Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Sunday, November 7, 2010

Bab Lima


W
aktu pagi menjelang. Aku didandan dan disiapkan oleh pereka fesyen terkenal. Boleh dikatakan, aku telah berubah menjadi orang lain. Aku memandang cermin. Sekali lagi, ayat ‘Wa…’ aku sebut. Aku betul-betul nampak lain. Pereka fesyen yang menukar aku hanya mengangguk menunjukkan rasa puas hati. Aku melemparkan senyuman yang paling lebar seumur hidup aku. Aku akan berjumpa dengan seorang suami kontrak yang sentiasa mengambil berat tentang aku setiap hari. Aku harap aku dapat berkawan rapat dengan dia.
     Aku sudah sampai di perkarangan banglo Topaz Holding. Sangat besar! Aku mula melangkah keluar dari kereta dengan tertib yang aku pelajari sebelum ini. Setiap langkah diatur lembut. Keadaan di sini sangat sesak dengan dengan kereta-kereta yang kebanyakkannya import dan mewah. Aku disambut oleh penyambut tetamu yang menunggu di pintu gerbang banglo. Suasana di dalam merupakan suasana yang kekok bagiku. Tetamu yang hadir menunjukkan status yang sangat disegani. Buat pertama kali, aku berasa diriku ini kecil dari orang lain. Sedang mataku bergerak melihat sekeliling dewan kecil itu, aku nampak kelibat Min Hyuk sambil melambaikan tangannya.
“Min Hyuk!” Kataku perlahan sambil mengangkat tangan. Min Hyuk semakin menghampiriku.
“Cik Lizzy, terima kasih kerana datang di majlis kecilan kami!” Ucapnya formal.
“Min Hyuk, saya nak buat apa sekarang ni? Takkan nak duduk sorang-sorang kat sini macam tunggul?” Soalku padanya. Belum seminit pun berlalu, aku sudah berasa bosan dan tak selesa dengan tempat ni.
“Nak saya tunjukkan sekeliling banglo ni tak?”
“Nak!” Tiba-tiba suaraku melonjak naik. Aku mula membetulkan percakapanku. Min Hyuk yang berada di depan aku hanya menahan gelak kecilnya.
“Kalau Tuan benarkan, dengan hormat saya menerimanya,” kataku mengikut ayat ajaran butler.
“Baiklah, silakan cik,” balasnya lembut sambil menghulurkan pergelangan tangannya yang dicekak ke pinggang. Aku meletakkan jari-jemariku di sikunya dengan cermat.

Min Hyuk sangat petah berbicara kepadaku mengenai setiap sudut banglonya itu. Aku hanya mampu membesarkan mata melihat kemewahan yang tiada tandingannya. Aku mula berasa gemuruh. Layakkah aku yang miskin ni menjadi isteri kepada anak pengurus syarikat yang berstatus tinggi ni? Apatah lagi sebagai isteri kontrak! Aku memutuskan perbicaraannya sebentar. Aku mahu menanyakan sesuatu.
“Min Hyuk, dekat mana bilik Yong Hwa? Boleh saya jumpa dia?” Soalku.
“Awak dah nak jumpa dia ke?” Balasnya terkejut.
“Kalau boleh, sebelum parti berlangsung, saya naklah berjumpa dengan dia.”
“Mmm… baiklah,” balasnya dengan senyuman. “Butler, tolong tunjukkan jalan untuk Cik Lizzy ke bilik Tuan muda,” kata Min Hyuk kepada butler persendiriannya. Butler itu hanya tunduk faham dan mula menunjukkan arah.
“Saya pergi uruskan hal di dewan dulu ya. Awak boleh ikut butler saya,” katanya lagi.
     Aku kemudiannya mengikut butler yang menunjukkan arah ke Bilik Yong Hwa. Agak jauh jugalah biliknya. Akhirnya, aku sampai juga di sini. Kemudian, dia meninggalkan aku seorang. Aku mengetuk perlahan pintu biliknya. Tiada jawapan, aku dah ketuk pintu hampir sepuluh kali rasanya. Barangkali dia tak dengar. Aku memulas tombol pintu perlahan-lahan. Tak berkunci! Dalam diam, aku mengatur langkah masuk ke dalam biliknya. Kosong, tiada sesiapa pun di situ.
     Aku tidak puas hati. Yong Hwa mesti ada di biliknya. Aku mula mencari-cari kelibat orang di situ. Selang beberapa saat, aku mendengar suara dari sudut bacaan bilik itu. Suara perempuan pun ada? Aku cuba memasang telinga.
“Kenapa awak buat saya macam ni? Saya dah kalah, saya cintakan awak Hyo Min. Hati saya hanya untuk awak. Takkan awak tak boleh terimanya?” Soal Yong Hwa kepada perempuan itu. Tak salah lagi, itu Hyo Min!
“Saya masih tak merasakan cinta awak! Saya takut saya ditipu. Saya cintakan awak. Janganlah permainkan saya. Kenapa awak sanggup buat saya macam ni?” Balas Hyo Min. Kata-katanya serak menahan tangisan.
     Tiba-tiba, keadaan sunyi sepi. Aku hairan. Mana perginya pergaduhan mereka sebentar tadi? Aku cuba melihat dari dekat. Aku kaku, terkejut, mereka sedang bercumbu! Jantung aku berdegup pantas daripada kebiasaan, bagaikan gunung berapi ingin meletup. Aku sebak. Mataku mula tumbuh Kristal-kristal kecil. Dengan segeranya aku keluar dari situ. Aku tak sanggup lagi melihat adegan itu. Tanpa berfikir, aku terus beredar dari situ.
     Aku sesat. Aku tak tahu aku berada di mana. Semua tempat kelihatan sama sahaja. Seolah-olah aku telah habis berjalan mengelilingi padang bola. Tetapi, masih tidak jumpa jalan keluar. Telefon bimbit aku tinggalkan di dalam kereta. Kakiku melecet sedikit kerana tumit tinggi yang aku pakai. Aku duduk di hadapan tingkap itu. Keadaan di luar adalah hutan. Aku tidak jumpa apa-apa yang boleh dijadikan petunjuk. Tanganku memicit-micit tumit kaki. Aku rasa sakit, tetapi hati aku sejuta lebih sakit berbandingnya. Aku menundukkan kepala. Air mata tiba-tiba mengalir deras. Aku tahu kami cuma kahwin kontrak, tapi kenapa hati aku tak boleh menerimanya? Tiba-tiba, satu jeritan kedengaran memanggil namaku. Min Hyuk?
“Lizzy!” Jerit Min Hyuk.
     Aku kemudiannya memandang wajah Min Hyuk dengan rupaku yang dipenuhi air mata. Segala mekap yang dipakai luntur mengikut air mataku. Aku menunjukkan rupa burukku di hadapannya. Min Hyuk, saya minta maaf, saya tak boleh tahan tangisan ini.

No comments:

Post a Comment