Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Friday, November 12, 2010

Bab SeBelas


A
ku cuba untuk menyesuaikan diri dengan tempat duduk aku. Aku tak mahu kelihatan janggal di sebelah Min Hyuk. Gelak dia saja bagai taufan kuat dalam jantungku. Tiba- tiba tangannya bergerak di pinggangku.
“Eh, apa ni Min!” Marahku terkejut.
“For your safety, pakailah seat belt tu…” balas Min Hyuk perlahan. Jantungku tiba-tiba berdegup pantas.
“Bi… biarlah saya yang pakai sendiri,” jelasku menahan malu. Aku cuba untuk memakainya sendiri, tapi tak juga selesai dari tadi. Min Hyuk hanya melihat karenah aku.
“Mehlah sini… Kapal terbang dah nak berlepas dah ni,” ucap Min Hyuk lembut. Aku membenarkan Min untuk membantuku. Kali ini, tangannya tidak menyentuh pinggangku. Wajahnya yang tekun semakin dekat menghampiriku. Aku cuba untuk menahan nafas.
“Awak nak mati ke? Kenapa tahan nafas sampai macam tu sekali?” Soalnya tiba-tiba. Dia perasan rupanya. Aku terus menolak tubuhnya jauh dariku. “Awak ni, sabarlah dulu. Selamat saya dah pakaikan seat belt awak betul-betul,” ujar Min. Dia hanya membuat muka serius. Aku tak dapat memastikan apa yang sedang dia fikirkan sekarang ni. Selalunya, dia akan tersengih bagai kera sumbang.

Aku merasakan ada sesuatu yang mengganggu aku. Kapal terbang seperti tidak bergerak. Dah sampai ke? Aku membuka mata perlahan-lahan, tertidur pula aku rupanya. Sebaik saja aku membuka mata, mataku dan Min Hyuk bertentangan. Aku tersentak!
“Lizzy, nyenyak ke awak tidur?” Soal Min tersenyum.
“Eh, apa ni! Kenapa awak pandang saya masa saya tengah tidur?” Marah aku. Geramnya aku melihat perangai Min Hyuk ni.
“Dah awak yang pusingkan kepala ke arah saya, sebab tulah saya gunakan kesempatan ni,” balas Min selamba. Mahu saja aku tarik pipinya.
“Awak tak tahu malu ke? Mana manners awak?” Soalku cuba menyindir.
“That’s the real manners for a man, you know,” jawabnya sambil menunjukkan telefon bimbit skrin sesentuhnya. “And this is for my new hobbies,” ujarnya. Senyumannya tidak lekang di wajahnya dari tadi. Terkejut aku melihat gambar sewaktu aku sedang tidur terpampang di skrin besar telefonnya.
“Min! Apa ni! Tak naklah, buang balik gambar tu!” Marah aku geram dan menahan malu.
“Alah, takpelah. Bukannya buruk pun.”
     Dia segera bangun dari tempatnya dan bersedia untuk keluar. Aku cuba melihat sekeliling. Rupanya, separuh dari penumpang telah pun selamat keluar dari kapal terbang. Kenapa dia tak kejutkan aku dari tadi. Min Hyuk dah pun kembali ke perangai asalnya. Takut aku nak melihat sifatnya yang serius sebelum ni.
“Yong Hwa dengan Hyo Min mana?” Soalku.
“Diorang dah keluar dulu. Awak yang lambat sangat.”
“Yang awak tak kejutkan saya kenapa…” keluhku.
“Sebab bukannya saya selalu dapat tengok awak tidur,” usik Min. Aku hanya mengendahkan usikannya, tak mahu dia lagi bertambah-tambah mengenakan aku nanti.
     Wah… cantiknya permandangan sini. Cuaca pun agak sejuk. Aku hanya mengikut Min dari belakang, sebab aku bukannya familiar dengan tempat ni. Sewaktu aku menuruni anak tangga, beg yang aku bawa terjatuh dari genggaman tanganku. Aku dah tak larat lagi nak bawa beg aku yang hanya seberat 7 kilo itu. Min berpalingkan mukanya ke belakang. Wajahnya tidak mempunyai sebarang reaksi, seperti tadi. Aku terpaku. Dia mengangkat beg aku dan segera mengatur kembali langkahnya. Aku melangkah satu persatu dengan perasaan yang berdebar. Kenapa dia buat muka macam tu?
“Cepatlah sikit Min. Abang nak cepat ke Villa ni,” rungut Yong Hwa. Yong Hwa tidak pernah memandangku dari tadi. Apatah lagi kekasihnya, Hyo Min. Aku seperti bayang-bayang yang hanya mengikut jejak tuannya.
“Min dengan Lizzy dah beres, jomlah,” balas Min.
     Sejurus kami keluar dari lapangan terbang Seoul, aku melihat karpet merah ditujukan khas buat kami. Pengawal-pengawal yang berada di situ mengalahkan jumlah-jumlah pelancong yang berada di luar. Aku kagum. Inilah yang dikatakan aura orang kaya. Aku hanya menumpang sekaki dengan layanan untuk tiga anak pengurus kaya yang bersama denganku. Aku berasa kekok. Orang di sekeliling seperti mengumpat tentang aku. Mereka ingat aku tak nampak ke! Apa tidaknya, pakaian yang aku pakai seperti pakaian kampung. Tak cocok untuk bersama di sisi mereka bertiga. Min menghulurkan tangannya tiba-tiba.
“Cepatlah,” ujar Min sambil menghulurkan tangannya. Aku hanya kaku di situ. “Janganlah buat saya malu,” bisiknya dengan senyuman. Mungkin dia mahu membantuku, atau dia sengaja mahu menunjukkan kebaikannya di khalayak ramai. Aku menyambut tangannya. Aku rasa aku kelihatan lebih kekok daripada sebelumnya.

Kami  menuju ke Villa. Aku berasa sedikit tak selesa. Kenapa kereta ni macam ni! Kenapa aku berhadapan dengan Yong Hwa. Badanku kaku seperti batu. Min Hyuk tak mahu ke memulakan perbualan denganku. Yong Hwa dan Hyo Min sedang rancak berbual. Sesekali, aku menjeling ke arah Min. Riak wajahnya kembali ke rupa serius. Kenapa dengan dia ni? Dia ada dua personaliti ke?
“M… Min Hyuk, awak nak air tak?” Pelawa aku. Aku mengeluarkan botol air mineral yang aku bawa sebagai bekalan.
“Terima kasih!” Jerit Min. Semua orang terperanjat dengan jeritan Min itu.
“Mmm, sedapnya. Tak sangka Lizzy bagi Min botol air yang Lizzy dah minum,” ucap Min riang. Dengan cepatnya Min kembali riang. Apa? Botol air tu dah aku minum tadi? Aargh! Kenapa aku cuai sangat!
“Sa… saya salah botol airlah. Jangan nak perasan ek,” jelasku mahu membetulkan keadaan. Aku memandang sekeliling. Yong Hwa kelihatan seperti meluat dengan tingkahku. Kau ingat, aku tak meluat dengan korang?
“Sayang Lizzy,” ucap Min lagi. Mukaku terasa merah.
“Jangan nak main-main ya, kena karang,” ucapku marah.

Bab Sepuluh



P
akaian untuk bercuti di Korea telah aku siapkan. Setiap helaian baju yang aku belek, fikiranku turut membelek-belek kekusutanku sama ada mahu atau tidak aku untuk pergi bersama mereka ke Korea. Seolah-olah kedua-dua bahu aku sekarang ni munculnya malaikat baik dan jahat yang menghasut aku untuk tidak pergi mahupun sebaliknya. Aku cuba bertenang dan memikirkan kata-kata seorang insan yang kini aku gelar sebagai ‘mak’. Aku melabuhkan tubuh di katil usangku. Malam ni, aku tidur di rumah aku sendiri. Mataku tidak mahu pejam, betapa peningnya otak aku mahu memikirkan hari esok dan akan datang. Aku berterusan mencuba untuk melelapkan mata.

Ding dong~ Ding dong~
Bunyi loceng rumahku tiba-tiba kedengaran. Mahu saja aku tumbuk orang yang mengacau waktu tidur aku sekarang ni. Alamak, Aku lupa! Mesti itu Min Hyuk atau mak. Aku lupa yang hari ni aku akan ke Korea untuk mengawasi Yong Hwa, seperti kata mak. Dengan segeranya aku melompat dari atas katil dan masuk ke bilik air. Aku hanya mandi kerbau. Aku tak mahu lambat, nanti apa pula kata mak. Setelah selesai berpakaian, sepantas kilat aku membuka pintu yang mungkin sudah diketuk beberapa kali lebih kurang 20 minit yang lalu.
“Kenapa lambat sangat ni?” Soal Min Hyuk sejurusnya melihat aku.
“Perempuan memanglah macam tu,” aku cuba memberi alasan. Harap dia percaya.
“Mmm, yelah… Dah, jom cepat masuk dalam kereta,” ujar Min sambil melihat jam tangan berjenama di tangannya.
“Yelah, mana mak?” Soalku.
“Ehem, pelik pulak awak panggil mak saya, mak,” ujar Min Hyuk yang tiba-tiba kelihatan malu tak bertempat.
“Awak jangan nak perasan, mak awak yang suruh saya panggil dia mak,” jelasku geram.
“Awal-awal lagi mak dah bertolak semula ke London.”
“Mmm, apa-apa jelah.”
Aku bersedia dengan beg pakaianku yang sudah aku sediakan semalam. Min tiba-tiba menghulurkan tangannya.
“Meh sini beg tu,” ujar Min lembut. Aku mula merasakan perasaan yang sama seperti waktu dulu.
“Terima kasih,” ucapku. Entah kenapa, aku terasa kekok untuk mengucapkan terima kasih padanya.
“You’re welcome,” balasnya berupa sindiran. Aku pasti yang dia tahu bahawa kekoknya cara aku menyebut perkataan terima kasih tadi. Nak speaking dengan aku ya, taulah nanti.
     Min Hyuk menjelaskan kepada aku yang kami akan terus bertolak ke lapangan terbang. Baru pertama kali aku menjejakkan kaki ke lapangan terbang. Betapa hebatnya tempat ni. Aku tak mahu menyebut kata ‘Wa…’ lagi. Min Hyuk pasti tak akan habis-habis menggelakkan aku. Kami menunggu di tempat menunggu. Sebelum itu, Min Hyuk sempat mempelawa aku untuk breakfast di Starbucks, tetapi aku tiada selera untuk makan sekarang ni. Aku hanya memesan kopi kepadanya. Jangan dia belikan aku kopi yang bukan-bukan sudah. Suasana pagi di sini gamat dengan suara-suara orang dari pelusuk dunia. Ada yang aku perasan mereka itu orang asing. Tak sangka, pelancong asing kerap kunjung ke negara kami. Tanpa aku sedar, seorang gadis yang baru duduk di barisan tempat aku duduk, tetapi jauh dua tempat duduk dariku menjeling kearah sini. Aku terpaku di situ. Oh, Hyo Min rupanya. Mahu saja aku menyapanya, tetapi aku takut untuk melihat reaksinya.
“Hyo Min!” Jerit Yong Hwa gembira. Pandangannya jelas mengukir kegembiraan yang teramat sangat. Di tangannya, terdapat dua cawan air dari Starbucks. Min Hyuk ni mana pula perginya? Aku tak mahu terasa kekok di sebelahnya.
“Hyo Min, ini untuk awak,” ujar Yong Hwa kepada Hyo Min. Aku yang berada tidak jauh dari mereka, terpaksa mendengar kata-kata manis mereka.
“Terima kasih. Awak belikan untuk saya macam biasa ya?” Soal lembut Hyo Min. Meluat pulak aku mendengar nada manjanya.
“Macam biasalah, Caramel Machiato kesukaan sayang.”
“ka ram el ma ki a to sa yang…” bisik aku sorang-sorang, mengajuk cakap Yong Hwa tadi. Menyampahnya aku. Dengan aku, tak pernah langsung pulak dia keluarkan nada-nada lembut macam tu.
“Mmm, dah lama awak tak belikan untuk saya. Thanks”
“Alamak, tertumpah sikitlah air kat seluar ni. Ayang ada tuala tak?” Soal Yong Hwa. Mahu saja aku melangkah keluar dari situ.
“Biar saya lapkan. Awak duduk diam-diam sekejap,” ujar Hyo Min. Ada juga aku menjeling ke arah pasangan yang tengah hangat bercinta tu. Nak buat macam mana, aku ikut mereka ni pun sebab mak suruh aku awasi Yong Hwa.
     Aku cuba untuk melihat drama mereka. Sakit hatinya aku lihat Hyo Min lapkan air yang tertumpah di seluar jeans Yong Hwa! Tak boleh ke kalau kau lap macam biasa? Entah kenapa, hati aku rasa geram sangat dengan perbuatan Hyo Min. Tapi, aku tak tahu sama ada aku meluat dengan perlakuan Hyo Min ataupun aku cemburu dengannya. Min Hyuk akhirnya muncul entah dari mana dengan  kopi yang aku pesan. Aku dah rasa tak selera lagi nak minum apa-apa air dari cawan bercop Starbucks itu.

Kami kemudiannya bergerak masuk ke dalam perut kapal terbang. Mahu saja aku sebut ‘Wa…’ banyak kali. Tapi aku berjaya untuk tidak menyebutnya berkat dari ajaran butler aku tentang manners. Min Hyuk kemudiannya menolak lembut tanganku. Aku memandang ke arahnya.
“Awak tak kata ‘wa…’ ke?” Usik Min. Dah tiba masanya pulak untuk aku speaking dengan dia.
“Sorry, but I’ve already learn about manners from my butler,” ucapku selamba sambil menunjukkan sedikit sifat angkuh, ala-ala golongan berstatus tinggi.
“Okay, but you better watch yourself, ‘cause there will be something nice to see after this,” balas Min. Aku terhenti di tengah-tengah laluan di dalam kapal terbang itu. Mataku mencari-cari apa yang Min Hyuk kata, sesuatu yang hebat akan muncul. Aku tak nampak apa-apa yang istimewa. Aku menjeling ke arahnya.
“Mana benda yang hebat tu?” Soal aku marah.
“Miss Lizzy, It’s not nice to act like that. You should know that a girl should watch their manners every time,” sindir Min Hyuk dengan gelakan kecil. Dia kenakan aku rupanya. Mahu saja aku jahit-jahitkan bibirnya. Sementara itu, Yong Hwa dan Hyo Min sudah pun duduk di tempatnya. Tempat duduk aku di belakang mereka bersama dengan Min Hyuk. Mata dan telingaku pasti akan bertambah sakit dengan tindak-tanduk Yong Hwa sepanjang kami berada di sini. Min Hyuk yang berada di sebelahku hanya tersengih bagai kera sumbang. Tunggulah, bila aku dapat waktu yang sesuai nanti, tahulah aku kerjakan kau. Mahu saja aku bangkitkan semangat karate aku dulu.