Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Behind The Story

1. Situasi semasa di BAB LIMA, where Lizzy nampak Yong Hwa dengan Hyo Min ... , Saya ada terfikir nak buat scene Lizzy terjatuh masa nak keluar dari bilik Yong Hwa and diorang perasan Lizzy ada kat situ. Tapi susahlah nak fikirkan apa yang akan berlaku selepas tu. Hehe...

2. Situasi semasa di BAB TUJUH, lepas scene Yong Hwa hina Lizzy macam tu and Min Hyuk yang marahkan abang dia, saya dah tak tau siapa yang sebenarnya watak utama... hehe... ingat nak tukar tapi, still ikut pada draft.

3. Saya ingat nak buat watak Puan Ri Na tak suka dengan Lizzy, tapi draft lama tetap yang terbaik! Fikiran yang bukan-bukan untuk ditokok-tambahkan dalam komik ni sememangnya tak sesuai. Hehe...

4. Sejak akhir-akhir ni, saya memang menyampah yang teramat sangat dengan seseorang ni! Dialah orang yang paling saya sumpah seranah sepanjang hidup saya. Tapi, saya try untuk hilangkan stress masa buat komik ni. Takut hancur pulak jalan cerita komik ni nanti. Yang sekarang ni pun, saya tak tau sama ada komik ni best atau tidak. komen-komenlah sikit ya!

5. Sebenarnya, sekarang ni saya dah tak tahu sama ada Lizzy ada apa-apa hubungan dengan keluarga Topaz Holdings atau tak. Rasenye takde... sebab perjanjian kahwin mereka cuma kontrak dan Lizzy just tandatangan agreement je. Tapi, Puan Ri Na yang nak Lizzy terus bersama mereka! Jadi, dikira bolehlah tu ya... hehehe...

 6. Hohoho... Saya dah tak tahu nak buat siapa as Lizzy's future husband. But, as promise, the winner of the poll (Yong Hwa or Min Hyuk) voted by readers (you all, hehe...) will might be her husband! Makin lama saya rasa komik ni makin jauh untuk ke penghujungnya. Saya pun tak tahu kenapa. Hehe... Mungkin sebab satu bab hanya sepanjang 3 atau 4 pages saja.

7. Saya tahu ayat-ayat yang saya gunakan agak biasa. Maklumah, baru 16 tahun. Bukannya selalu bace novel, cume bace komik je. Hehe... tapi nak buat macam mana, azam untuk buat dah ada... janji orang faham sudah.

8. Saya sebenarnya sentiasa tengok status setiap hari. Nak tengok ada orang bace ke tak. Sebab saya tak tahu yang orang suka atau tak bace komik saya yang tak seberapa ni... (garu kepala). Walaupun saya tahu readers malas nak komen (macam saya jugak), tapi seperti korang (macam saya jugak, hehe...) teringin sangat nak terima komen dari para pembaca. Barulah rasa seronok dan tahu ada orang yang sedang follow blog kita tiap-tiap hari. (maaf kalau ayat susah nak faham.)

9. Helo reader's!! Hehe... Sori sebab dah 2 hari tak post. (sekarang 21.11.2010). Nak cite sikit pasal undian. Nampaknya Min Hyuk lah bakal pemenangnya (Lizzy's future husband). Saya nak beritahu sedikit tentang draft asal saya. Sebenarnya, watak utama dia adalah Yong Hwa! Huhuhu... tapi, seperti yang readers  bace, seperti yang saya bace jugak, saya makin lama makin buat cerita ni watak utama dia Min Hyuk pulak. Mmm, sebab tulah saya cipta undian seperti ni. Sebab saya pun dah pelik, siapa sebenarnya watak utama. Tapi kalau nak tukar kepada Yong Hwa, rasanya dah susah nak buat cerita. Hehehe... Takpelah. Asalkan cerita ni ok2, saya pun ok2lah...

10. Ho ho ho... terima kasih yang teramat sangat kepada readers yang bace chapter 17 saya hari ini! (21.11.2010). Bila saya check statistic je, harini ada 70 orang yang bukak chapter 17. Betul-betul terima kasih sangat!!! Ingatkan takde orang tahu yang harini ada post baru. Hehe...

11. Bila saya tengok statistic, Bab Satu lah yang paling ramai orang tengok. Memang itulah hakikatnya. Kepada pembaca yang baru datang ke blog saya, mestilah akan tengok permulaan ceritanya. Saya harap Bab Satu saya boleh menarik minat para pembaca yang baru! Hehe... Saya rasa bab satu ada jugak bahagian yang menariknya... (Hehe... ketawa sorang diri)