Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Tuesday, November 16, 2010

Bab Empat Belas


D
i kolam air panas, Yong Hwa dan Hyo Min sedang duduk di situ. Mereka sedang rancak berbual. Sementara aku di sini, dah sakit kaki sebab mencangkung dari tadi. Nak mengawasi Yong Hwa lah sebabnya. Kalau sebab lain, sesaat pun aku takkan buat. Nampaknya, Yong Hwa memang gembira sangat berada bersama Hyo Min. Apa yang hebat sangat dengan si Hyo Min tu? Walaupun aku dan Yong Hwa tak pernah berbual dengan betul, walaupun dia menghina aku, tapi apabila pertama kali aku memandang wajahnya semasa di bilik tetamu, aku tertarik padanya. Lagipun, emak cakap Yong Hwa tak berperangai sebegitu sebelum dia bertemu dengan Hyo Min. Jadi, aku akan cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah sifatnya ke asal.
“Itu pun kalau boleh,” ujarku sendiri. Aku mengeluh kecil. Lepas mereka dah pergi nanti, bolehlah aku berhenti mengawasi diorang. Jam di tangan sudah menunjukkan hampir pukul 9.00 malam. Walaupun aku dah tidur mati petang tadi, aku masih lagi rasa mengantuk.

*****
Selepas mereka rancak berbual di tepi kolam air panas tersebut, Hyo Min memegang lembut tangan Yong Hwa. Kegelisahan Hyo Min kian bertambah besar.
“Yong Hwa, saya nak beritahu awak sesuatu,” ujar Hyo Min perlahan.
“Apa dia? Saya pun ada banyak sangat yang nak dicakapkan sekarang ni,” balas Yong Hwa dengan senyuman. Yong Hwa seperti tidak sabar-sabar untuk mendengar apa yang Hyo Min bakal katakan.
“Saya minta maaf,” ujar Hyo Min. Air mata mula bertakung di anak matanya.
“Kenapa ni? Awak tak sihat ke? Saya tak kisah, kita boleh pergi hospital sekarang kalau awak nak.”
“Tak, saya tak sakit. Yong Hwa, saya kena pergi sekarang,” sebut Hyo Min satu persatu.
“Sayang nak pergi mana? Kan kita dah janji nak bercuti sampai lusa kat sini,” Soal Yong Hwa. Dia seperti terkejut dengan pernyataan Hyo Min.
“Saya tahu, tapi keputusan pertandingan tu dah keluar. Saya kena bertolak esok jugak. Sebab tu saya kena pulang sekarang untuk buat persediaan.”
“Hyo Min, kenapa dengan awak ni! Jadi, awak lebih pentingkan pertandingan tu lebih daripada saya?” Marah Yong Hwa. Tangan Hyo Min yang menyentuh lembut di tangannya dilepaskan.
“Yong Hwa, awak pun tahu kan betapa pentingnya pertandingan ni buat saya. Kenapa awak tak faham lagi?” Jelas Hyo Min cuba mahu meredakan kemarahannya.
“Saya takkan faham, selamanya saya takkan faham! Kenapa awak masih pentingkan pertandingan tu? Saya kan ada. Saya akan berikan awak segalanya yang awak nak.”
“Saya tak boleh, ini impian saya. Saya nak pergi sekarang,” jawab Hyo Min. Hyo Min bangun dari tempat duduknya. Sejak kecil lagi, emak Hyo Min sering memukul dan memarahinya kerana tidak berjaya dalam pertandingan biola. Sebab itulah, pertandingan ini amat penting baginya untuk membuktikan kepada emaknya bahawa anaknya pasti akan berjaya suatu hari nanti. Tetapi, perkara ini tidak pernah diberitahu kepada Yong Hwa.
“Hyo Min, saya minta maaf. Saya akan buat apa-apa saja asalkan awak puas hati,” katanya cuba untuk menghalang Hyo Min dari pergi.
“Jangan halang saya. Itu yang saya minta daripada awak.”
“Hyo Min,” Yong Hwa cuba untuk memeluk Hyo Min dari belakang, tetapi dihalang olehnya.
“Kita akan berjumpa lagi selepas 6 bulan. Awak boleh jumpa saya lagi nanti.”
     Pengawal Hyo Min tiba-tiba muncul entah dari mana. Mereka cuba untuk menghalang Yong Hwa dari cuba untuk mengejar Hyo Min.
“Yong Hwa, saya minta maaf. Saya terpaksa buat semua ini,” ujar Hyo Min. Air matanya tetap ditahan dari mengalir ke pipinya. Hanya dia saja yang tahu betapa peritnya hatinya untuk meninggalkan Yong Hwa setelah mereka baru sahaja memulakan kisah cinta.
“Hyo Min, sampai hati awak buat saya macam ni! Hyo Min, jangan pergi! Hyo Min!” Jerit Yong Hwa.
     Pengawal Hyo Min dengan segera menahan Yong Hwa apabila dia mahu cuba untuk mendekatinya. Yong Hwa cuba untuk melawan, tetapi, disebabkan oleh tulangnya yang retak oleh kemalangan yang lalu, Yong Hwa terlalu lemah untuk berlawan. Anggotanya yang lain turut lemah dan kaku oleh penjelasan Hyo Min tadi. Yong Hwa tidak mampu untuk lakukan apa-apa.
“Hyo Min!” Jerit Yong Hwa. Air mata mengalir keluar dari matanya. Dia terduduk.
     Hyo Min menuju keluar dari situ tanpa berpaling padanya. Hyo Min tidak mahu melihat wajah Yong Hwa buat kali yang terakhir.
*****

Aku terpaku. Apa yang sedang berlaku ni? Kenapa Hyo Min pergi bersama pengawalnya? Kenapa pulak Yong Hwa terduduk dan menangis sebegitu? Entah-entah, Hyo Min dah tinggalkan Yong Hwa.
“Memang aku dah agak! Hyo Min tu memang jahat. Tak setia pulak tu,” ujarku. Aku cuba membuat konklusi sendiri.
     Pengawal tu dah pergi. Nak pergi ke tak nak? Aargh, peningnya! Kalau aku pergi sana, nanti Yong Hwa mesti memarahi aku. Kalau aku tak pergi, mesti dia keseorangan. Aku memerhatikan Yong Hwa sambil memikirkan mahu atau tidak aku pergi kepadanya. Mesti dia rasa sedih sangat sekarang ni. Tiba-tiba, Yong Hwa terbaring di situ.
“Yong Hwa!” Jeritku. Aku terus berlari ke arah Yong Hwa untuk melihat keadaannya.
“Yong Hwa! Awak tak apa-apa ke?” Aku cuba untuk mengejutkannya. Badannya terasa panas. Mungkin dah demam. Macam mana ni? Aku perlu panggil Min sekarang.
“Hyo Min… janganlah tinggalkan… saya,” kata Yong Hwa. Dia seperti sedang meracau. Aku cuba untuk menenangkannya. Aku mengelap air matanya di pipi.
“Yong Hwa, awak sabar ya. Saya akan telefon Min.”
     Telefon bimbit yang aku off kan tadi, aku hidupkan kembali. Aku menelefon Min Hyuk, telefon mula berdering. Tak sampai satu saat, talian diangkat. Dia pasti sedang menunggu panggilan dariku sejak aku menghilangkan diri darinya.
“Lizzy, mana awak pergi? Penat saya cari awak! Kenapa awak off kan telefon awak?” Soal Min risau.
“Maaflah Min, cepat datang ke kolam air panas sekarang. Abang awak dah pengsan ni!” Aku mematikan panggilan. Min perlu cepat datang sekarang. Aku risau melihat keadaan Yong Hwa yang sebegini.
“Yong Hwa, awak sabarlah ya. Nanti Min datang,” ujarku padanya, kalau-kalau dia mendengar. Kenapa dengan mereka ni? Mahu saja aku menumbuk muka si Hyo Min tu.
“Lizzy, kenapa ni?” Soal Min tercungap-cungap. Dia sudah tiba di sini.
“Ah, Min, tolong saya. Nanti saya ceritakan. Tolong angkatkan dia ke biliknya,” kataku pada Min. Tanpa membuang masa, Min terus mengendong abangnya. Aku turut membantu. Kami naik ke tingkat atas melalui tempat yang tidak ramai orang. Pintu bilik Yong Hwa berkunci. Aku tidak jumpa kunci biliknya di poketnya. Mana pulak dia simpan ni.
“Min, awak letakkan Yong Hwa kat bilik saya je,” ujarku pada Min. Dia seperti terkejut.
“Kenapa pulak? Dekat bilik saya pun boleh jugak!” Marah Min tiba-tiba.
“Iyalah, nanti senang saya nak jaga dia. Dah, cepat,” jelasku padanya. Min Hyuk kelihatan berat untuk meninggalkan abangnya di bilikku. Apa pulak masalah dia?
“Letak kat atas katil ni.”
“Kenapa pulak katil awak? Kat sofa tak boleh?”
“Baringkan jelah abang awak dekat katil ni! Bukannya ada masalah pun,” Marahku. Dari tadi, ada saja yang dia tidak puas hati.
     Aku mencapai tuala dan mengisi air sejuk di dalam bekas kecil.
“Kenapa ni Lizzy? Mana Hyo Min?” Soal Min.
“Itulah, Hyo Min tinggalkan dia.”
“Hah, tinggalkan abang?” Soal Min pelik. Sambil itu, aku meletakkan tuala basah di atas dahi Yong Hwa.
“Saya pun tak tahu sangat. Tapi, yang saya pasti, Hyo Min dah balik.”
“Biar saya yang buat ni,” kata Min cuba untuk membantu aku meredakan panasnya dengan tuala.
“Awak ni, jangan kacau boleh tak. Biar saya yang buat,” balasku. Tak habis-habis nak mengacau orang.
“Tapi, saya jealous,” ujar Min. Mahu saja aku baling dia ke luar tingkap.
“Apa jealous-jealous? Bila masa saya suka awak?” Sindirku.
“Mmph. Nak panggil doktor tak?”
“Tak perlu. Nanti redalah demamnya.” Jelasku. “Dah, awak baliklah dulu. Biar saya yang jaga dia.”
“Kenapa pulak. Saya nak duduk kat sini jugak, sampai abang sedar,” jelas Min muktamad.
“Balik jelah!” Jeritku padanya. Yong Hwa dahlah tengah demam panas sekarang ni, dia pulak nak mengacau aku di sini.
“Yelah…” balas Min perlahan. Dia memandang aku dengan mukanya yang dibuat comel. Aku menjeling tajam ke arahnya. Jangan saja dia menaikkan amarah aku.
     Min kemudiannya keluar dari situ. Aku mengelap perlahan lengan Yong Hwa yang panas. Tak sangka, dia boleh demam panas begini. Dia memang seorang yang lemah. Walaupun kata-katanya banyak menghina aku, tapi sekarang ni, dia kelihatan seperti kanak-kanak yang demam panas dan mahu emaknya berada di sisi. Kadang-kadang, ada juga nama Hyo Min disebutnya beberapa kali.

Sekarang sudah pukul 1 pagi. Aku betul-betul dah mengantuk sangat. Tapi, demam Yong Hwa belum reda lagi. Aku menggantikan tuala yang berada di dahinya dengan perahan yang baru. Kemudian, mata Yong Hwa terbuka perlahan. Dia dah sedar juga akhirnya. Tapi, apa yang aku nak cakap. Ehem, Yong Hwa awak dah sedar? Eh bukan, Yong Hwa, awak tak apa-apa? Aargh! Apa yang aku nak cakap ni? Yong Hwa mula memandang sekeliling. Kemudian matanya melihat aku. Dia terkejut. Aku pun turut sama terkejut!

2 comments:

  1. wooo suspennye...
    cpt penulis smbg lg...ape jd lpas nie..

    ReplyDelete
  2. waa. bes2! Apa yg Yong Hwa akan buat nti?? Tak sabar nak tunggu n3 seterusnya.

    ReplyDelete