.
“Tengoklah dulu.”
“Saya ketuk pintu bilik awak tau petang nanti. Pukul 6,” ujar Min. Dia terus menuju keluar dari sini. Kali ni, bolehlah aku berehat sepuas-puasnya. Tapi aku tak yakin. Aku cuba untuk melihat pintu suite ni sama ada dah tertutup atau belum. Sebagai langkah keselamatan, aku mengunci pintu dari dalam. Aku melabuhkan tubuh di katil empuk itu dengan lega. Mataku dipejam rapat, aku cuba untuk menenangkan fikiran.


*****
Di bilik Hyo Min, ketika dia berseorangan, Hyo menerima panggilan daripada pengurusnya.
“Hyo Min, awak ke tu?” Soal pengurus Hyo Min sebaik sahaja talian diangkat.
“Ye. Kenapa? Kan saya cakap jangan kacau saya masa saya tengah bercuti di sini.”
“Saya tahulah. Tapi, ada berita penting!”
“Berita penting? Apa dia?” Soal Hyo Min pelik.
“Keputusan pencalonan awak untuk bertanding di pertandingan biola peringkat antarabangsa di U.S dah keluar!”
“Ya ke? Apa keputusannya pengurus” Soal Hyo Min mengharap. Sudah lama dia menunggu keputusan ini untuk keluar.
“Apa lagi, awak diterimalah!” Jerit pengurusnya riang. Hyo Min turut melonjak gembira.
“Bila… bila saya kena mula bertolak ke sana?”
“Awak kena bertolak esok jugak. Awak kena buat persediaan untuk berlatih sekali.”
“Hah, tapi…” ujar Hyo Min perlahan. Sekarang ini, Hyo Min sedang bergembira menikmati percutian di samping Yong Hwa. “Tak boleh ke kalau dua hari lagi kita bertolak ke sana?”
“Maaflah Hyo Min. Saya tahu awak baru berbaik dengan dia, tapi kita dah tak boleh tangguhkan lagi masa. Awak berbincanglah dengan dia malam ni.”
“Saya faham. Saya fikirkan dulu ya.”
“Hyo Min, inikan apa yang awak nanti-nantikan selama ini. Takkan awak nak lepaskan peluang besar ni begitu je? Awak buat keputusan yang bijak,” nasihat pengurus itu kepada Hyo Min.
“Saya tahulah.”
     Talian dimatikan. Hyo Min mengeluh kecil. Di fikirannya, dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan.
*****


Aku sedar dari tidur petangku. Kenapa dah gelap sangat ni? Aku mencapai telefon bimbitku, mahu melihat jam.
“Hah, 21 miss call! Dari Min. Pukul 7.30 malam dah.”
     Aku terkejut. Min Hyuk mesti marahkan aku sekarang ni. Nyenyak sangat aku tidur. Aku berfikir tenang, aku mahu mandi dulu. Selepas selesai mandi. Aku bersedia untuk keluar. Terkejut aku apabila melihat kelibat Min Hyuk yang sedang duduk menunggu di hadapan pintu bilikku.
“Lizzy! Kenapa awak lambat sangat! Saya dah lama tunggu awak. Tahu tak dah beratus kali saya ketuk pintu awak tapi awak tak jawab? Saya telefon pun awak tak jawab! Penat tau saya tunggu awak!” Marah Min. Sikapnya berlainan lagi. Entah kenapa, aku seolah-olah terasa dengan marahnya.
“Ma… maaflah, saya mengantuk sangat agaknya. Sebab tu tak dengar awak miss call atau ketuk pintu,” jelasku cuba untuk meredakan kemarahannya. Mungkin dia agak serius sekarang sebab dia dah penat tunggu lama di sini. Eh, tunggu sekejap! Kenapa pulak aku rasa bersalah? Padanlah muka dia sebab takde kerja duduk kat depan ni.
“Pintu awak kunci pulak tu. Ingat saya nak tengok sangat awak?” Marah Min menyindir.
“Eh, biarlah. Memang awak yang suka sangat nak tengok saya!” Balasku mahu menegakkan keadilan.
“Perasan. Dah, jom ikut saya,” jawabnya. Suaranya sudah kembali normal, marah pun kian reda sedikit. “Jom,” ujar Min. Aku mengangguk.
“Mmm.”
     Kami tiba di lobi Villa. Min sedang menuju ke kaunter. Entah apa yang mahu dia lakukan, aku tidak tahu. Aku duduk di ruang santai yang disediakan. Di depanku, ada segolongan pelancong asing yang sedang berehat di situ. Dari tadi, aku tak senang duduk melihat mereka tidak jemu-jemu memandangku dari tadi. Aku mulai rasa tidak selesa. Ketika itu, seorang wanita asing memulakan perbualan dengan temannya.
“Jane, I think, she’s the younger son of Topaz Holding bride-to-be. Am I right?” Soal wanita tersebut kepada rakannya. Aku hanya mendengar, bukan main kuat lagi suaranya.
“Yeah, maybe. Just look at her ring. It was Mrs. Ri Na’s wedding ring which is worth 9 million dolar.”
     Aku pelik. Apa yang mereka sedang cakapkan tu? Satu persatu perbualannya aku cuba untuk menterjemahkannya. Aku hanya memandang ke tempat di mana Min berada, tetapi telinga aku dipasang ke arah mereka.
“How can she’s be the President choices? She must be always stick around her son without her knowing.”
“She must be doing that. Just look at her, no class.”
“She looks stupid. Oh my.”
“Also lack of fashion knowledge. She’s like in her Halloween costume now.”
     Mereka kemudiannya ketawa besar di situ. Aku yang mendengar perbualan mereka, mahu saja menuangkan kopi yang sedang mereka menikmati itu tepat ke arah muka mereka. Dia ingat aku tak faham apa yang dia cakap? Entah-entah, aku lagi pandai daripada korang. Aku kemudian melihat kelibat Yong Hwa dan Hyo Min. Baik! Aku kena mulakan operasi untuk mengawasi Yong Hwa. Biarkanlah Min di situ. Sekurang-kurangnya, biarlah aku dapat melaksanakan amanah yang mak pesan terlebih dahulu.
     Mereka menuju ke kolam air panas. Aku mengekori mereka dari belakang. Seumur hidup aku, inilah kali pertama aku buat kerja-kerja macam ni. Memang tak berfaedah betul. Keadaan di kolam air panas renggang, tiada orang. Aku mencapai tuala yang tersusun di situ untuk menyembunyikan wajah. Mereka tengah duduk di situ. Tak boleh jadi ni, aku kena pergi lebih dekat lagi. Barulah aku boleh mendengar perbualan mereka. Tapi, kat sini pun cukuplah. Boleh saja aku melihat reaksi mereka.

No comments:

Post a Comment