Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Tuesday, November 23, 2010

Bab Dua Puluh Satu


A
ku menunggu jawapan dari Min Hyuk. Begitu juga dengan Raina.
“Aaa… Se… sebenarnya,” gugup Min.
“Cincin tu untuk pertunangan saya,” ujar Yong Hwa tiba-tiba.
“Hah? Kenapa pulak macam tu?” Pelik Raina. Raina mengalihkan pandangannya ke arah Yong Hwa. Aku bertambah pelik dengan penjelasan dari dua adik beradik ni.
“Kan saya dah nak kahwin dulu, sebab tulah saya gunakan cincin Min dulu,” jelas Yong Hwa bohong. Dia mahu memutar belitkan cerita dari Min.
“Tapi, bukan ke awak ada cincin sendiri?” Soal Raina.
“Memang saya ada cincin lain. Tapi, Min yang hadiahkan cincin dia sebagai hadiah perkahwinan kami. Ini hal lelakilah,” ketawa Yong. Yong Hwa menjeling ke arah Min dengan sindiran tanpa pengetahuan aku dan Raina.
“Alah, saya nak sangat pakai cincin tu,” rungut Raina. “Nanti, bila kita dah nak kahwin, saya nak pakai cincin apa?” Soalnya kepada Min.
“Eh, apa masalah awak ni? Bila masa saya nak… kahwin dengan awak,” ujar Min gugup.
“Hmph, apa-apa jelah awak ni.”
“Ka… kalau awak nak sangat, takpelah. Awak ambillah balik cincin ni,” ujarku. Aku rasa bersalah pulak terhadap Raina. Mungkin, sudah lama dia mahukan cincin ini berada di jari manisnya.
“Hah, betul ke?” Ucap Raina riang.
“Eh, tak payah!” Jerit Min tiba-tiba.
“Kenapa?” Soal aku dan Raina serentak.
“Tak payahlah, nanti saya…” penjelasan Min terhenti.
“Nanti apa?” Soal Raina.
“Nanti saya belikan cincin yang baru untuk awak,” ujar Min pantas. Dia pun tak tahu apa yang dia telah cakapkan tadi.
“Betul ke? Thanks! Saya nak cincin yang paling cantik,” Raina melemparkan senyuman riang. Min hanya berdiam diri selepas dia memberitahu perkara yang tidak sepatutnya dia cakap.
“Okeylah, jom makan!” ucap Raina lagi.
     Kami kemudiannya makan hidangan barat itu dengan perlahan. Mula-mula, aku terasa kekok sedikit. Tetapi, makin lama, aku makin biasa menggunakan garfu dan pisau. Aku memotong perlahan daging ayam itu, tetapi susah pulak nak potong bahagian ni.
“Lizzy, biar saya tolong,” ujar Yong Hwa. Dia memotongkan daging ayam yang dari tadi aku cuba potong kepada kepingan kecil dengan mudah.
“Ah, terima kasih,” sebutku perlahan.
“Wah, romantiknya Yong Hwa! Min, buatkan untuk saya jugak?” Minta Raina.
“Buat apa, awak kalau potong tulang pun boleh. Buat apa nak suruh orang lain tolong,” ujar Min cuba menyindir.
“Awak ni, tak baik buat saya macam tu. Tak naklah makan lagi,” rungut Raina cuba berlagak manja.
“Tak nak makan sudah. Takdelah nampak gemuk nanti.”
     Aku melihat Raina. Dia memuncungkan bibirnya kepada Min, tetapi tidak diendahkan olehnya. Min ni, nak suruh tolong pun susah.
“Min, tolonglah potongkan ayam tu untuk dia,” ujarku pada Min. Aku cuba untuk menyuruhnya.
“Nah. Puas dah?” Min dengan segeranya memotongkan daging ayam untuk Raina. Dia tidak memandang aku langsung.
“Macam tak ikhlas je,” rungut Raina. “Thanks Lizzy. Hehehe…” ucapnya padaku.

Setelah selesai makan malam, kami berempat keluar ke taman. Angin lembut yang meniup di taman ini sangat sejuk. Aku menggigil kesejukan.
“Lizzy,” Yong Hwa menyebut namaku. Dia menyarungkan kot yang dipakainya ke badanku.
“Terima… kasih. Awak tak sejuk ke?” Soalku. Takkan dia tak sejuk dengan cuaca sebegini.
“Tak. Saya dah biasa dengan cuaca macam ni,” jelasnya. Aku hanya memberi senyuman. Raina tidak kelihatan. Tadi dia ada di sini. Mana pulak perginya dia ni?”
“Min, mana Raina?” Soalku. Aku menjeling ke arahnya.
“Ta… tadi dia kata nak ambil barang sekejap,” jawabnya. Dia tidak berani memandang tepat ke mataku.
“Min!” Jerit Raina yang baru muncul. “Cantik tak? Saya pakai mafela awak,” ujarnya lagi. Di lehernya, terikat kemas mafela yang bewarna biru laut. Sekejap, itu bukan ke mafela aku?
“Raina, mana awak dapat ni!” Marah Min.
“Kat bilik awaklah tadi. Masa awak kat dalam bilik air, saya nampak mafela ni kat tepi katil awak,” jelas Raina. “Kenapa awak marah? Saya nak pakai je.”
     Aku berasa geram sangat dengan Min. kenapa mafela aku yang dah dibuang, berada dengannya? Kenapa dia simpan?
“Mana awak dapat ni? Siapa bagi?” Soal Raina.
“Ah, itu… Saya beli,” jawab Min gugup. Aku menjeling tajam ke arahnya.
“Awak beli? Kat mana? Cantiklah mafela ni. Tak berjenama, tapi jahitannya nampak kemas,” Raina membelek-belek mafelaku di lehernya. Aku melangkah perlahan ke arah Raina. Min nampak cuak.
“Wah… mafela ni memang nampak cantiklah,” ucapku. Kata-kataku menggigil sama seperti aku menggigil dalam kesejukan. Aku menyentuh perlahan mafela di leher Raina.
“Ha’ah, cantikkan? Saya naklah. Min, ni hadiah untuk saya boleh tak?” Kata Raina kepada Min. “Awak cubalah tengok ni Lizzy, padan kan? Kain dia pun nampak lembut. Sebab tulah saya pakai gaun warna biru cerah. Sebab bila saya nampak mafela ni, terus saya nak cuba padankan dengan baju untuk dinner tadi,” ujarnya lagi.
     Memanglah mafela ni nampak cantik dan lembut. Betapa susahnya aku menjahit mafela ni supaya nampak halus dan lembut dalam masa yang singkat. Setiap jahitan tu, aku jahit dengan penuh berhati-hati, walaupun aku rasa mengantuk. Tapi, hasilnya, aku melihat orang lain yang sedang memperagakan mafelaku di lehernya.
     Aku memandang Min. “Min, bagilah dia mafela ni. Kalau saya, saya pun nak,” ucapku perlahan. Mataku menggeletar melihat Min yang berdiri di situ.
“A… awak… ambillah mafela… tu,” Min Hyuk memberikan mafela tu kepadanya seperti yang aku minta.
     Min Hyuk memandang aku. Dia menunjukkan rasa takut dan bersalah. Kenapa dia buat muka macam tu? Kau memang sengaja kan nak ambil mafela tu! Perasaanku pada Min bertambah benci setiap saat aku memandang wajahnya. Tanpa aku sedar, Yong Hwa mengenyitkan matanya pada Min. Nampaknya, rancangannya dah berjaya, iaitu rancangan untuk cuba memisahkan aku dan Min Hyuk. Min menunjukkan rasa geram. Tapi, apa yang boleh dia lakukan, memang salah dia pun sebab ambil mafela buatan Lizzy tanpa kebenaran.
“Kenapa korang senyap ni? Jomlah ambil angin sekejap kat taman ni,” ujar Raina. Dia pelik dengan perangai kami yang diam sahaja.
“Raina, awak pergilah dengan Min. Saya rasa tak sihatlah, sejuk sangat,” ujarku bohong. Apa yang aku mahu sekarang ni, adalah pergi jauh dari pandangan Min. aku tak mahu lihat mukanya lagi.
“Oh, ya ke? Takpelah. Awak rehatlah dulu, saya boleh pergi dengan Min sorang-sorang,” balas Raina tanda faham.
     Aku segera pergi dari situ. Yong Hwa turut mengikutku, dia menemani aku pulang ke Villa. Tak tahu malu! Tak guna! Buat apa dia ambil mafela tu? Nak ejek aku? Nak simpati? Sekali lagi Min membuat aku benci dengannya. Tidak cukup lagi dia mengenakan aku dengan pemalsuannya sebagai Mr. Mystery? Mulai sekarang, aku akan benci pada Min sampai bila-bila.

2 comments:

  1. wah... best2.... nex pls... x sabar nk bace... rania ni sibuk je... kesian min. huhu.

    ReplyDelete
  2. oh, tidak....
    Lizzy, jgn dibenci Min...
    nt jatuh sayang...
    hihihihihih....

    ReplyDelete