Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Friday, November 12, 2010

Bab SeBelas


A
ku cuba untuk menyesuaikan diri dengan tempat duduk aku. Aku tak mahu kelihatan janggal di sebelah Min Hyuk. Gelak dia saja bagai taufan kuat dalam jantungku. Tiba- tiba tangannya bergerak di pinggangku.
“Eh, apa ni Min!” Marahku terkejut.
“For your safety, pakailah seat belt tu…” balas Min Hyuk perlahan. Jantungku tiba-tiba berdegup pantas.
“Bi… biarlah saya yang pakai sendiri,” jelasku menahan malu. Aku cuba untuk memakainya sendiri, tapi tak juga selesai dari tadi. Min Hyuk hanya melihat karenah aku.
“Mehlah sini… Kapal terbang dah nak berlepas dah ni,” ucap Min Hyuk lembut. Aku membenarkan Min untuk membantuku. Kali ini, tangannya tidak menyentuh pinggangku. Wajahnya yang tekun semakin dekat menghampiriku. Aku cuba untuk menahan nafas.
“Awak nak mati ke? Kenapa tahan nafas sampai macam tu sekali?” Soalnya tiba-tiba. Dia perasan rupanya. Aku terus menolak tubuhnya jauh dariku. “Awak ni, sabarlah dulu. Selamat saya dah pakaikan seat belt awak betul-betul,” ujar Min. Dia hanya membuat muka serius. Aku tak dapat memastikan apa yang sedang dia fikirkan sekarang ni. Selalunya, dia akan tersengih bagai kera sumbang.

Aku merasakan ada sesuatu yang mengganggu aku. Kapal terbang seperti tidak bergerak. Dah sampai ke? Aku membuka mata perlahan-lahan, tertidur pula aku rupanya. Sebaik saja aku membuka mata, mataku dan Min Hyuk bertentangan. Aku tersentak!
“Lizzy, nyenyak ke awak tidur?” Soal Min tersenyum.
“Eh, apa ni! Kenapa awak pandang saya masa saya tengah tidur?” Marah aku. Geramnya aku melihat perangai Min Hyuk ni.
“Dah awak yang pusingkan kepala ke arah saya, sebab tulah saya gunakan kesempatan ni,” balas Min selamba. Mahu saja aku tarik pipinya.
“Awak tak tahu malu ke? Mana manners awak?” Soalku cuba menyindir.
“That’s the real manners for a man, you know,” jawabnya sambil menunjukkan telefon bimbit skrin sesentuhnya. “And this is for my new hobbies,” ujarnya. Senyumannya tidak lekang di wajahnya dari tadi. Terkejut aku melihat gambar sewaktu aku sedang tidur terpampang di skrin besar telefonnya.
“Min! Apa ni! Tak naklah, buang balik gambar tu!” Marah aku geram dan menahan malu.
“Alah, takpelah. Bukannya buruk pun.”
     Dia segera bangun dari tempatnya dan bersedia untuk keluar. Aku cuba melihat sekeliling. Rupanya, separuh dari penumpang telah pun selamat keluar dari kapal terbang. Kenapa dia tak kejutkan aku dari tadi. Min Hyuk dah pun kembali ke perangai asalnya. Takut aku nak melihat sifatnya yang serius sebelum ni.
“Yong Hwa dengan Hyo Min mana?” Soalku.
“Diorang dah keluar dulu. Awak yang lambat sangat.”
“Yang awak tak kejutkan saya kenapa…” keluhku.
“Sebab bukannya saya selalu dapat tengok awak tidur,” usik Min. Aku hanya mengendahkan usikannya, tak mahu dia lagi bertambah-tambah mengenakan aku nanti.
     Wah… cantiknya permandangan sini. Cuaca pun agak sejuk. Aku hanya mengikut Min dari belakang, sebab aku bukannya familiar dengan tempat ni. Sewaktu aku menuruni anak tangga, beg yang aku bawa terjatuh dari genggaman tanganku. Aku dah tak larat lagi nak bawa beg aku yang hanya seberat 7 kilo itu. Min berpalingkan mukanya ke belakang. Wajahnya tidak mempunyai sebarang reaksi, seperti tadi. Aku terpaku. Dia mengangkat beg aku dan segera mengatur kembali langkahnya. Aku melangkah satu persatu dengan perasaan yang berdebar. Kenapa dia buat muka macam tu?
“Cepatlah sikit Min. Abang nak cepat ke Villa ni,” rungut Yong Hwa. Yong Hwa tidak pernah memandangku dari tadi. Apatah lagi kekasihnya, Hyo Min. Aku seperti bayang-bayang yang hanya mengikut jejak tuannya.
“Min dengan Lizzy dah beres, jomlah,” balas Min.
     Sejurus kami keluar dari lapangan terbang Seoul, aku melihat karpet merah ditujukan khas buat kami. Pengawal-pengawal yang berada di situ mengalahkan jumlah-jumlah pelancong yang berada di luar. Aku kagum. Inilah yang dikatakan aura orang kaya. Aku hanya menumpang sekaki dengan layanan untuk tiga anak pengurus kaya yang bersama denganku. Aku berasa kekok. Orang di sekeliling seperti mengumpat tentang aku. Mereka ingat aku tak nampak ke! Apa tidaknya, pakaian yang aku pakai seperti pakaian kampung. Tak cocok untuk bersama di sisi mereka bertiga. Min menghulurkan tangannya tiba-tiba.
“Cepatlah,” ujar Min sambil menghulurkan tangannya. Aku hanya kaku di situ. “Janganlah buat saya malu,” bisiknya dengan senyuman. Mungkin dia mahu membantuku, atau dia sengaja mahu menunjukkan kebaikannya di khalayak ramai. Aku menyambut tangannya. Aku rasa aku kelihatan lebih kekok daripada sebelumnya.

Kami  menuju ke Villa. Aku berasa sedikit tak selesa. Kenapa kereta ni macam ni! Kenapa aku berhadapan dengan Yong Hwa. Badanku kaku seperti batu. Min Hyuk tak mahu ke memulakan perbualan denganku. Yong Hwa dan Hyo Min sedang rancak berbual. Sesekali, aku menjeling ke arah Min. Riak wajahnya kembali ke rupa serius. Kenapa dengan dia ni? Dia ada dua personaliti ke?
“M… Min Hyuk, awak nak air tak?” Pelawa aku. Aku mengeluarkan botol air mineral yang aku bawa sebagai bekalan.
“Terima kasih!” Jerit Min. Semua orang terperanjat dengan jeritan Min itu.
“Mmm, sedapnya. Tak sangka Lizzy bagi Min botol air yang Lizzy dah minum,” ucap Min riang. Dengan cepatnya Min kembali riang. Apa? Botol air tu dah aku minum tadi? Aargh! Kenapa aku cuai sangat!
“Sa… saya salah botol airlah. Jangan nak perasan ek,” jelasku mahu membetulkan keadaan. Aku memandang sekeliling. Yong Hwa kelihatan seperti meluat dengan tingkahku. Kau ingat, aku tak meluat dengan korang?
“Sayang Lizzy,” ucap Min lagi. Mukaku terasa merah.
“Jangan nak main-main ya, kena karang,” ucapku marah.

No comments:

Post a Comment