Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Wednesday, November 17, 2010

Bab Enam Belas


H
ari makin siang, aku membuka mata sidikit demi sedikit. Sakitnya tengkuk aku. Sambil aku memicit-micit tengkuk aku yang terasa sakit, aku melihat Yong Hwa, dia tak ada di atas katil!
“Yong Hwa! Mana awak pergi,” jerit aku. Min sedang nyenyak tidur di sofa itu. Aku mencari di setiap sudut bilik suite yang besar ini. Kemudian, aku terhidu bau makanan yang lazat.
“Bau ni datang macam dari dapur,” bisikku. Dengan perlahan, aku melangkah masuk ke sudut dapur itu.
“Tiada siapa pun,” pelikku. “Tapi, siapa yang masak ni?” Hairanku lagi melihat sarapan sedia terhidang di atas meja itu.
“Saya yang masak. Jom makan,” ujar seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dari belakang. Aku terkejut. Aku pusing ke arah belakang. Yong Hwa?
“Yong… Yong Hwa, awak dah sihat ke?” Soalku pelik dan terkejut. Yang lagi peliknya lagi, Yong Hwa menyarung apron di badannya.
“Tengoklah saya sekarang ni. Saya siap buat breakfast lagi. Makanlah, cuba rasa masakan saya,” ujar Yong Hwa riang. Perangai dia betul-betul lain daripada biasa. Layanannya padaku menunjukkan seolah-olah aku ini Hyo Min.
“Mmph, cepatlah. Duduk sini,” ujar Yong Hwa. Dia menarik aku ke meja makan. Kerusi ditarik untukku.
“Yong Hwa, awak betul ke dah sihat?” Soalku cuba mendapat kepastian.
“Saya dah sihatlah. Terima kasih sebab awak dah jaga saya,” senyuman manis diberinya. Aku makin pelik. Dia sudah berubah ke? Atau dia ingat aku ni Hyo Min?
“Yong Hwa, saya siapa?”
“Awak Lizzy lah, kenapa tanya soalan macam tu?” Jawabnya.
Mungkin dia dah betul berubah, tapi perubahannya terlalu drastik.
“Mmm, awak dah sihat rupanya. Wah, nampak sedap omellete yang awak masak ni,” pujiku. Aku cuba untuk berlagak mesra dengannya. Mahu cuba menguji Yong Hwa.
“Betul ke? Cubalah rasa! Ni jus oren untuk awak,” ujarnya lagi sambil menghulurkan segelas air jus oren.
     Aku cuba merasa omellete masakannya, boleh tahan juga rasanya.
“Mmm, boleh tahan juga Yong masak,” pujiku.
“Betul ke? Kalau macam tu, tiap-tiap pagi saya masakkan breakfast untuk Lizzy.”
“Hah? Tak… takpelah, sekali-sekala pun takpe. Saya tak paksa,” aku rasa semacam pulak dengan penyataannya.
“Saya boleh buatkan… Lizzy, tunggu sekejap,” ujar Yong tiba-tiba.
“Hah?” Aku memandang ke arahnya.
Yong Hwa kemudiannya mengelap bibirku yang comot dengan sos madu dengan jarinya. Mataku membulat.
“Yo… Yong Hwa, kenapa dengan awak?” Aku semakin takut dengan kelakuannya.
“Kan awak comot. Saya tolong awak je,” balasnya selamba, cara layanannya seperti aku ini Hyo Min pula.
“Saya boleh buat sendiri. Awak tak perlulah tolong saya.”
“Kenapa? Saya kan bakal suami awak,” ujar Yong Hwa. Aku terkejut dengan katanya.
“Su… su… suami? Yong Hwa, awak kenapa ni?”
“Saya nak minta maaf kalau selama ni saya selalu bercakap kasar dengan awak, selalu menghina awak. Saya harap awak maafkan saya,” Yong Hwa melutut menghadapku. “Saya yang bodoh, sebab tak nampak awak, tak nampak keikhlasan awak. Kali ni, saya nak kahwin secara sah dengan awak. Sudikah awak menjadi isteri sah saya?”
     Aku terkelu. Dia melamar aku? Dia betul-betul dah berubah? Baguslah kalau macam tu. Sudah lama aku menunggu hari seperti ini untuk muncul, hari aku dan Yong Hwa memulakan kemesraan. Tapi, tidakkah hal ini terlalu janggal untuk berlaku sekarang ini?
“Saya memang suka awak dari dulu. Tapi, saya tak boleh putuskan apa-apa lagi. Saya harap awak faham.”
“Saya faham. Salah saya jugak sebab tiba-tiba je propose awak dalam keadaan macam ni.”
          Yong Hwa hanya mengukir senyuman manis. Aku membalasnya. Emak, saya berjaya merubah anak mak. Mak mesti gembira bila dapat tahu berita ni nanti.
“Baiklah, saya pergi dulu. Saya perlu uruskan sesuatu,” ujar Yong Hwa.
“Ah, baiklah. Awak pergilah dulu.”
“Bye. Habiskan tau omellete saya.”
“Ya, saya habiskan.”

*****
Yong Hwa menuju keluar selepas melambai tangannya kepadaku.
“Mmph, aku akan huru-harakan kau Min. Salah kau jugak,” ujar Yong Hwa sebaik sahaja dia keluar dari bilik Lizzy.
“Kali ni, aku akan permainkan cinta kau.”
     Telefon dicapai Yong Hwa dari poket seluarnya. Dia menelefon seseorang.
“Butler, sebelum saya pulang nanti, saya nak awak siapkan majlis pertunangan kecil-kecilan. Awak jangan beritahu mak. Nanti, saya akan beritahu semuanya pada dia.”
“Baik Tuan, tapi pertunangan Tuan dengan siapa? Perlukah saya buat kad jemputan?” Soal butler tersebut.
“Lizzy Park So Young. Saya akan bertunang dengan dia. Beri kad jemputan pada ahli-ahli terdekat saja.”
“Baik Tuan.”
     Talian dimatikan. Yong Hwa tersenyum sinis. Hanya dia saja yang tahu apa yang bakal dilakukannya nanti.
*****

Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk, aku kembali ke ruang tidur. Min Hyuk masih lena tidur di atas sofa kecil itu. Pasti dia berasa tidak selesa.
“Min, Min. Bangun. Dah pagi ni,” kejutku pada Min. Aku memegang bahunya. Tiba-tiba, tanganku ditarik. Aku terduduk di atas bangkunya.
“Min, pagi-pagi ni jangan nak buat saya marah,” Marahku. Aku menyiku lenganku ke dadanya.
“Aduh, sakitlah Lizzy!” Ujar Min menahan sakit.
“Yang awak buat hal tu kenapa? Min, saya nak cakap dengan awak ni.”
“Apa dia?” Rungut Min.
“Saya rasa Yong Hwa dah berubah.”
“Baguslah kalau dia dah sedar sikit perangai dia tu,” balasnya selamba.
“Min, saya cakap betul ni! Yong Hwa ada melamar saya sekali untuk jadi isteri dia tadi.”
“Apa?” Jerit Min tiba-tiba. Dia terkejut. “Awak jangan nak bohong saya!”
“Takkanlah saya nak bohong awak pasal hal macam ni. Baru je tadi dia melamar saya.”
“Mana abang? Mana dia.”
“Tadi dia kata ada hal nak buat. Dia dah keluar dulu,” jawabku. Min yang panik semacam ni kenapa?
“Habis tu, awak terima ke lamaran abang?”
“Takkanlah saya nak terima secepat ni. Saya cakap nanti saya fikirkan.”
“Awak jangan terima! Jangan terpengaruh dengan dia!” Jerit Min. Dia memegang bahuku. Kenapa lagilah dengan dia ni? Dia tak gembira ke yang abang dia dah berubah?
“Kan bagus kalau abang awak dah berubah. Yang awak over ni kenapa?”
“Tak… takde apa-apa. Saya nak pergi bilik saya dulu.”
“Eh, nan…” Belum sempat aku mahu bercakap dengannya, Min dah pun keluar dari bilikku.

No comments:

Post a Comment