Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Wednesday, December 8, 2010

New Coming!

Press the picture to see the bigger size!

     Huhu... Walaupun dah lama tak menaip, tapi saya teringin nak buat satu lagi komik baru, iaitu komik ketiga selepas Frog Like a Fork! (Pokeucheoleom Gaeguli!). Walaupun komik OHWAIET dan FLAFPG dah lama tak ada n3 baru, tapi... secara perlahan-lahan saya akan cuba siapkan. Minta maaf sangat2 kalau saya macam ni! (tunduk maaf)

     Tajuk komik ketiga saya adalah
I Don't even Care about Every Single of Love!
inspirasi daripada drama popular Korea 'Personal Taste'. Tapi, saya akan cuba yang sebaiknya untuk mengubah jalan cerita dan mencipta idea yang segar. Hehe...

Wednesday, December 1, 2010

Cover...cover... Funny2 lagi!


BAD GIRL GOOD GIRL
MISS A
MALAY VERSION (GADIS BAIK ATAU JAHAT)

You don’t know me, you don’t know me
You don’t know me, you don’t know me
So, shut up, boy. So, shut up, boy. So, shut up, boy.
So, shut up, shut up.

Bila bersama kau berlagak baik, tapi kau mengumpat aku bila ku tiada
Diperbodohkan

Hello, hello, hello
Adakah kali yang pertama…tama…tama kau kenal gadis begini
Kenapa menilaiku?
Adakah kau takut, atau mungkin?

Zahirku, a bad girl
Batinku, a good girl
Kau belum kenal siapa aku, cuma menilai zahirku
Renungan matamu kelakar, kau lihatku bagai perempuan murah

Menari, a bad girl
Mencintai, a good girl
Bila kau lihat aku menari, terpesona mendekati?
Hipokrit kamu kelakar, kau sungguh mengataku dihatimu

Pakaian ni, dan rambut ini, gadis yang menari begini nampak jelas sekali
Perangaimu lebih jelas

Hello, hello, hello
Kalau kau tak yakin, pergi, pergi, pergi
Pergi undurkan diri
Kenapa masih di sini?
Tahu tak hatimu jelas berbohong?

Zahirku, a bad girl
Batinku, a good girl
Kau belum kenal siapa aku, cuma menilai zahirku
Renungan matamu kelakar, kau lihatku bagai perempuan murah

Menari, a bad girl
Mencintai, a good girl
Bila kau lihat aku menari, terpesona mendekati?
Hipokrit kamu kelakar, kau sungguh mengataku dihatimu

Aku mencari lelaki yang boleh dipercayai
Lelaki sejati yang tak membangga diri
Ada tak insan begitu, sifat merendah diri dan dipercaya?
Supaya ku rasa selesa, supaya ku boleh jadi diriku ini

Zahirku, a bad girl
Batinku, a good girl
Kau belum kenal siapa aku, cuma menilai zahirku
Renungan matamu kelakar, kau lihatku bagai perempuan murah

Menari, a bad girl
Mencintai, a good girl
Bila kau lihat aku menari, terpesona mendekati?
Hipokrit kamu kelakar, kau sungguh mengataku dihatimu

You don’t know me, you don’t know me
You don’t know me, you don’t know me
So, shut up, boy. So, shut up, boy. So shut up, boy.
So, shut up, shut up.

Monday, November 29, 2010

Bab Dua Puluh Tiga


H
ari sudah pagi. Tetapi bagiku, ianya masih gelap gelita. Rasa geram aku masih kental di hati. Aku betul-betul benci dengan dia!
     Kali ini, aku berjalan bersama-sama dengan Yong Hwa di lapangan terbang ketika kami sudah bersedia hendak pulang dari Korea. Aku tak pandang langsung Min. Lantak dialah nak buat apa, aku takkan ambil kisah!
     Ada juga Min menghulurkan aku air, tetapi aku tidak melayannya. Dia hanya menunggu di sebelahku macam orang gila.
“A.. awak nak air tak? Saya belikan awak kopi,” ujar Min. Aku cuma buat bodoh saja.
     Kemudian, Yong Hwa muncul.
“Lizzy, ini dia. Air untuk awak,” ujar Yong Hwa. Dia menghulurkan aku secawan air dari Starbucks. Tanpa berfikir, aku terus menerimanya.
“Terima kasih Yong Hwa,” ujarku padanya. Aku meniup perlahan air kopi tersebut, aku meminumnya sedikit. Ah, tak sedapnya! Kopi apa ni?
“Kenapa Lizzy? Kenapa awak buat muka macam tu?” Soal Yong Hwa pelik.
“Memanglah Lizzy buat muka macam tu. Dia mana suka air kopi yang pelik-pelik. Lizzy suka yang original je,” ujar Min selamba, mencelah perbualan aku dan Yong Hwa.
     Eh, dia ni. Yang nak sibuk-sibuk dengan hal orang ni kenapa?
“Betul ke Lizzy? Sorry. Saya tak tahu,” maaf Yong Hwa.
“Takdelah! Saya okey je dengan apa-apa air. Kopi ni panas, sebab tulah saya buat riak macam tu,” aku cuba menafikan apa yang Min cakapkan tadi. Geramnya aku dengan dia! Berani lagi dia bercakap dengan aku selepas dia buat aku macam ni. Memang tak tahu malu!
“Mmm, kalau macam tu, okeylah,” lega Yong. “Awak nak makan coklat tak? Saya belikan,” ujar Yong Hwa lagi.
     Boleh jugak. Aku pun dah rimas duduk kat sebelah dia. Dah buat salah, tapi masih ada hati nak berdekat dengan aku. Aku menggangguk sahaja kepada Yong Hwa.

Semasa di kapal terbang, aku bersama dengan Yong Hwa. Dia duduk di belakangku. Kadang-kadang ada juga aku rasa tak selesa. Tapi, aku cuba menahannya. Aku menarik nafas panjang sepanjang aku berada di dalam kapal terbang.
     Apabila aku telah tertidur, Yong Hwa meletakkan kepalaku di atas bahunya. Aku tidak sedar. Min melihat kelakuan abangnya. Dia nampak geram. Abangnya saja mahu membuat Min cemburu.
    Akhirnya, tiba juga kami di rumah. Kami dijemput pulang oleh butler-butler dan orang gaji, seperti biasa. Adakah aku akan lalui kehidupan begini setiap hari? Mungkin ini kali yang terakhir. Hisy, kenapa dengan aku ni! Sepatutnya, aku yang tentukan keputusan. Aku sahajalah orang yang harus menentukan sama ada aku akan tinggal di sini sebagai bakal isteri Yong Hwa atau meninggalkan keluarga ini buat selama-lamanya. Bila difikirkan balik, aku rasa takut untuk menerima lamaran dari Yong Hwa. Adakah bahagia bagiku untuk berkahwin dengannya sebelum bercinta? Tanda tanya sentiasa bermain di benakku.
     Keadaan di dalam banglo kelihatan seperti biasa. Aku menuju ke bilik tetamu dengan bantuan pengawal. Aku mahu tidur. Aku rasa penat, pening sangat kepala ni.

*****
Sementara itu, Yong Hwa menemui butler nya secara rahsia di biliknya.
“Awak dah semua persiapan?” Soal Yong Hwa.
“Sudah tuan. Semua persiapan pertunangan tuan telah siap sepenuhnya. Seperti arahan tuan, kami sudah memilih tempat yang paling sesuai untuk pertunangan yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja,” jawab butler itu panjang. Yong Hwa sudah pun menukar pelan awalnya. Majlis pertunangan telah ditukar ke tempat lain, iaitu di tempat yang lebih sesuai.
“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.
“Aku tunang palsu aje. Tapi, Min pasti akan jatuh ke dalam perangkap aku.”
“Lepas ni, apa lagi ya? Ugutan?”
     Yong Hwa memusing-musing kerusi kerjanya yang beroda itu. Dia menyandarkan badannya dengan rasa puas hati.
*****

Tiba-tiba, satu ketukan kecil dari pintu bilik ini kedengaran. Aku bangun dari katil. Siapa tu?
“Siapa tu?” Soalku.
“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?
“Asal awak datang sini? Pergi sekarang!” Jeritku.
“Lizzy, minta maaf. Saya betul-betul minta maaf. Saya bersalah,” rayu Min. Kenapa dia nak merayu pulak? Apa masalah dia?
“Kenapa awak nak minta maaf daripada saya?” Soalku. “Bukan ke ini memang apa yang awak nak. Simpati dengan saya.”
“Saya tak bermaksud pun untuk simpati dengan awak Lizzy,” jelasnya. Aku tak akan terpedaya dengan kata-katanya.
“Tak simpati konon,” aku ketawa kecil. Mendengar ayatnya saja sudah membuatku mahu ketawa, mengjengkelkan. “Saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni. Saya dah maafkan awak, tapi awak buat juga kesalahan yang sama buat kali kedua! Saya takkan maafkan awak lagi kali ni!”
“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.
“Hmph, nak tipu saya lagi. Suka konon. Itu semua penipu!”
“Kalau awak kata tipu, kenapa awak boleh ada kat sini? Macam mana awak boleh ada hubungan dengan keluarga saya?” Ujar Min. Aku tak faham dengan maksudnya.
     Aku hanya menunjukkan riak bingung.
“Sebab awak berhenti kerja, itu saya yang buat. Saya nak buat awak tertekan untuk cari wang, sebab saya nak awak terima lamaran online yang saya cipta,” jelasnya. Aku terkejut dengan penjelasannya. Rupanya, semua yang berlaku padaku bukannya satu kebetulan?
“Saya sukakan awak. Pertama kali awak datang ke sekolah saya, saya terpikat dengan awak. Setiap waktu sukan, saya selalu perhatikan awak. Sebab itu saya berada di stor waktu pertama kali kita berjumpa. Sebab saya nak jumpa dengan awak. Percayalah saya, saya tak pernah mahu mengecilkan hati awak. Saya sudah lama sukakan awak.”
     Min, kenapa awak buat semua ini? Tak boleh ke awak terus terang dari mula lagi? Kenapa awak buat semua ini? Itu cuma buat aku rasa bodoh saja. Aku seperti permainan dia.
“Kalau awak sukakan saya, kenapa awak tak berterus terang? Kenapa awak suruh saya kahwin dengan abang awak? Kenapa awak buat saya menaruh hati pada Yong Hwa?” Amarahku mula membara.
“Hmph, apa lagi yang awak pernah buat? Untuk buat saya jadi macam ni?” Soalku.
“Saya yang bersalah. Saya yang bodoh, sebab takut untuk berdepan dengan awak. Maafkanlah saya. Kali ni, saya janji. Saya janji tak akan sembunyikan perasaan saya lagi. Saya takkan permainkan hidup awak lagi.”
“Terlambat. Dah terlambat… Tak lama lagi, saya akan kahwin dengan Yong Hwa, seperti yang awak rancangkan sebelum ni. Awak dah terlambat!” Aku menjerit sekuat hati padanya.

Aku berlari keluar dari bilik itu. Min memegang lenganku, tapi aku lepas darinya.
“Lizzy, saya minta maaf,” Min merayu lagi pada aku.
“Lepaskan saya! Saya tak suka dengan lelaki macam awak!” Aku menolak badannya dengan kuat. Aku berlari sekuat hati daripada situ.
     Kenapa air mata aku keluar ni? Kenapa hati aku rasa sakit sangat ni? Kenapa aku seperti susah untuk membenci dengan penjelasannya sebentar tadi. Aku tak boleh jadi begini! Aku tak boleh jadi lemah!

Saturday, November 27, 2010

A Piece of Note,


Fikiran Lizzy,
Maybe I will always love/like you, maybe even greater as a friend, but less than a lover. You know that place in between? That's probably where you're sitting in my heart. 
always & forever,
nicia

Lizzy's almost target, (interesting me),
End of  not-so-amazing-story-of-my-life.
Things to do:
1.      Smile :)
2.      Cut my hair
3.      Stop worrying and overanalyzing
4.      Don't let the stress eat me
5.      Love everyone. Inhale love, exhale hate.
6.      Repeat #1.

Funny, Malay Version. Cover sebab tak dapat post bab baru...


2 DIFFERENT TEARS
WONDER GIRLS
MALAY VERSION (2 BERLAINAN TANGISAN)

Kau beriku tangisan, selama ini
Gembira dan sedih, bak mentari bak hujan
Dan ku bencimu, dan ku cintamu
Dan ku bencimu, dan ku cintamu

Ku membayangkan caranya untuk teruskan hidup tanpamu di sisi
Ku sedar dengan air mata, ku tak mahu lagi
Harus lupakanmu

Ku fikirkan luka yang, kau beriku
Kemusnahan yang melanda, disebabkanmu
Tak kira betapa ku cuba, aku tak tahu mengapa
Fikiranku melayang mengenangmu

Beriku tangisan, selama ini
Gembira dan sedih, bak mentari bak hujan
Ku bencimu, tapi cinta kau beri sangatlah jujur
Ku cintamu, tapi luka kau beri sangatlah pedih

Ku masih menangis untukmu, apa semua ini
Adakah ku masih mahumu
Selepas kepedihan yang kau beri aku
Mengapa susah ‘tuk difaham

Ku fikirkan luka yang, kau beriku
Kemusnahan yang melanda, disebabkanmu
Tak kira betapa ku melawan, kau makin menghampiriku
Dan ku fikir betapa baiknya hatimu (oh, tak)

Beriku tangisan, selama ini
Gembira dan sedih, bak mentari bak hujan
Ku bencimu, tapi cinta kau beri sangatlah jujur
Ku cintamu, tapi luka kau beri sangatlah pedih

Why do I still feel this way when I know there’s nothing left to say
Ku harus tinggalkanmu, tapi ku sayang
Lupakannya tanpa kesan
Ku kata ku mahu membencimu, dengan luka yang kau beriku
But, ah, that’s the reason why I still miss you, no matter how hard I try

Beriku tangisan, selama ini
Gembira dan sedih, bak mentari bak hujan
Ku bencimu, tapi cinta kau beri sangatlah jujur
Ku cintamu, tapi luka kau beri sangatlah pedih

Beriku tangisan, selama ini
Gembira dan sedih, bak mentari bak hujan
Ku bencimu, tapi cinta kau beri sangatlah jujur
Ku cintamu, tapi luka kau beri sangatlah pedih

Thursday, November 25, 2010

ATTENTION!!! ATTENTION!!!


ATTENTION!!! ATTENTION!!!

     Saya tak ciplak mana-mana pun cerita!!! Saya sedih sangat ni!!!
Tadi, (Jumaat, dalam pukul 12.30PM), dekat Wanita Hari Ini, diorang ada cakap pasal Putera Katak!

     Saya pun rasa hebatlah, sebab macam kebetulan.
Saya tak sempat tengok (ada hal), and then, disebabkan rasa ingin tahu, saya pun search lah kat internet.

     Lepas tu, saya terkejut dengan apa yang muncul!
TV3 akan ada drama siri lagenda baru! ‘Putera Katak’!
Saya tak tiru pun TV3!!! Saya tak pernah tahu yang TV3 ada nak buat cite pasal katak ni!
Saya bukannya selalu tengok TV channel2 melayu, saya hanya tonton KBS WORLD and ASTRO ONE HD je…

     Kenapa kebetulan ni sangat drastic dan menyakitkan hati!!!!!!
Saya tak naklah orang kata saya dapat idea ni daripada TV3!
Sejujurnya, idea pasal katak ni tiba-tiba datang masa saya sekeluarga pergi makan malam kat luar.
Hari Rabu! Saya gi kuar makan. Masa tulah terciptanya idea ni.
SAYA TAK PERNAH DENGAR PUN APA-APA PASAL KATAK SEBELUM NI.
IDEA NI YANG TIBA-TIBA MUNCUL DI FIKIRAN SAYA MALAM TU. SEBAB TULAH SAYA BERCADANG NAK BUAT CERITA TENTANG NI.

     ‘KATAK YANG PERANGAI MACAM GARFU’. Maksudnya, perangai katak tu memang nakal dan selalu cakap benda yang menyakitkan hati. Saya yang cipta tu!
KENAPALAH KEBETULAN INI HARUS BERLAKU KEPADA SAYA!!!!

     SAYA HARAP SANGAT PEMBACA2 TIDAK MENUDUH SAYA MENIRU IDEA INI DARI MANA-MANA ARTIKEL DAN BERITA SEMASA.
Tajuk komik kedua saya adalah ‘FROG LIKE A FORK! (POKEUCHEOLEOM GAEGULI!)’ Yang dalam bracket tu, sebutan dalam bahasa Korea. Hehehe…
KOMIK KEDUA SAYA NI WALAUPUN TAJUK DAN IDEANYA DIAMBIL DARI CERITA DONGENG INGGERIS ‘THE FROG PRINCE’, TAPI JALAN CERITANYA TOTALLY BERLAINAN SAMA SEKALI DENGAN CERITA ASALNYA!

     SAYA HARAP PEMBACA SAYA YANG SETIA MEMBACA KOMIK PERTAMA SAYA ‘ONLINE HUSBAND… WHAT AM I EVEN THINKING!’, BOLEH TURUT SERTA MEMBACA KOMIK KEDUA SAYA YANG AKAN DATANG!
KOMIK ‘FROG LIKE A FORK’ SUDAH PUN DI POST SATU BAB, IAITU BAB PERTAMA, UNTUK PENILAIAN PEMBACA.
HARAP MAKLUM! (Tunduk yang teramat hormat di hadapan laptop).

Bab Dua Puluh Dua


A
ku geram sangat dengan Min! Aku benci dia. Aku benci sebab dia menjengkelkan, aku benci sebab dia buat aku menggigil macam ni.
“Lizzy, awak tak apa-apa ke?” Soal Yong Hwa. Dia buat-buat risau.
“Yong Hwa, saya nak berseorangan. Saya nak balik dulu ke bilik saya. Awak janganlah risaukan saya. Saya cuma rasa sejuk je,” ujarku satu persatu. Aku tak mahu diganggu buat masa sekarang ni.
“Kalau macam tu, takpelah. Awak sure okay?”
“Ya, saya okey.”
     Aku segera masuk ke dalam lift. Aku menghembuskan nafas dalam. Mataku terasa menggigil sangat. Adakah aku menggigil kerana benci, ataupun kerana sedih? Atau kedua-duanya sekali? Aku terus berjalan menuju ke bilikku. Aku melabuhkan badan di atas katil. Aku mula menangis, aku menangis sekuat hati.
“Min jahat. Jahat! Jahat!” Aku memukul tilam empuk itu sepuas hati.
“Min… Kenapa awak sanggup buat saya macam ni… Kita kan kawan baik,” aku mengenangkan hari-hari dimana aku dan Min seronok bersama. Kenapa dia sanggup buat aku macam ni. Dia bukan lagi manusia yang bertopeng dua, tetapi tiga! Dia hasut aku dengan senyumannya, sifatnya yang serius dan dia lukakan hati aku dengan… simpati dia. Mataku yang berair mula pejam perlahan. Andai sahaja hari ni aku boleh pulang, mahu saja aku pulang dan memeluk mak dengan erat. Hanya mak sajalah tempat aku boleh meluahkan perasaan.
*****

Sementara itu, Yong Hwa sudah pun berada di biliknya. Dia ketawa besar, meraikan kejayaan langkah pertamanya.
“Lancar, lancar, dan lancar,” Yong Hwa berasa puas hati dengan apa yang berlaku.
“Si Min bodoh. Mafela tu sendiri yang hancurkan hubungan mereka akhirnya,” sindir Yong.
“Pertunangan, my next target. Min mesti buat hal nanti masa pertunangan palsu aku. Dia memang mudah je nak dirancang,” ujar Yong Hwa.
     Semua persiapan untuk menghuru-harakan hubungan mesra Min dan Lizzy telah pun menanti di hujung jarinya. Hanya tinggal untuk diarah saja.
*****

Di taman yang diselubungi oleh kesejukan, hati Min juga turut membeku bersama angin. Hatinya rasa pedih yang teramat sangat. Kenapalah dia begitu bodoh dan susah sangat untuk mengakui kesilapannya secara terus terang. Kenapa dia sanggup berbohong, sedangkan hatinya tidak mahu untuk menyebut ayat-ayat yang mampu melukakan hati Lizzy.
“Min, saya betul-betul ni,” ujar Raina. Min tersedar dari lamunannya. Dia berasa pelik.
“Betul-betul apa?”
“Saya betul-betul, ada hati dengan awak,” jelas Raina. “Kalau awak dah lupakan saya sepenuhnya sebelum ni, saya tak. Setiap hari saya memikirkan awak.”
“Raina, kenapa awak… ni? Awak buat lawak eh?” Min cuba memastikan bahawa penjelasan Raina tadi hanyalah lawak semata-mata.
“Min, saya sukakan awak. Saya sentiasa sukakan awak, dari kecil lagi. Tak sangka awak dah berubah hati,” Raina memandang wajah Min. “Awak jahat tau,” rungutnya.
“Raina, saya minta maaf. Saya…”
“Saya tahu. Saya tahu semuanya. Saya tahu perasaan awak,” jelas Raina. Min tak faham akan maksudnya.
“Ta… hu a.. pa?”
“Awak sukakan Lizzy.”
     Min terkejut dengan jawapan Raina yang direct. “Raina, awak jangan main-mainlah…” Min mula gelabah. Apa saja yang sedang difikirkan oleh si Raina ni.
“Saya tahulah perasaan awak macam mana. Saya dah lama kenal awak,” Raina mengukir senyuman pada Min. “Bila awak potongkan daging ayam untuk saya lepas arahan dari Lizzy, awak terus buat. Itulah awak, selalu mendengar arahan dari orang yang paling awak suka. Macam yang saya selalu buat pada awak dulu.”
“Raina,” Min sudah tidak tahu apa yang mahu dicakapkannya. Sekarang ini, dua hati wanita telah dia lukai secara tidak sengaja. “Saya minta maaf”
“Tak payah. Tu semua cerita lama. Diri awak yang selalu patuh pada saya dah tiada lagi. Sekarang, awak dah patuh pada orang lain. Hehehe…” Raina ketawa kecil untuk menenangkan Min. “Saya cakap je yang saya pernah sukakan awak. Janganlah rasa tak selesa.”
“Raina, terima kasih. Terima kasih sebab faham saya,” Min berasa lega dengan jawapan dari Raina.
“Ah, mafela ni, ada apa-apa maksud ke?” Soal Raina. Dia merasakan bahawa ada sesuatu yang dia tidak tahu tentang mafela yang dipakainya itu.
“Itu… Lizzy yang buat. Untuk Yong Hwa,” jelas Min.
“Hah, untuk Yong Hwa? Habis tu, kenapa ada pada awak?” Pelik Raina.
“Panjang ceritanya. Sebenarnya, mafela tu ada kenangan buruk antara Yong Hwa dan Lizzy, sebab tulah.”
“Min, habis tu awak ambil mafela ni, awak guna?” Soal Raina.
“Sa… saya tak guna! Saya simpan je…” jelas Min. “Lagipun, takkanlah nak buang hasil tangan Lizzy macam tu je? Penat dia jahitkan.”
“Aisy, awak ni!” Raina memukul kepala Min spontan.
“Raina, sakitlah,” ujar Min menahan kesakitan. Dia memegang kepalanya, tak sangka, kuat juga pukulan Raina.
“Awak ni, dari dulu, suka je nak ambil benda orang yang tak sepatutnya,” keluh Raina. “Kenapalah awak ni lembab sangat. Kalau saya jadi Lizzy, saya mesti rasa geram jugak.”
“Saya salah. Memang salah saya.”
“Ya, memang salah awak. Apa yang saya perlu tahu, masa majlis perkahwinan kamu nanti, Lizzy lah pengantin perempuannya. Tahu tak?”
“Kenapa pulak?”
“Oh, jadi awak tak sukalah dengan Lizzy?” Perli Raina.
“T… tak,” jawab Min perlahan.
“Awak ni… Berubah, tu arahan terakhir saya. Berubah!”
“Saya tahulah…”
“Jangan cakap je, tapi jadikan kenyataan. Pujuk Lizzy, minta maaf pada Lizzy.”
“Mmm, ya puan!” Min berdiri tegak. Mereka akhirnya ketawa bersama. Min berterima kasih sangat pada Raina, kerana telah memberinya sedikit semangat untuk membetulkan segalanya. Dirinya yang sekarang ini, iaitu seorang yang penuh emosi sejak pertemuannya dengan Lizzy, perlu dibuang. Dia perlu jadi lebih berani lagi, kembali ke asalnya dahulu.
“Saya nak balik malam ni,” ujar Raina.
“Hah, awak dah nak balik ke?”
“Yalah. Buat apa lagi saya kat sini. Saya dapat jumpa awak sekejap pun sebab Yong Hwa telefon saya pagi tadi,” balasnya.
“Yong Hwa ada telefon awak?” Soal Min pelik. Tak sangka pula, abangnya menelefon Raina untuk datang ke sini.
“Hmm, dia telefon. Kenapa?”
“Ah, tak ada apa-apa. Ingatkan, kebetulan kita berjumpa.”
“Biar saya beritahu awak satu rahsia. Kat dunia ni, susah nak dapat kebetulan,” bisik Raina.
“Ada-ada jelah awak ni,” Min ketawa dengan kata-kata Raina.
“Betullah cakap saya,” Raina cuba meyakinkan Min bahawa falsafahnya adalah benar. “Min, tak nak peluk ke? Buat kali terakhir?” Kata Raina.
“Ya. Saya boleh peluk awak sebanyak mana pun! Budak kecik!” Min memeluk erat Raina seeratnya. Dia sangat gembira dengan kehadiran teman lamanya yang pernah dia sukai suatu masa dahulu, muncul untuk memberinya semangat.
     Tanpa pengetahuan Min, hati Raina sebenarnya terselit kesedihan. Raina cuba menahan tangisan. Andai sahaja dia muncul kembali di hadapan Min sebelum kehadiran Lizzy, pasti hubungan mereka bukan sekadar teman rapat. Walaupun Raina sudah ditinggalkan oleh Min, tapi dia masih rasa gembira. Dia tak akan menyesal. Pasti tak akan menyesal! Memang sudah bukan takdir Raina untuk disatukan dengan insan yang bernama Min Hyuk. Asalkan Min gembira, itu saja sudah cukup untuk mengubat hatinya.

Raina sudah sedia untuk pulang ke U.K. Min Hyuk menghantar Raina sehingga ke kereta.
“Min, awak okey ke?” Soal Raina.
“Ya. Saya okey! Saya pasti akan rampas balik Lizzy!” Ucap Min penuh semangat.
“Hmm, apa-apa jelah,” ujar Raina. Apa sajalah yang sedang berlaku antara dua beradik yang sejak dari kecil, asyik bergaduh. Kali ini, mereka mungkin akan bergaduh untuk merebut Lizzy.
“Bye. Good luck! Hehe…” Raina ketawa kecil. Kereta mula bergerak. Raina melambaikan tangannya.
“Harap-harap, hasrat awak tercapai. Harap-harap, awaklah bakal teman hidup Lizzy. Buat pertama kali, awak nampak serius tentang sesuatu, Min.”
     Raina membisik sendiri. Dia hanya mengeluh dengan apa yang berlaku antara Min Hyuk dan Yong Hwa.

Tuesday, November 23, 2010

Bab Dua Puluh Satu


A
ku menunggu jawapan dari Min Hyuk. Begitu juga dengan Raina.
“Aaa… Se… sebenarnya,” gugup Min.
“Cincin tu untuk pertunangan saya,” ujar Yong Hwa tiba-tiba.
“Hah? Kenapa pulak macam tu?” Pelik Raina. Raina mengalihkan pandangannya ke arah Yong Hwa. Aku bertambah pelik dengan penjelasan dari dua adik beradik ni.
“Kan saya dah nak kahwin dulu, sebab tulah saya gunakan cincin Min dulu,” jelas Yong Hwa bohong. Dia mahu memutar belitkan cerita dari Min.
“Tapi, bukan ke awak ada cincin sendiri?” Soal Raina.
“Memang saya ada cincin lain. Tapi, Min yang hadiahkan cincin dia sebagai hadiah perkahwinan kami. Ini hal lelakilah,” ketawa Yong. Yong Hwa menjeling ke arah Min dengan sindiran tanpa pengetahuan aku dan Raina.
“Alah, saya nak sangat pakai cincin tu,” rungut Raina. “Nanti, bila kita dah nak kahwin, saya nak pakai cincin apa?” Soalnya kepada Min.
“Eh, apa masalah awak ni? Bila masa saya nak… kahwin dengan awak,” ujar Min gugup.
“Hmph, apa-apa jelah awak ni.”
“Ka… kalau awak nak sangat, takpelah. Awak ambillah balik cincin ni,” ujarku. Aku rasa bersalah pulak terhadap Raina. Mungkin, sudah lama dia mahukan cincin ini berada di jari manisnya.
“Hah, betul ke?” Ucap Raina riang.
“Eh, tak payah!” Jerit Min tiba-tiba.
“Kenapa?” Soal aku dan Raina serentak.
“Tak payahlah, nanti saya…” penjelasan Min terhenti.
“Nanti apa?” Soal Raina.
“Nanti saya belikan cincin yang baru untuk awak,” ujar Min pantas. Dia pun tak tahu apa yang dia telah cakapkan tadi.
“Betul ke? Thanks! Saya nak cincin yang paling cantik,” Raina melemparkan senyuman riang. Min hanya berdiam diri selepas dia memberitahu perkara yang tidak sepatutnya dia cakap.
“Okeylah, jom makan!” ucap Raina lagi.
     Kami kemudiannya makan hidangan barat itu dengan perlahan. Mula-mula, aku terasa kekok sedikit. Tetapi, makin lama, aku makin biasa menggunakan garfu dan pisau. Aku memotong perlahan daging ayam itu, tetapi susah pulak nak potong bahagian ni.
“Lizzy, biar saya tolong,” ujar Yong Hwa. Dia memotongkan daging ayam yang dari tadi aku cuba potong kepada kepingan kecil dengan mudah.
“Ah, terima kasih,” sebutku perlahan.
“Wah, romantiknya Yong Hwa! Min, buatkan untuk saya jugak?” Minta Raina.
“Buat apa, awak kalau potong tulang pun boleh. Buat apa nak suruh orang lain tolong,” ujar Min cuba menyindir.
“Awak ni, tak baik buat saya macam tu. Tak naklah makan lagi,” rungut Raina cuba berlagak manja.
“Tak nak makan sudah. Takdelah nampak gemuk nanti.”
     Aku melihat Raina. Dia memuncungkan bibirnya kepada Min, tetapi tidak diendahkan olehnya. Min ni, nak suruh tolong pun susah.
“Min, tolonglah potongkan ayam tu untuk dia,” ujarku pada Min. Aku cuba untuk menyuruhnya.
“Nah. Puas dah?” Min dengan segeranya memotongkan daging ayam untuk Raina. Dia tidak memandang aku langsung.
“Macam tak ikhlas je,” rungut Raina. “Thanks Lizzy. Hehehe…” ucapnya padaku.

Setelah selesai makan malam, kami berempat keluar ke taman. Angin lembut yang meniup di taman ini sangat sejuk. Aku menggigil kesejukan.
“Lizzy,” Yong Hwa menyebut namaku. Dia menyarungkan kot yang dipakainya ke badanku.
“Terima… kasih. Awak tak sejuk ke?” Soalku. Takkan dia tak sejuk dengan cuaca sebegini.
“Tak. Saya dah biasa dengan cuaca macam ni,” jelasnya. Aku hanya memberi senyuman. Raina tidak kelihatan. Tadi dia ada di sini. Mana pulak perginya dia ni?”
“Min, mana Raina?” Soalku. Aku menjeling ke arahnya.
“Ta… tadi dia kata nak ambil barang sekejap,” jawabnya. Dia tidak berani memandang tepat ke mataku.
“Min!” Jerit Raina yang baru muncul. “Cantik tak? Saya pakai mafela awak,” ujarnya lagi. Di lehernya, terikat kemas mafela yang bewarna biru laut. Sekejap, itu bukan ke mafela aku?
“Raina, mana awak dapat ni!” Marah Min.
“Kat bilik awaklah tadi. Masa awak kat dalam bilik air, saya nampak mafela ni kat tepi katil awak,” jelas Raina. “Kenapa awak marah? Saya nak pakai je.”
     Aku berasa geram sangat dengan Min. kenapa mafela aku yang dah dibuang, berada dengannya? Kenapa dia simpan?
“Mana awak dapat ni? Siapa bagi?” Soal Raina.
“Ah, itu… Saya beli,” jawab Min gugup. Aku menjeling tajam ke arahnya.
“Awak beli? Kat mana? Cantiklah mafela ni. Tak berjenama, tapi jahitannya nampak kemas,” Raina membelek-belek mafelaku di lehernya. Aku melangkah perlahan ke arah Raina. Min nampak cuak.
“Wah… mafela ni memang nampak cantiklah,” ucapku. Kata-kataku menggigil sama seperti aku menggigil dalam kesejukan. Aku menyentuh perlahan mafela di leher Raina.
“Ha’ah, cantikkan? Saya naklah. Min, ni hadiah untuk saya boleh tak?” Kata Raina kepada Min. “Awak cubalah tengok ni Lizzy, padan kan? Kain dia pun nampak lembut. Sebab tulah saya pakai gaun warna biru cerah. Sebab bila saya nampak mafela ni, terus saya nak cuba padankan dengan baju untuk dinner tadi,” ujarnya lagi.
     Memanglah mafela ni nampak cantik dan lembut. Betapa susahnya aku menjahit mafela ni supaya nampak halus dan lembut dalam masa yang singkat. Setiap jahitan tu, aku jahit dengan penuh berhati-hati, walaupun aku rasa mengantuk. Tapi, hasilnya, aku melihat orang lain yang sedang memperagakan mafelaku di lehernya.
     Aku memandang Min. “Min, bagilah dia mafela ni. Kalau saya, saya pun nak,” ucapku perlahan. Mataku menggeletar melihat Min yang berdiri di situ.
“A… awak… ambillah mafela… tu,” Min Hyuk memberikan mafela tu kepadanya seperti yang aku minta.
     Min Hyuk memandang aku. Dia menunjukkan rasa takut dan bersalah. Kenapa dia buat muka macam tu? Kau memang sengaja kan nak ambil mafela tu! Perasaanku pada Min bertambah benci setiap saat aku memandang wajahnya. Tanpa aku sedar, Yong Hwa mengenyitkan matanya pada Min. Nampaknya, rancangannya dah berjaya, iaitu rancangan untuk cuba memisahkan aku dan Min Hyuk. Min menunjukkan rasa geram. Tapi, apa yang boleh dia lakukan, memang salah dia pun sebab ambil mafela buatan Lizzy tanpa kebenaran.
“Kenapa korang senyap ni? Jomlah ambil angin sekejap kat taman ni,” ujar Raina. Dia pelik dengan perangai kami yang diam sahaja.
“Raina, awak pergilah dengan Min. Saya rasa tak sihatlah, sejuk sangat,” ujarku bohong. Apa yang aku mahu sekarang ni, adalah pergi jauh dari pandangan Min. aku tak mahu lihat mukanya lagi.
“Oh, ya ke? Takpelah. Awak rehatlah dulu, saya boleh pergi dengan Min sorang-sorang,” balas Raina tanda faham.
     Aku segera pergi dari situ. Yong Hwa turut mengikutku, dia menemani aku pulang ke Villa. Tak tahu malu! Tak guna! Buat apa dia ambil mafela tu? Nak ejek aku? Nak simpati? Sekali lagi Min membuat aku benci dengannya. Tidak cukup lagi dia mengenakan aku dengan pemalsuannya sebagai Mr. Mystery? Mulai sekarang, aku akan benci pada Min sampai bila-bila.

Bab Dua Puluh


H
ati aku rasa sakit melihat perempuan yang menggelarkan dirinya sebagai teman baik Min memegang erat tangan Min Hyuk. Aku memberi pandangan tidak selesa kepadanya.
“Ah, kalau dah macam ni, apa kata kita makan sama-sama nak?” Soal Yong Hwa memberi idea. Aku berhenti dari memandang Raina. Aku memandang ke arah Yong Hwa.
“Ah, apa dia?” Kataku pada Yong Hwa. Aku cuba buat-buat tidak tahu. Aku membuat isyarat muka kepada Yong Hwa supaya kami tak akan makan bersama, tapi diendahkan olehnya.
“Hmm, boleh jugak kalau macam tu. Bolehlah kita berbual,” ujar Raina. Dia setuju dengan cadangan Yong Hwa. Min yang berada di situ kaku tak bersuara. Kenapa pulak dengan si Min ni. Kenapa dia tak beritahu aku tentang ni?
“Waiter, table for four please. The most quiet one,” ujar Yong Hwa kepada penyambut tetamu itu.
“Yes, sir. Please follow me,” balasnya dengan hormat.
     Tanganku ditarik oleh Yong Hwa. Aku baru saja nak jalan dari belakang, mahu tengok penampilan teman baik Min ni. Tapi, Yong Hwa dah tarik aku ke depan.
     Kami akhirnya duduk di meja yang telah ditunjukkan oleh penyambut tetamu tersebut. Aku segera duduk di kerusi itu tanpa berlengah lagi.
“Raina, tunggu sekejap,” ujar Min tiba-tiba.
“Kenapa?” Soal Raina pelik.
“Biar saya yang tarikkan kerusi untuk awak,” ujar Min lembut.
     Apa? Nak tarikkan kerusi untuk dia? Bukan main mesra lagi si Min dengan Raina ni. Aku menggenggam jari-jemariku. Aku terasa sakit. Rupanya aku memakai cincin yang Min beri hari tu. Tak perasan pulak. Nak tambah cantiklah katakan malam ni. Tapi, tak nampak cantik pun. Raina nampak lagi cantik berbanding aku.
“Ah, terima kasih. Baiknya awak,” ucap Raina. Min hanya berdehem.
     Dalam diam, aku memerhatikan Raina. Dia nampak cantik, comel. Gaun yang dipakainya juga nampak cantik. Kemudian, Raina perasan yang aku sedang memerhatikannya. Aku mengalihkan pandangan dan hanya berdehem.
“So, kita pesan order dululah ya,” ujar Yong Hwa.
“Hmm Min, saya macam biasa tau. Tak pernah berubah pun cita rasa saya kat Villa ni,” kata Raina.
“Hah? Awak still suka makan set kanak-kanak tu lagi ke?” Usik Min. Aku terkejut dengan perangainya yang tiba-tiba menjadi riang.
“Hisy, awak ni! Kena karang. Stik istimewa Villa nilah. Apa pulak set kanak-kanak,” ketawa Raina. Dia memukul lembut bahu Min yang berada di sebelahnya. Aku duduk bertentangan di hadapan Raina.
“Saja jelah nak kenakan awak,” balas Min. “Please give us two sets of Special Steak from our top chef,” ujar Min kepada pelayan yang memakai pakaian lebih mewah dari aku. Hebat sangatlah dia speaking.
“Lizzy, awak nak apa?” Soal Yong Hwa. Aku tak pandang menu langsung. Apa yang aku tahu, hanyalah Chicken Chop yang aku pernah makan dulu ketika berlatih.
“Chicken Chop ada tak?” Bisikku pada Yong Hwa perlahan. Yong Hwa hanya ketawa.
“Give us two sets of Chicken Chop. That’s all,” ujar Yong Hwa.
“Yes, sir.”
“Yong Hwa, awak makan Chicken Chop je?” Soal Raina pelik. Kenapa?
“Oh, saya temankan Lizzy makan je,” balas Yong Hwa selamba.
“Amboi, bukan main lagi. Sebelum ni, tak pernah pulak makan makanan lain selain makanan pelik kau tu. Apa dia, Duck Steak?” Sindir Raina.
“Hmm, saya dah berhenti.”
“Hahaha…” Raina hanya ketawa dengan pengakuan Yong Hwa. “Lizzy, ceritalah macam mana awak berjumpa dengan Yong Hwa.” Soal Raina. Banyak tanya pulak si minah ni. Aku tak tahu mahu cakap apa. Aku sendiri tidak tahu dari mana hendak aku mulakan kisah kami. Apa yang aku tahu, hanyalah penerimaan aku terhadap lamaran ‘online’ mereka.
“Min yang perkenalkan,” jawab Yong Hwa selamba.
“Hah? Betul ke Min?” Soal Raina tak percaya kepada Min.
“Ah, Mmm,” balas Min pendek.
“Wah, kenapa?”
“Saya kan belum sihat lagi dari accident yang saya beritahu awak dulu, sebab tulah Min carikan bakal isteri untuk saya. And then, saya diperkenalkan dengan Lizzy,” bohong Yong Hwa. “Balik ni, kami mungkin akan bertunang. Betul tak Lizzy?”
    Aku tercengang dengan soalan Yong Hwa. Kenapalah dia tanya soalan begini sekarang ni.
     Aku hanya menggangguk. “Mungkin…”
“Wah, tahniah! Tak sangkanya, pelik betul kisah cinta korang, tapi siapa kisah. Muda lagi pulak tu, dah nak berkahwin! Gatalnya awak Yong Hwa.”
“Bukannya salah pun.”
“Lizzy, awak suka apa pada Yong Hwa? Mesti ada kan?” Soal Raina padaku. Hmph, nak tanya orang konon. Hisy, kenapa dengan aku ni? Asyik angin je dengan Raina. Bukannya dia buat jahat pun. Dia nampak lebih baik daripada Hyo Min. Sifat dia juga hampir sama dengan sifatku. Tapi, apa yang aku geram sangat dengan dia?
“Saya… suka-sukalah kat Yong Hwa,” balasku satu persatu.
“Alah, malu-malu pulak,” usik Raina. “Oh ya, Min, chef tu ada lagi ke?” Soal Raina pada Min.
“Chef apa?” Pelik Min.
“Chef yang dulu tulah,” jelasnya. “Tu ke top chef yang awak sebutkan tu?”
“Oh, A’ah. Chef tu dah berjanggut dah. Awak dah lama tak jumpa dia,” balas Min. Dia akhirnya teringat akan chef yang disoal oleh Raina sebentar tadi. Aku cuba untuk masuk campur.
“Kenapa dengan chef tu?” Soalku.
“Oh, kami selalu mintak makanan daripada chef tu masa kecik-kecik dulu. Dialah tukang masak paling hebat. Saya dan Min selalu curi-curi masuk dapur restoran untuk dapatkan makanan daripada dia,” balas Raina.
“Ooh… Jadi, korang berdua memang rapatlah sejak kecil lagi.”
“Mmm, kami ni macam couple,” sebut Raina selamba. Aku hampir mahu tersedak walaupun aku tidak minum seteguk pun air sejak tadi.
“Raina, janganlah cakap macam tu,” marah Min.
“Baguslah kalau macam tu. Korang tak nak jadi couple ke? Atau berkawan rapat macam dulu lagi?” Soal Yong. “Awak pun dah makin cantik sekarang ni. Dah tak macam lelaki lagi.”
     Aku hanya mendengar perbualan mereka. Raina ni dulu macam lelaki ke? Takkanlah. Takkan wanita yang nampak elegan di depan aku ni pernah berupa seperti lelaki pada zaman kecilnya?
“Hehehe… Terima kasih. Memanglah saya nak. Tapi, Min ni yang macam tak nak lagi,” keluhnya. “Dulu, bukan main menangis lagi Min bila saya terpaksa pindah ke U.K. Min pun ada janji nak kahwin dengan saya.”
“Hahaha… Min, tak baik tau buat macam tu,” ujar Yong Hwa. Begitu rapat rupanya hubungan antara Raina dan Min. Siapalah aku mahu mengutuk dan mempersoalkan Raina. Tapi, aku masih rasa tak puas hati dengan keakraban mereka.
“Kalau boleh, saya nak sangat datang ke majlis pertunangan awak nanti,” ucap Raina.
“Datanglah. Tapi, saya tak pasti lagi bila. Saya tinggal nak dapatkan kepastian daripada Lizzy je,” ujar Yong bohong. Padahal, persiapan majlis pertunangan sedang disiapkan di banglo Topaz tanpa pengetahuan semua orang kecuali butler dan orang-orang gaji.
“Hisy, takkan punya Lizzy tak mahu terima. Bila-bila pun awak beritahu saya, saya pasti akan datang. Saya pun dah lama tak jumpa Puan Ri Na.”
     Sedang rancak kami berbual, makanan akhirnya terhidang di atas meja. Dengan berhati-hati, aku mengangkat garfu dan pisau. Maklumlah, aku dah lupa sikit dengan ajaran dari butler tentang cara pemakanan. Aku tak naklah Raina tengok aku tak pandai makan menggunakan garfu dan pisau ni. Sekurang-kurangnya, aku mahulah tampak seperti orang yang bertatasusila di mata Raina.
     Tanganku diangkat sedikit untuk memotong daging ayam itu. Kemudian, Raina perasan akan sesuatu.
“Eh, itu bukan cincin kahwin Puan Ri Na ke?” Soal Raina pelik.
“Hah?” Aku terpaku dengan kata-katanya. Begitu juga dengan Min dan Yong Hwa. Dia pun tahu tentang perkara ni?
“Sepatutnya cincin tu bukan ke untuk bakal isteri Min?” Raina makin bingung dengan cincin yang berada di jari manisku ini. Apa? Cincin untuk bakal isteri Min? Kalau betul apa yang dia cakap, apa hal pulak si Min suruh aku pakai cincin ni?
     Baru aku tahu akan makna disebalik cincin yang Min beri aku tempoh hari. Apa yang ada di fikiran Min agaknya sehinggakan dia memberi aku cincin yang sangat bermakna dalam hidup dia kelak? Aku memandang ke arah Min. Min makin gelabah melihat pandanganku dan pandangan dari Raina.