Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Monday, November 22, 2010

Bab Sembilan Belas


W
anita di dalam lift itu menegur Min Hyuk dengan senyuman.
“Lama tak jumpa, Min Hyuk,” ujar wanita tersebut.
“Ah, awak Raina kan?” Soal Min cuba mendapat kepastian.
“Yalah. Siapa lagi kalau bukan saya. Saya bukannya dah berubah pun.”
“Oh, maaflah kalau saya dah tak kenal,” ujar Min. Rupanya dia adalah Raina, kawan baiknya sejak kecil lagi. Cuma mereka telah terpisah sejak 10 tahun yang lalu.
“Awak dah tinggi betul,” puji Raina.
“Memanglah, saya kan dah besar.”
“Tapi tak nampak matang pun,” sindir Raina. Min hanya ketawa kecil. Kemudian, Raina perasan akan sesuatu. “Min, kenapa mata awak berair? Sakit ke?”
“Ah, ni, sakit sikitlah. Tak ada apa-apalah, awak jangan risau,” jawab Min bohong. Min cuba mengelap air matanya.
“Hmm, berapa hari lagi awak kat sini?” Soal Raina. Min baru sahaja terfikir hendak balik, tapi dia baru sahaja bertemu dengan teman baiknya sejak kecil.
“Sa… saya balik esok, mungkin,” Min akhirnya membuat keputusan. “ Awak bercuti kat ini dengan siapa? Boyfriend?” Soal Min.
“Hai, Min… Siapalah yang nakkan saya. Semua orang tahu yang saya ni macam tomboy sikit,” jelas Raina. “Awak jelah yang anggap saya macam perempuan,” usiknya.
“Ye ke?” Soal Min tak percaya. “Sekarang ni, siap pakai skirt lagi,” sindir Min.
“Skirt je tak mengubah sifat saya. Awak pulak, dah berubah ke?”
“Berubah apa?” Min pelik.
“Yelah, dulu awak kata awak nak kahwin dengan saya bila dah besar,” kata Raina selamba. Dia masih teringat lagi dengan janji waktu kecilnya bersama dengan Min.
“Eh, awak ni. Itu dah lama. Main-main pulak,” Min menelan air liur. Min cuba untuk ketawa bagi memecahkan suasana lift yang senyap tadi.
“Cepatnya awak dah berubah,” balas Raina. Dia menunjukkan muka geram.
“Ah, dah sampai. Jadi, bilik awak di tingkat 6 ya? Bilik saya di tingkat 8,” ujar Min mengubah topik.
“Okey, bye. Nanti, awak ajaklah saya dinner, atau apa-apa ke. Kalau tak, awak memang sampai hati.”
“Yelah,” Balas Min pendek.
“Ni nombor telefon saya. Call tau. Kalau awak tak call, saya bagi penumbuk hebat saya,” ugut Raina. Memang perangai dia masih belum berubah. Min hanya ketawa kecil.
*****

Hari kian senja. Aku dah Yong Hwa pulang ke Villa. Aku lupa pulak dengan Min, dia takde cari aku ke? Biarlah dia.
“Lizzy, lepas ni, kita pergi dinner ya?” Ajak Yong.
“Hmm, okeylah. Tapi, Min? Nak ajak sekali tak?” Soalku. Ada yang Min mengamuk dengan aku nanti. Dia memang susah nak dijangka.
“Saya tak kisah. Ajaklah dia sekali. Awak siap-siap dulu. Saya tunggu awak kat lobi pukul 8 nanti,” ujar Yong Hwa selamba. Dia tidak kisah kalau Min diajak sekali sebab dia tahu yang Min tiada di biliknya sekarang ni. Yong Hwa lah yang menjemput Raina untuk datang ke Villa ni.
“Okey. Saya jumpa awak lagi nanti,” Aku memberi senyuman kepadanya.
     Aku rasa gembira sangat hari ini sebab Yong Hwa dan aku dah….! Aaah, seronoknya! Mak mesti suka bila mak tahu yang Yong Hwa dah berubah. Tapi, aku nak bagi surprise lah bila pulang nanti. Mak pun mesti akan pulang dari London untuk mendengar berita ni.

Aku menuju ke pintu bilikku. Mahu ke aku ketuk pintu bilik Min yang berada di sebelah bilikku ni? Mmm, nantilah. Hehehe… Biar dia tunggu lagi kat dalam tu sorang-sorang. Padan muka, asyik nak berkepit je dengan aku. Aku segera mandi dan bersiap-siap untuk dinner dengan Yong Hwa.
“Aargh, baju apa nak pakai ni!” Jeritku. Semua bajuku nampak buruk. Mesti aku nampak kekok nanti masa dinner di tempat yang bertaraf tinggi tu.
“Kalau pakai seluar jeans boleh tak?” Aku cuba mengenakan seluar jeans di hadapan cermin.
“Hmm, boleh jugak ni. And pakai baju ni,” Aku segera pakai seluar jeans dan t-shirt yang dipilih di hadapan cermin.
“Mekap, aku takde. Kalau bedak, bolehkan?” Aku cuba menyapu bedak di muka. Aku tak boleh nampak pucat sangat. Kalau terlebih bedak pun, mesti nampak buruk.
“Okeylah ni, hehehe…” gelakku. Rambut panjangku disikat rapi.
     Aku segera keluar dari bilik. Aku mengetuk pintu bilik Min. Sambil tu nanti, bolehlah aku tanyakan pendapat dia nanti tentang penampilanku sekarang. Aku mengetuk pintu, tapi tiada jawapan.
“Mana Min ni? Merajuk ke?” Keluhku. Sudah berapa kali aku ketuk pintu dia. “Ha, telefonlah dia,” aku mencapai telefon bimbit dan menelefonnya. Tetapi, tiada jawapan juga.
“Aku dah nak berpeluh ni. Lantaklah dengan Min ni,” Marahku. Aku terus meninggalkan biliknya. Dah hampir pukul lapan ni.

Sebaik sahaja aku menuju ke lobi, aku sudah melihat kelibat Yong Hwa di kerusi tetamu itu. Alamak, asal dia pakai formal sangat! Segannya aku. Tak jadilah nak pergi. Aku segera berpusing dan bergerak perlahan-lahan untuk pulang.
“Aku cakap aku tak sihatlah,” bisikku.
“Lizzy!” Tiba-tiba, suara Yong Hwa kedengaran. Dia memanggil namaku. Hish, kenapalah dia nampak. Aku berpusing ke arahnya perlahan.
“Oh, Yong Hwa,” aku melambaikan tangan ke arahnya. Malunya!
“Lizzy, awak dah sedia?” Soal Yong Hwa. Dia dah pun berada di hadapanku.
“Yong Hwa, tak naklah pergi kat situ. Tengoklah saya macam ni. Tak sesuailah,” jelasku cuba untuk tidak masuk ke restoran itu.
“Kenapa pulak? Okey jelah. Ramai orang pernah pakai macam ni masuk kat dalam restoran tu,” Yong Hwa cuba meyakinkan aku. Yong Hwa sebenarnya bukan mahu cuba meyakinkan aku, tetapi dia tidak mahu rancangannya gagal.
“Betul ni?” Soalku cuba mendapat kepastian.
“Betul. Jom,” Yong Hwa menolak bahuku dari belakang.
     Aku melangkah masuk ke dalam restoran itu dengan langkah perlahan. Aku cuba memerhatikan keadaan sekeliling. Aku tak nampak pun ada orang pakai sama macam aku! Diorang semua pakai pakaian mahal-mahal. Yong Hwa ni! Tiba-tiba, aku terserempak dengan Min Hyuk di sini. Dia sedang dilayan oleh penyambut tetamu. Tapi, siapa pulak perempuan di sebelahnya tu? Aku cuba menegur Min perlahan.
“Min,” sebutku. Min menunjukkan respon. Dia memusingkan badannya ke belakang.
“Lizzy? Apa awak buat kat sini?” Soal Min terkejut.
“Min, takkan kitorang tak boleh dinner kat sini?” Sindir Yong Hwa pada Min.
“T… tak,” jawab Min. Min kelihatan gugup di situ.
“Oh, Yong Hwa. Dah lama tak jumpa. Siapa dia? Girlfriend ke?” Soal perempuan tersebut kepada Yong Hwa.
“Bolehlah dikatakan macam tu.”
“Hai, saya Raina. Teman baik Min. Selamat berkenalan,” ucapnya gembira.
     Aku hanya terkaku di situ. Teman baik Min? Min pulak diam di situ. Kenapa dia pegang tangan Min? Kenapa aku rasa marah?

5 comments:

  1. waaa....
    pe muslihat Yong Hwa yer...???
    jgn la sakitkan hati Lizzy lagi....
    huhuhuhu...

    ReplyDelete
  2. aishhhh...musykil da sy...
    mne satu wtk utama....
    hhohohoho

    ReplyDelete
  3. Yong Hwa memang saja je nak sakitkan hati Lizzy. Geramnye...

    ReplyDelete
  4. betul tu jgnlh Yong Hwa mempermainkan perasaan Lizzy lagi. Dan Lizzy pun jgnlah terlalu cpt sgt percaya dgn Yong Hwa. Alangkah bagusnya diterbalikkan hati Yong Hwa yg nk mengenakan Lizzy supaya dia yg terkena balik. Biar Yong Hwa benar2 jatuh cinta pada Lizzy baru tau macamana sekiranya perasaan dimainkan oleh org kan...

    ReplyDelete
  5. anor : hehehe... Memang saya nak wat macam tu. Tapi, tengoklah dulu ya.

    ReplyDelete