Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Sunday, November 14, 2010

Bab Dua Belas


K
ami akhirnya selamat tiba di Villa Topaz milik keluarga Yong Hwa dan Min Hyuk. Besarnya! Tampak mewah pulak tu. Aku segera keluar dari kereta sejurus Min Hyuk melangkah keluar. Aku menghidu bau segar Villa yang dikelilingi dengan hutan itu. Selepas beberapa jam di kereta, badan aku dah terasa penat yang teramat sangat. Aku mengukir senyuman bahagia. Tak menyesal aku datang ke sini. Beberapa orang kelihatan di setiap kawasan Villa sedang menikmati percutian mereka di sini, itulah apa yang akan aku buat dalam masa 3 hari aku berada di sini nanti. Seronoknya!
“Lizzy, nah,” Kata Min tiba-tiba. Dia menghulurkan tangannya yang digenggam kemas. Apa yang dia nak bagi? Macam biasa, pasangan bercinta tu dah pun bergerak terlebih dahulu. Seperti tidak mahu membazirkan waktu bahagianya.
“Apa yang awak nak bagi Min?” Soalku pelik.
“Hulurkan jelah tangan awak tu, banyak soal pulak,” jawab Min mengeluh. Aku menghulurkan tanganku ke bawah genggamannya. Jatuh satu benda kecil dari genggamannya. Apa yang aku pegang ni? Cincin!
“Apa hal pulak dengan cincin ni?” Soalku pantas setelah melihat sebentuk cincin yang jatuh lembut di tapak tanganku.
“Pakai jelah. Kalau awak tak pakai, nanti kakitangan kat sini tak kenal awak,” kata Min tipu. Aku tak sedar akan pembohongannya.
“Betul ke?”
“Iya. Betul,” balas Min satu persatu.
“Okeylah, saya pakai,” jawabku ringkas dan terus memuatkan cincin itu ke jari aku. Cincin ni mahal ke? Aku ni bukannya tahu sangat pasal cincin pun. Mungkin ini tanda ahli keluarga Topaz Holding agaknya.
“Jom,” kata Min sambil menarik tanganku tiba-tiba.
“Eh, kejap! Beg kita,” balasku spontan dengan kelakuannya yang tak sabar-sabar nak ke Villa.
“Kan pembantu peribadi dah uruskannya. Jomlah! Saya nak tunjukkan awak sesuatu,” jelas Min riang. Seperti biasa, aku ikut saja ke mana dia mahu pergi. Aku bukannya ada kenalan lain di sini. Ada yang aku sesat kat negara orang ni nanti kalau tak ikut Min.

Min Hyuk menutup mataku setibanya kami di lobi Villa. Aku makin pelik dengan sikapnya.
“Kenapa sampai tutup mata pulak ni?” Soalku.
“Adalah. Ikut je saya,” kata Min. Min membawa aku dengan perlahan. Kemudian kami berhenti. “Cuba awak tengok ni!” Ucap Min sambil melepaskan tangannya di mataku. Apa ni, tempat yang penuh dengan Teddy Bear?
“Apa yang special sangat dengan tempat ni? Awak nak tunjukkan saya ni je?” Soalku padanya. Ini rupanya yang dia nak tunjukkan. Macam budak-budak.
“Awak tak suka ke?” Soal Min hairan.
“Saya bukannya budak-budak lagi,” jelasku.
“Saya ingat perempuan suka benda-benda macam ni,” pelik Min. Aku ni bukannya perempuan yang minat dengan patung-patung macam ni. Tapi sejujurnya, tempat ni agak cantiklah. Patung beruang yang pelbagai saiz dan warna tersusun cantik di setiap ruang.
“Saya bu…” kataku terhenti selepas aku melihat Hyo Min sedang gembira memeluk Teddy Bear besar di hadapan sana di sisi Yong Hwa. Panas mataku melihat Hyo Min. Aku tiba-tiba cemburu.
“Apa? Apa yang awak nak cakap?” Soal Min hairan.
“Min, saya nak ni!” Kataku pada Min sambil mengarahkan jariku ke arah salah satu patung beruang yang besar di situ. “Berapa harganya?” Soalku. Ingat dia saja yang boleh ada patung beruang tu? Seronok sangat ke dapat patung tu?
“Hah, betul ke awak nak ni?” Soal Min tercengang.
“Yelah, kenapa? Mahal sangat ke?”
“Takdelah, cuma awak tadi kata tak suka.”
“Saya dah ubah fikiran,” jelasku bohong.
“Awak ni ada-ada je,” gelak Min.
“Eh, apa pulak? Perempuan memanglah macam ni,” bohongku lagi.
“Nah, jaga baik-baik tau,” katanya sambil menghulurkan patung yang aku tunjukkan tadi.
“Eh, janganlah ambil dulu. Saya belum bayar,” jawabku pelik. Ada pulak pekerja wanita yang berada beberapa jarak di sini memarahi kami nanti.
“Awak mampu bayar ke?” Sindir Min. Apa, dia ingat aku tak boleh bayar ke? Sejak aku hidup secara percuma di Banglo persendirian, duit gaji aku tak pernah digunakan walau sesen pun.
“Saya boleh bayarlah. Hmph… Ingat apa?”
“Ni harganya, 65 000 Won,” ujar Min menunjukkan tag harga yang terlekat pada patung tersebut.
“Hah?”
     Aku terkejut. Mahalnya. Dia ingat patung beruang ni apa benda sampai mahal sangat! Wang yang aku dah tukarkan ke mata wang Won cuma 30 000 Won. Setengah harga pun tak lepas. Buat malu je aku beriya-iya nak beli patung ni tadi.
“Saya tak jadi belilah,” ujarku pada Min.
“Kenapa?” Soalnya. Masa ni pulaklah kau nak buat-buat tak tahu ya.
“Biarlah, saya saja je cakap nak beli,” balasku cuba menahan malu.
“Hahaha… Awak ni dah lupa ke? Ini kan Villa keluarga saya,” jelas Min. Dia melambaikan tangannya pada pekerja tersebut. Reaksi pekerja tu betul-betul nampak keterlaluan. Bagai terpijak cek sejuta Won. Baru aku faham. Villa ni kepunyaan ahli keluarga Min. Sekarang ini juga, baru aku perasan yang ada orang sedang melihat ke arah kami. Aku makin rasa tak selesa dengan pandangan orang di sekeliling. Min bagaikan bintang superstar yang muncul di sini.
“Nah, ambil jelah. Peluk Teddy Bear ni puas-puas. Awak yang nak sangat tadi,” sindir Min lagi. Patung beruang yang dipegangnya dari tadi dihulurkan kepadaku. Aku memegangnya.
“Dah, saya nak pergi dari sini. Mana bilik saya?” Soalku mengubah cerita.
Cepat sangat nak masuk bilik?” Rungut Min.
“Saya dah mengantuk. Saya nak tidur.”
     Di sini, baru aku tahu betapa popularnya Min Hyuk dan abangnya. Aku pula, macam terhegeh-hegeh di sisi Min dari mata orang. Mahu taknya aku dah terima bergelen-gelen umpatan dan kritikan dari mereka.