A |
ku bersiap-siap untuk keluar, bercuti di Villa Topaz ni dengan penuh huru-hara. Tapi, aku gembira juga Yong Hwa sudah berubah. Mungkin kami boleh menjalinkan hubungan yang istimewa kelak. Kelak? Mungkin ke aku akan bersama dengan mereka lagi setelah kami pulang dari Korea? Tengoklah dulu apa yang akan berlaku selepas ni.
Aku melangkah keluar dari bilik. Mahu saja aku menelefon Min. Tapi, apa salahnya kalau aku jalan sorang-sorang kat sini. Bukannya boleh sesat pun kat kawasan Villa ni.
“Ah, lupalah,” ujarku. “Cincin ni, lupa nak tanya Min pasal cincin ni,” Aku terlupa tentang hal cincin ni. Orang asing yang mengumpat aku semalam ada cakap something pasal ‘bride-to-be’.
“Memang nak kena si Min ni kalau cincin ni ada apa-apa maksud,” Aku memasukkan cincin itu ke dalam poket. Cincin ‘apa’ entah yang Min pandai-pandai suruh aku pakai.
Aku menuju keluar, ke taman Villa Topaz. Suasana di sini amat nyaman sekali. Tasik yang luas di sebelah Villa ini kelihatan ceria dengan itik-itik yang berenang, pokok bunga air dan ada juga yang sedang berkayak.
“Hmm, teringinnya nak berkayak,” keluhku. Semasa aku kecil dahulu, aku dan mendiang ayah selalu berkayak di sungai sambil memancing ikan.
“Miss, do you like to kayaking with me?” Muncul suara tiba-tiba dari belakang aku. Oh, Yong Hwa rupanya. Buat aku terkejut je.
“Yong Hwa, awak buat saya terkejut je. Kenapa awak kat sini?” Soalku.
“Why can’t I go here? This is a public place afterall.” Jawabnya. Mahu bercakap bahasa inggeris pula si Yong Hwa ni. Makin lama, perangai Yong Hwa makin sama dengan Min. Jangan dia pun menggatal sekali sudah.
“It is. But, how did you find out that I’m was here?”
“Secret. Maybe coincidence? Guess?” Balasnya selamba.
“Okeylah,” ada-ada saja jawapannya. “Yong Hwa, boleh ke saya naik kayak tu?”
“Sure you can. With your shirts now, absolutely you can go kayaking straight away.”
Hmph, mahu perli aku ya? Aku tahulah pakaian aku ni macam orang yang nak pergi memancing. Pakaian ni lagi selesa dipakai berbanding dengan pakaian yang dia pakai. Baju berjenama konon.
“Kalau boleh, saya nak kayak sorang-sorang.”
“Tak payah naik kayaklah. Kita naik tu,” Yong Hwa menunjukkan aku ke arah beberapa bot itik yang kosong di situ.
“Wah, comelnya! Saya nak,” aku terkejut melihat bot itik yang berada di situ, tak nampak pula aku tadi. Dengan segeranya aku berlari ke arah bot itik yang comel tu. Mesti seronok kalau main kat atas air nanti.
“Hahaha… Lizzy, ada-ada jelah awak ni. Tak payahlah sampai lari,” ujar Yong Hwa yang turut berlari sama tadi. Aku hanya tersenyum lebar. Aku memerhatikan bot itik itu dari depan hingga belakang. Aku hanya berpusing-pusing di sekelilingnya, sambil memuji tentang kehandalan penciptanya. Cantiknya bot ni! Comel pulak tu.
“Please give us one ride,” ujar Yong kepada pekerja yang menguruskan bot itik itu.
“Sure, sir.” Balas pekerja itu penuh hormat. Dengan segeranya bot itik itu disediakan untuk kami. Maklumlah, Yong Hwa adalah anak kepada pengurus Villa ni.
“Thank you, thank you,” ujarku pada pekerja tersebut. Aku sudah tidak sabar lagi nak naik bot itik ni.
“Lizzy, kelakarlah awak ni. Cakap sekali je dahlah. Ni tak,” kata Yong sambil menahan gelak.
“Alah, takpelah. Asalkan dia faham sudah. Saya terlebih excited sekarang ni,”
“Dah, naiklah. Apa yang awak tunggu lagi?”
*****
Min Hyuk dari tadi berpusing-pusing mengelilingi meja kecil di biliknya. Keresahannya bertambah besar.
“Abang dah berubah. Abang dah berubah, Abang dah berubah?” Ujarnya tidak puas hati.
“Betul ke abang dah berubah? Kalau betul, baguslah.”
“Tapi, kalau abang dah mula sukakan Lizzy macam mana?” Resah Min. Dalam fikirannya, terdapat banyak konklusi yang diciptanya.
“Tak, abang takkan sukakan Lizzy. Lagipun, Hyo Min bukannya tinggalkan dia betul-betul kan?”
“Baik aku telefon mak,” Min Hyuk segera menelefon emaknya. Hanya emaknya saja yang boleh menyelesaikan masalah ni.
“Helo mak, mak dah tahu tak?” Soal Min.
“Tahu apa?” Jawab Puan Ri Na ringkas.
“Alah, mak kan selalu je tahu berita lebih awal. Takkan mak tak tahu lagi pasal Yong Hwa?”
“Hyo Min dah tinggalkan dia kan?”
“A’ah.”
“Baguslah. Dia dah berambus kat U.S sana.”
“Wah, detail nya. Mak tahu sampai kat mana Hyo Min pergi,” perli Min.
“Memanglah. Mak yang buat semua rancangan ni,” jelas Puan Ri Na.
“Apa maksud mak?”
“Mak yang uruskan agar Hyo Min dapat kelayakan untuk bertanding di sana. Mak nak tengoklah sama ada dia pergi atau tak. Akhirnya, dia buat keputusan yang tepat jugak.”
“Mak, kenapa mak buat macam tu?”
“Kenapa? Dulu, bukan ke kau tak suka si Hyo Min tu couple dengan abang? Asal sekarang kau marah mak?” Marah Puan Ri Na. Bukan ke ini rancangan mereka, untuk pisahkan Yong Hwa dan Hyo Min.
“Mak ni, kacaulah. Kalau…” Kata-kata Min terhenti. Hampir saja perasaannya yang dia pendam selama ini terbongkar.
“Apa dia? Asal Min berhenti cakap? Kalau apa?”
“T… Takde apa-apa. Terlupa nak cakap apa. Kalau mak ada apa-apa yang nak suruh Min buat, mak beritahulah.”
“Hmm, macam nilah baru anak mak. Min aturkan dinner untuk Yong dengan Lizzy ya. Buat yang sehabis romantik punya.”
“Mak, saya tak nak! Kenapa mak suruh buat macam tu?”
“Kenapa? Diorang belum mesra lagi ke?” Soal Puan Ri Na pelik.
“A’ah. Diorang belum mesra lagi. Bercakap pun belum,” bohong Min. Dia tak mahu memesrakan lagi hubungan mereka.
“Eh, macam tu ke? Ingat dah okey,”
“Mak, biar jelah kami bercuti kat sini. Mak tak payah aturkan apa-apa. Mak jangan telefon pun Villa ni. Esok kitorang balik. Bukannya lama pun,” ujar Min. Dia tidak mahu hari terakhir mereka di sini, dia tidak dapat menghabiskan lebih banyak masa bersama dengan Lizzy.
“Yelah. Jangan buat yang bukan-bukan. Mata mak ada beratus-ratus kat sana. Sekejap je, mak boleh tahu berita korang.”
“Yelah mak,” balas Min.
Dia mematikan taliannya. Min duduk sambil menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Dia perlu mandi dahulu. Baru ajak Lizzy keluar bersiar-siar di kota Seoul.
“Abang tak boleh dekat dengan Lizzy lagi selepas ni.”
*****
gelabahnye min hyuk...
ReplyDeleteske bile tgk die gelabah...
smbg lg...ske2...