Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Sunday, November 7, 2010

Bab Dua


A
ku memulakan kerja seperti biasa di panggung wayang Golden Screen Cinema. Aku bekerja sebagai tukang sapu di situ. Perkara yang sama berulang seperti biasa, tetapi hari ini aku berasa tak sedap hati dengan mesej yang aku terima dari pengurus bahagian pembersihan.
     Cik Lizzy Park So Young, anda diminta untuk tampil berjumpa dengan saya selepas habis waktu bekerja anda. Harap maklum.
     Hati aku mula berdegup pantas apabila melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Suasana di dalam pejabat yang sepi membuat aku rasa lebih gelisah. Encik Kim Su Ro memandang aku.
“Cik Lizzy, saya harap awak dapat pengalaman yang secukupnya di sini,” katanya. Aku bingung. Apa yang ingin dimaksudkannya itu?
“Pe… pengalaman apa tuan? Saya memanglah seronok bekerja di sini,” jawabku satu persatu.
“Hari ni adalah hari terakhir awak bekerja di sini. Ini gaji awak, saya berikan sedikit elaun tambahan sekali,” ujar pengurus sambil menghulurkan sekeping sampul surat yang mengandungi wang. Aku mula resah. Aku tak boleh kehilangan kerja.
“Tapi kenapa tuan? Saya tak pernah lambat, malah saya selalu kerja lebih masa. Tuan, kalau saya ada buat apa-apa kesalahan, saya akan perbaikinya. Saya perlukan kerja ini,”
“Tak, saya dahpun buat keputusan muktamad. Saya tau disiplin awak semasa bekerja sangat bagus, tapi awak masih belajar, awak bukanlah pekerja tetap,” katanya. “Lagipun, saya dah jumpa pekerja yang boleh menggantikan tempat awak. Saya minta maaf, saya tak boleh buat apa-apa lagi, saya bukannya orang yang menentukan semua ini. Awak pun tahu kan. Kalau boleh, saya takkan berhentikan awak. Awak seorang pekerja yang sangat mesra dan berdedikasi.”
     Pengurus hanya menggeleng kepalanya. Aku faham, tapi apa yang harus aku lakukan jika aku tak dapat mencari kerja lagi? Aku perlukan duit untuk membiayai kos hidup aku. Langkah aku menuju keluar dari situ sangat lemah. Mataku hampir menitiskan air mata yang tak sepatutnya berlaku. Tak, aku tak boleh menangis. Aku sudah berjanji dengan ayah yang aku takkan menangis. Tak apa, hari esok bukanlah hari gelap yang harus aku tempuhi. Aku boleh mencari kerja lagi. Rakan-rakan kerja sempat mengucapkan selamat tinggal dan ada yang menangis. Akulah penyeri kebosanan dan keletihan mereka setiap masa.

Hari sudah malam, aku sudah tiba di rumah. Selepas selesai mandi, aku melabuhkan tubuh di atas katil. Bilah-bilah kipas yang berpusing aku tenung. Fikiranku kadang-kadang melayang ke tempat lain. Facebook! Yelah, aku nak tengok berita terkini selepas seluruh sekolah dikejutkan dengan cerita Yong Hwa tu.
     Wah, memang seperti yang dijangka, ‘Mr. Mystery adalah Yong Hwa. Hubungan anak Pengurus syarikat dan Permaisuri sekolah, Hyo Min’. Ramai yang komen. Antaranya ada yang suka, berasa tidak puas hati, dan masih tak percaya. Jeong Yong Hwa ni seorang yang betul-betul kacak ke? Popular sangat ke dia ni? Aku mencari namanya di Google Search. Ada! Gambarnya banyak dipaparkan, mengalahkan artis pula. Seperti yang diperkatakan dari mulut-mulut orang, Yong Hwa memang kacak. Rupanya seiras adiknya, Min Hyuk. Tiba-tiba ada satu mesej muncul dari tab chatting.
Mr. Mystery : Helo, cik Lizzy.
Lizzy : Ya, saya. Ada apa… Yong Hwa?
Mr. Mystery : Awak memang dah tau nama saya ya.
Lizzy : Mestilah. Awakkan sudah popular di dalam internet. Apa yang awak nak dari saya?
Mr. Mystery : Awak dah tak bekerja lagi kan? Awak nak duit?
     Apa yang dia cakap ni? Macam mana dia tahu semua ni? Apa yang dia nak dari aku?
Lizzy : Macam mana awak tahu semua ni? Apa yang awak nak dari saya.
Mr. Mystery : Kahwin dengan saya, secara kontrak. Saya yang tentukan berapa lama hubungan ni dilakukan. Selama awak sebagai isteri saya, awak akan diberi layanan yang sebaiknya dari saya.
     Aku kaget. Kepalaku seolah-olah kosong dan membeku. Apa yang dia fikirkan? Isteri? Kahwin kontrak?
Lizzy : Awak dah gila ke? Apa yang awak nak? Bukan ke awak dah ada affairs dengan Hyo Min.
Mr. Mystery : Dia bukannya girlfriend saya pun. Awak tak perlu fikirkan benda lain. Terima saja tawaran saya. Kahwin kontrak dengan saya.
Mr. Mystery : Saya beri awak masa 3 hari untuk berfikir. Awak mesti akan terima sebelum waktu itu. Bye, Lizzy.
     Belum sempat aku menanyakan lagi kepada dia, Yong Hwa sudah pun offline. Apa yang dia fikirkan. Aku tak boleh tidur kalau aku tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni. Aku rasa marah yang teramat sekali. Dia ingat aku ni murah sangat ke nak dilamar sebegitu, dalam internet je pulak tu. Aku boleh hiduplah tanpa diorang. Yong Hwa mungkin seorang playboy. Aku perlukan kebenaran esok!

Di sekolah, aku ingin bercakap sebentar dengan Min Hyuk, tetapi tak pernah aku ada peluang. Seolah-olah kami magnet yang berlainan kutub. Hari demi hari berlalu, aku masih tak dapat mencari kerja yang sesuai dengan gaji yang diperlukan. Aku makin buntu. Mahukah aku menerima tawaran Yong Hwa tu? Tapi itu akan menjadikan maruah aku tercalar. Aku online di Facebook, mana tahu Yong Hwa online sekali. Dia tak online. Aku menghantar mesej kepadanya. Aku terpaksa terima juga tawaran kahwin kontraknya, duit simpanan aku makin habis.

To : Mr. Mystery
From : Lizzy
Subject : Saya terima lamaran awak. Saya terima bukannya sebab saya suka, tapi saya terpaksa. Saya perlukan duit yang awak katakan tu. But please, keep this as a secret.


Aku melabuhkan tubuh di katil. Walau apapun yang berlaku. Hari esok mungkin hari yang aku perlu bersedia untuk berperang. Aku memejamkan mata dan cuba bertenang.

No comments:

Post a Comment