Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Sunday, November 21, 2010

Bab Lapan Belas


Y
ong Hwa dan aku kini berada di atas bot itik. Seronoknya naik benda ni! Yong Hwa mengayuh pedal untuk bergerak di atas air. Rupanya begitu caranya. Aku hanya melihat keadaan sekeliling.
“Wa… cantiknya tasik ni!” Ucapku.
“Seronok tak Lizzy? Awak suka tak?” Soal Yong Hwa.
“Hmm, suka sangat!” Balasku pantas. “Bot ni pun comel. Kenapalah saya tak pernah nampak sebelum ni.”
“Kalau awak suka benda-benda macam ni, tiap-tiap hari saya boleh temankan awak bermain. Temankan awak berjalan-jalan pun boleh,” ujar Yong Hwa. Dia memulakan taktiknya untuk memikat hati Lizzy. Lizzy pula tidak tahu dengan tujuan sebenar Yong Hwa berbuat baik kepadanya.
“Betul ke?” Soalku riang. Aku tersedar sebentar daripada keseronokan ini. Bila aku sudah pulang nanti, mungkinkah aku masih akan berhubung dengan keluarga Topaz Holding? “T… tak payahlah susah-susah. Bukannya saya selalu dengan awak nanti.”
“Kenapa?” Yong Hwa berhenti mengayuh. Kami berada di tengah-tengah tasik.
“Yong Hwa, saya bukannya tinggal dengan keluarga awak selama-selamanya. Saya akan balik semula ke asal saya lepas kita pulang nanti,” jelasku. “Terima kasih sebab awak dah layan saya dengan baik sekarang, walaupun sekejap.”
“Lizzy, kan saya cakap saya nak berkahwin dengan awak secara sah. Saya nak awak jadi isteri saya,” mata Yong Hwa serius memandangku. “Saya menyesal. Saya minta maf kalau saya dah lukakan hati awak. Tapi, janganlah tinggalkan saya.”
“Yong Hwa, saya…”
“Kita bertunang,” ujar Yong tiba-tiba. Aku terkejut dengan pernyataannya.
“Yong Hwa, kenapa dengan awak ni? Awak betul-betul ke ni?” Soalku ragu-ragu. Aku seolah-olah tidak yakin dengan luahan hatinya.
“Saya serius,” balasnya. “Lizzy, awak tahu tak kenapa saya nak cepat sangat berkahwin dengan awak?” Soalnya.
     Aku hanya diam seribu bahasa.
“Sebelum ni, saya tak pernah berasa selesa dengan seseorang. Hinggalah awak menjaga saya, keikhlasan awak menjaga saya.” Ucapnya sambil memegang lembut tanganku. Aku menelan air liur yang berada di anak tekak. “Saya tahu awaklah wanita yang saya perlukan untuk menjadi teman hidup saya,” ujarnya lembut. “Lizzy, saya tahu alasan saya ni macam budak-budak. Tapi, percayalah, saya memang ikhlas dengan awak,” luahnya lagi. Walaupun luahan Yong Hwa tidak berapa romantik, tapi, aku tahu akan mesej yang mahu disampaikannya.
“Yong Hwa, terima kasih,” aku berasa gembira sangat dengan ucapannya. Diakah orang yang pernah membuat aku sedih dahulu dengan hinaannya? Kini, dia membuatku hampir menitiskan air mata gembira. Sudah lama aku menantikan saat ini, walaupun aku tahu ianya mustahil.
“Lizzy, balik ni, kita bertunang ya.”
“Hah? Betul ke?” Soalku pelik.
“Betul,” Yong Hwa mengelap air mata gembira di pipiku. “Sudikah awak bertunang dengan saya? Saya tak ada cincinlah sekarang ni, tapi awak sudi tak?” ujar Yong Hwa cuba membuat lawak. Aku hanya ketawa kecil dengannya.
“Hmm, saya fikirkan dululah ya,” jawabku cuba jual mahal. Tanpa aku sedar, aku sememangnya telah terperangkap dengan kata-kata manis dan lakonan palsu Yong Hwa yang ikhlas mencintaiku. Sememangnya, lakonan Yong Hwa berkesan kepada aku.
“Kenapa awak cakap macam tu?” Soal Yong Hwa tidak puas hati. “Jawapan saya ada dua je. Sudi ke tak sudi?”
“Nantilah saya bagi jawapannya,” ujarku. Di dalam hatiku, telah berjuta kali aku menyebut kata setuju, cuma tidak mahu diluahkan saja.
“Boleh macam tu pulak,” Rungut Yong.
“Iyalah. Aah… seronoknya naik bot ni!” Ujarku cuba menukar topik. “Kenapa awak tak kayuh lagi?  Kayuhlah lagi.”
“Saya penatlah. Awak pun kayuhlah! Letak kaki awak kat sini,” kata Yong Hwa sambil membetulkan kakiku ke arah pedal dengan betul.
“Yong Hwa, gelilah!”
     Kami akhirnya ketawa bersama. Tidak henti-henti kami ketawa. Mengapalah perkara seperti ini tidak berlaku dari mula kami bertemu lagi. Kalau macam tu, tak perlulah aku menempuh pelbagai kesedihan sebelum ni.

*****
Sementara aku dan Yong Hwa sedang ketawa riang di atas bot itik, Min Hyuk hanya melihat kami.
“Tak guna abang. Aku yang sepatutnya kat dalam bot itik tu dengan Lizzy. Bukan kau,” geram Min.
“Kenapa baru sekarang kau nak berubah. Hmph, aku memang bodoh. Salah aku jugak,” ujar Min perlahan. Min Hyuk menggenggam tangannya erat. Matanya kian berair.
“Aku memang bodoh. Aku tak layak untuk menyesal,” Min cuba menahan air matanya daripada keluar.
“Aku nak balik, aku dah takde alasan lagi untuk berada di sini.”
“Lizzy, awak berbahagialah dengan abang untuk satu hari ni, dan sampai bila-bila, selamanya,” Min mengucapkan ayat-ayat tersebut satu persatu sambil memandang tepat ke arah bot itik yang aku dan Yong Hwa naiki.
     Min Hyuk segera pergi dari taman itu. Dia mahu pulang segera dari sini. Tiada alasan lagi untuk Min berada di sini. Sebelum Min melangkah masuk ke lift, Min melihat ke arah kedai Teddy Bear itu.
“Teddy Bear tu tak comel langsung! Bukannya best pun!” Jeritnya dalam hati. Bukannya dia mahu menyalahkan orang lain atau dirinya sendiri, tetapi dia menyalahkan segalanya yang berlaku ke atas patung-patung beruang tersebut.
     Di dalam lift, Min terserempak dengan seorang wanita yang pernah dikenalinya dahulu. Min cuba melihat wanita tersebut dengan lebih teliti. Memang betul, dialah orangnya. Tak sangka mereka boleh berjumpa di sini setelah sekian lama.
*****