Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Monday, November 8, 2010

Bab Enam


M
ata Min Hyuk betul-betul menunjukkan seribu kerisauan. Hanya dia sahaja yang aku boleh bergantung. Tanpa berkata apa-apa, Min Hyuk terus membawa aku ke bilik tetamu. Air mataku kian mengalir deras. Aku memandangnya.
“Min Hyuk, saya minta maaf. Saya dah susahkan awak,” kataku teresak-esak menahan tangisan.
“Kenapa ni Lizzy, apa yang dah berlaku? Awak terjatuh ke?” Soalnya seakan panik.
“Saya tahu saya cuma kahwin kontrak dengan Yong  Hwa, tapi saya menangis jugak.”
“Kenapa ni? Abang ada buat apa-apa pada awak ke?”
“Saya nampak… Yong Hwa dengan Hyo Min bercium.”
    Mata Min Hyuk membulat besar, seakan mendengar berita yang paling menggerikan. Hanya dia sahaja yang boleh aku beritahu sebab mengapa aku menangis begini.
“Lizzy, mungkin Hyo Min yang cium abang. Awak jangan salah sangka. Dia kan selalu ambil berat tentang awak. Takkan abang nak khianati awak,” jelas Min Hyuk untuk menyedapkan hati aku. Tapi aku tahu, Yong Hwa memang benar cintakan Hyo Min.
     Min Hyuk mengelap air mataku di pipi dengan anak-anak jarinya. Kesungguhan hatinya yang ingin meredakan tangisan aku, dapat aku rasakan. Kalau sahaja Hyo Min tiada di situ, aku dan Yong Hwa pasti sedang gembira berbual.
“Min Hyuk, terima kasih ya. Awak saja orang yang saya boleh bergantung,” kataku setelah aku mulai reda.
“Takpe, jangan menangis lagi ya. Tengok muka awak ni, dah tak cantik dah. Hilang semua mekap,” balasnya perlahan. “Awak nak saya mekapkan untuk awak tak? Saya pakar tau dalam hal ni. Awak tunggu kat sini kejap ya,” katanya. Min Hyuk kemudiannya keluar dari situ. Tidak sangka pula yang Min Hyuk mahir dalam bidang solekan. Barangkali, dia mempunyai lesen Make-Up Artist. Aku menantinya kembali ke sini.
“Lizzy!” jerit Min Hyuk ceria. Di tangannya terdapat kotak solekan. Dia hanya tersengih. Aku melakar sedikit senyuman ringkas. Min Hyuk berjaya meredakan hati aku yang sedih tadi.
“Min Hyuk, awak memang pakar ke ni? Saya rasa semacamlah,” soalku pelik. Min Hyuk yang dari tadi meyapu bedak di muka aku, masih belum habi-habis lagi.
“Entahlah, saya bukannya tahu pun buat ni. Tapi awak nampak cantik! Cuba tengok cermin,” katanya seperti entah ya entah tidak. Aku ingin tahu apa yang dia lakukan pada muka aku ni.
“Awak ni main-mainlah,” kataku sambil menyambut cermin yang berada di meja kopi sebelahnya. “Apa ni Min Hyuk! Apa yang awak buat ni? Dah takde kerja lain ke? Awak ni saje jelah buat saya macam ni,” ujarku marah dan terkejut. Dia ni memang jahatlah. Min Hyuk yang berada di depan aku sambil melutut hanya gelak besar. Aku makin geram dengan dia.
“Tak, takdelah. Okeylah ni! Awak nampak macam badut comel!” Min Hyuk yang menahan ketawa membuat aku mahu sekali ketawa.
“Nah, ambik ni, saya pun boleh mekapkan awak,” kataku sambil mengangkat alat solek di sebelahnya diam-diam. Kami akhirnya ketawa bersama.
     Entah kenapa, kehadiran Min Hyuk menyejukkan hati aku. Aku merupakan penyeri kepada rakan-rakanku, dan dia pula, penyeri aku. Kami berdua akhirnya dimekapkan oleh Make-up Artist yang betul.

Aku dan Min Hyuk melangkah masuk ke dalam dewan di mana majlis akan berlangsung sebentar nanti. Aku melangkah dengan langkah yang berat, tapi Min Hyuk yang sentiasa di sisiku bagai memberi aku kekuatan. Buat pertama kalinya aku berjumpa dengan Yong Hwa. Dia sedang berbual dengan tetamu. Ibu Bapa mereka tiada di sini atas urusan kerja di London. Min Hyuk mengajak aku untuk makan hidangan ringan, pencuci mulut. Aku hanya menerima tawarannya, aku mengendahkan Yong Hwa. Dia pun bukannya kenal rupa aku. Dia pasti tak perasan. Aku mengambil sekeping kek yang aku lihat menyelerakan. Aku bukannya tahu nama-nama kek ni. Tiba-tiba, satu tubuh wanita di belakang aku berlanggaran dengan tubuhku. Aku terkejut! Aku tak perasan, selamat tak ada air atau makanan yang tertumpah. Belum sempat aku ucapkan kata minta maaf, mataku terkejut melihat orangnya, dia Hyo Min!
“Min… minta maaf, Cik,” dengan gugupnya aku sebut. Renungan matanya menunjukkan marah.
“Lain kali, act professional. This place is not for amateur. Just look at how you behave,” kata Hyo Min perlahan. Ayat-ayatnya yang berunsur kejam ditutur perlahan, seperti aku sahaja yang mendengarnya. Tetamu yang lain tidak perasan akan kejadian ini. Selamat Min Hyuk pun tidak nampak. Aku menunduk 90 darjah sejurus Hyo Min beredar dari situ. Berderau darah aku melihat renungan matanya. Kata-katanya aku terasa sedikit. Tapi, aku cuba untuk tidak mengendahkannya.
     Aku duduk di meja makan di sebelah Min Hyuk. Aku berlagak normal. Sedang kami duduk di meja menikmati pencuci mulut, Yong Hwa tampil di atas pentas ingin memberikan ucapan. Rasanya, dia nak perkenalkan aku sekarang ni.
“Selamat datang para hadirin. Terima kasih kerana hadir ke majlis ulang tahun saya. Saya harap kamu semua menikmati hidangan khas dari chef-chef hotel lima bintang kami, Hotel Topaz View,” ucap Yong Hwa. Tak sangka pula yang keluarga memiliki hotel bertaraf lima bintang.
“Hari ini, sempena hari jadi saya, saya ingin memperkenalkan seseorang yang istimewa buat saya,”
     Akukah yang disebutkan olehnya? Isteri palsunya? Tetamu di sekeliling menunjukkan riak bingung, mungkin ini kali pertama perkara ini diumumkan. Aku membetulkan pakaianku.
“Orang yang saya akan perkenalkan ialah teman wanita saya,” Katanya. Aku pelik. Bukan ke isteri?
“Saya perkenalkan… Cik Kim Hyo Min.”
     Tubuhku kaku. Aku yang hampir berdiri, seakan dihempap oleh batu. Aku melihat mata Yong Hwa memandang Hyo Min. Hyo Min naik ke pentas itu, semua orang tepuk tangan memeriahkan suasana. Tapi, aku rasa hanya aku dan Min Hyuk sahaja yang terkejut dengan berita ini. Lilin-lilin di kek itu ditiup oleh Yong Hwa dan Hyo Min bersama. Kemudian mereka menyuap kek antara satu sama lain. Hubungan mereka mungkin sudah pulih. Aku faham, aku mungkin hanya pembantu untuk memulihkan hubungan mereka. Aku keluar dari situ. Min Hyuk mengikut aku keluar.
“Lizzy! Awak nak pergi mana?” soal Min Hyuk. Dia menarik tanganku.
“Sekarang saya tahu apa tujuan saya kahwin kontrak dengan dia,” kata-kataku membuat aku mengalirkan air mata.
“Lizzy, saya minta maaf. Awak janganlah ambil hati dengan semua ni. Saya kan ada. Awak tak perlu risau,”
     Kata-katanya membuat aku bingung. Min Hyuk seolah-olah mengatakan bahawa dia akan menjagaku. Tapi, sejak aku chatting dengan Yong Hwa, aku makin suka dengan dia.
“Saya nak balik,” kataku.
“Takkan awak dah nak balik? Awak belum jumpa lagi dengan abang,”
“Tapi, saya rasa pening,” bohong aku ingin melepaskan diri.
“Kalau awak rasa pening, awak boleh berehat di bilik tetamu. Saya temankan awak.
     Kata-kata Min Hyuk seperti noktah untuk pembohongan aku. Aku tak boleh mencari alasan lain untuk pergi dari sini.

No comments:

Post a Comment