Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Monday, November 29, 2010

Bab Dua Puluh Tiga


H
ari sudah pagi. Tetapi bagiku, ianya masih gelap gelita. Rasa geram aku masih kental di hati. Aku betul-betul benci dengan dia!
     Kali ini, aku berjalan bersama-sama dengan Yong Hwa di lapangan terbang ketika kami sudah bersedia hendak pulang dari Korea. Aku tak pandang langsung Min. Lantak dialah nak buat apa, aku takkan ambil kisah!
     Ada juga Min menghulurkan aku air, tetapi aku tidak melayannya. Dia hanya menunggu di sebelahku macam orang gila.
“A.. awak nak air tak? Saya belikan awak kopi,” ujar Min. Aku cuma buat bodoh saja.
     Kemudian, Yong Hwa muncul.
“Lizzy, ini dia. Air untuk awak,” ujar Yong Hwa. Dia menghulurkan aku secawan air dari Starbucks. Tanpa berfikir, aku terus menerimanya.
“Terima kasih Yong Hwa,” ujarku padanya. Aku meniup perlahan air kopi tersebut, aku meminumnya sedikit. Ah, tak sedapnya! Kopi apa ni?
“Kenapa Lizzy? Kenapa awak buat muka macam tu?” Soal Yong Hwa pelik.
“Memanglah Lizzy buat muka macam tu. Dia mana suka air kopi yang pelik-pelik. Lizzy suka yang original je,” ujar Min selamba, mencelah perbualan aku dan Yong Hwa.
     Eh, dia ni. Yang nak sibuk-sibuk dengan hal orang ni kenapa?
“Betul ke Lizzy? Sorry. Saya tak tahu,” maaf Yong Hwa.
“Takdelah! Saya okey je dengan apa-apa air. Kopi ni panas, sebab tulah saya buat riak macam tu,” aku cuba menafikan apa yang Min cakapkan tadi. Geramnya aku dengan dia! Berani lagi dia bercakap dengan aku selepas dia buat aku macam ni. Memang tak tahu malu!
“Mmm, kalau macam tu, okeylah,” lega Yong. “Awak nak makan coklat tak? Saya belikan,” ujar Yong Hwa lagi.
     Boleh jugak. Aku pun dah rimas duduk kat sebelah dia. Dah buat salah, tapi masih ada hati nak berdekat dengan aku. Aku menggangguk sahaja kepada Yong Hwa.

Semasa di kapal terbang, aku bersama dengan Yong Hwa. Dia duduk di belakangku. Kadang-kadang ada juga aku rasa tak selesa. Tapi, aku cuba menahannya. Aku menarik nafas panjang sepanjang aku berada di dalam kapal terbang.
     Apabila aku telah tertidur, Yong Hwa meletakkan kepalaku di atas bahunya. Aku tidak sedar. Min melihat kelakuan abangnya. Dia nampak geram. Abangnya saja mahu membuat Min cemburu.
    Akhirnya, tiba juga kami di rumah. Kami dijemput pulang oleh butler-butler dan orang gaji, seperti biasa. Adakah aku akan lalui kehidupan begini setiap hari? Mungkin ini kali yang terakhir. Hisy, kenapa dengan aku ni! Sepatutnya, aku yang tentukan keputusan. Aku sahajalah orang yang harus menentukan sama ada aku akan tinggal di sini sebagai bakal isteri Yong Hwa atau meninggalkan keluarga ini buat selama-lamanya. Bila difikirkan balik, aku rasa takut untuk menerima lamaran dari Yong Hwa. Adakah bahagia bagiku untuk berkahwin dengannya sebelum bercinta? Tanda tanya sentiasa bermain di benakku.
     Keadaan di dalam banglo kelihatan seperti biasa. Aku menuju ke bilik tetamu dengan bantuan pengawal. Aku mahu tidur. Aku rasa penat, pening sangat kepala ni.

*****
Sementara itu, Yong Hwa menemui butler nya secara rahsia di biliknya.
“Awak dah semua persiapan?” Soal Yong Hwa.
“Sudah tuan. Semua persiapan pertunangan tuan telah siap sepenuhnya. Seperti arahan tuan, kami sudah memilih tempat yang paling sesuai untuk pertunangan yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja,” jawab butler itu panjang. Yong Hwa sudah pun menukar pelan awalnya. Majlis pertunangan telah ditukar ke tempat lain, iaitu di tempat yang lebih sesuai.
“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.
“Aku tunang palsu aje. Tapi, Min pasti akan jatuh ke dalam perangkap aku.”
“Lepas ni, apa lagi ya? Ugutan?”
     Yong Hwa memusing-musing kerusi kerjanya yang beroda itu. Dia menyandarkan badannya dengan rasa puas hati.
*****

Tiba-tiba, satu ketukan kecil dari pintu bilik ini kedengaran. Aku bangun dari katil. Siapa tu?
“Siapa tu?” Soalku.
“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?
“Asal awak datang sini? Pergi sekarang!” Jeritku.
“Lizzy, minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Saya bersalah,” rayu Min. Kenapa dia nak merayu pulak? Apa masalah dia?
“Kenapa awak nak minta maaf daripada saya?” Soalku. “Bukan ke ini memang apa yang awak nak. Simpati dengan saya.”
“Saya tak bermaksud pun untuk simpati dengan awak Lizzy,” jelasnya. Aku tak akan terpedaya dengan kata-katanya.
“Tak simpati konon,” aku ketawa kecil. Mendengar ayatnya saja sudah membuatku mahu ketawa, mengjengkelkan. “Saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni. Saya dah maafkan awak, tapi awak buat juga kesalahan yang sama buat kali kedua! Saya takkan maafkan awak lagi kali ni!”
“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.
“Hmph, nak tipu saya lagi. Suka konon. Itu semua penipu!”
“Kalau awak kata tipu, kenapa awak boleh ada kat sini? Macam mana awak boleh ada hubungan dengan keluarga saya?” Ujar Min. Aku tak faham dengan maksudnya.
     Aku hanya menunjukkan riak bingung.
“Sebab awak berhenti kerja, itu saya yang buat. Saya nak buat awak tertekan untuk cari wang, sebab saya nak awak terima lamaran online yang saya cipta,” jelasnya. Aku terkejut dengan penjelasannya. Rupanya, semua yang berlaku padaku bukannya satu kebetulan?
“Saya sukakan awak. Pertama kali awak datang ke sekolah saya, saya terpikat dengan awak. Setiap waktu sukan, saya selalu perhatikan awak. Sebab itu saya berada di stor waktu pertama kali kita berjumpa. Sebab saya nak jumpa dengan awak. Percayalah saya, saya tak pernah mahu mengecilkan hati awak. Saya sudah lama sukakan awak.”
     Min, kenapa awak buat semua ini? Tak boleh ke awak terus terang dari mula lagi? Kenapa awak buat semua ini? Itu cuma buat aku rasa bodoh saja. Aku seperti permainan dia.
“Kalau awak sukakan saya, kenapa awak tak berterus terang? Kenapa awak suruh saya kahwin dengan abang awak? Kenapa awak buat saya menaruh hati pada Yong Hwa?” Amarahku mula membara.
“Hmph, apa lagi yang awak pernah buat? Untuk buat saya jadi macam ni?” Soalku.
“Saya yang bersalah. Saya yang bodoh, sebab takut untuk berdepan dengan awak. Maafkanlah saya. Kali ni, saya janji. Saya janji tak akan sembunyikan perasaan saya lagi. Saya takkan permainkan hidup awak lagi.”
“Terlambat. Dah terlambat… Tak lama lagi, saya akan kahwin dengan Yong Hwa, seperti yang awak rancangkan sebelum ni. Awak dah terlambat!” Aku menjerit sekuat hati padanya.

Aku berlari keluar dari bilik itu. Min memegang lenganku, tapi aku lepas darinya.
“Lizzy, saya minta maaf,” Min merayu lagi pada aku.
“Lepaskan saya! Saya tak suka dengan lelaki macam awak!” Aku menolak badannya dengan kuat. Aku berlari sekuat hati daripada situ.
     Kenapa air mata aku keluar ni? Kenapa hati aku rasa sakit sangat ni? Kenapa aku seperti susah untuk membenci dengan penjelasannya sebentar tadi. Aku tak boleh jadi begini! Aku tak boleh jadi lemah!