Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Sunday, November 7, 2010

Bab Lima


W
aktu pagi menjelang. Aku didandan dan disiapkan oleh pereka fesyen terkenal. Boleh dikatakan, aku telah berubah menjadi orang lain. Aku memandang cermin. Sekali lagi, ayat ‘Wa…’ aku sebut. Aku betul-betul nampak lain. Pereka fesyen yang menukar aku hanya mengangguk menunjukkan rasa puas hati. Aku melemparkan senyuman yang paling lebar seumur hidup aku. Aku akan berjumpa dengan seorang suami kontrak yang sentiasa mengambil berat tentang aku setiap hari. Aku harap aku dapat berkawan rapat dengan dia.
     Aku sudah sampai di perkarangan banglo Topaz Holding. Sangat besar! Aku mula melangkah keluar dari kereta dengan tertib yang aku pelajari sebelum ini. Setiap langkah diatur lembut. Keadaan di sini sangat sesak dengan dengan kereta-kereta yang kebanyakkannya import dan mewah. Aku disambut oleh penyambut tetamu yang menunggu di pintu gerbang banglo. Suasana di dalam merupakan suasana yang kekok bagiku. Tetamu yang hadir menunjukkan status yang sangat disegani. Buat pertama kali, aku berasa diriku ini kecil dari orang lain. Sedang mataku bergerak melihat sekeliling dewan kecil itu, aku nampak kelibat Min Hyuk sambil melambaikan tangannya.
“Min Hyuk!” Kataku perlahan sambil mengangkat tangan. Min Hyuk semakin menghampiriku.
“Cik Lizzy, terima kasih kerana datang di majlis kecilan kami!” Ucapnya formal.
“Min Hyuk, saya nak buat apa sekarang ni? Takkan nak duduk sorang-sorang kat sini macam tunggul?” Soalku padanya. Belum seminit pun berlalu, aku sudah berasa bosan dan tak selesa dengan tempat ni.
“Nak saya tunjukkan sekeliling banglo ni tak?”
“Nak!” Tiba-tiba suaraku melonjak naik. Aku mula membetulkan percakapanku. Min Hyuk yang berada di depan aku hanya menahan gelak kecilnya.
“Kalau Tuan benarkan, dengan hormat saya menerimanya,” kataku mengikut ayat ajaran butler.
“Baiklah, silakan cik,” balasnya lembut sambil menghulurkan pergelangan tangannya yang dicekak ke pinggang. Aku meletakkan jari-jemariku di sikunya dengan cermat.

Min Hyuk sangat petah berbicara kepadaku mengenai setiap sudut banglonya itu. Aku hanya mampu membesarkan mata melihat kemewahan yang tiada tandingannya. Aku mula berasa gemuruh. Layakkah aku yang miskin ni menjadi isteri kepada anak pengurus syarikat yang berstatus tinggi ni? Apatah lagi sebagai isteri kontrak! Aku memutuskan perbicaraannya sebentar. Aku mahu menanyakan sesuatu.
“Min Hyuk, dekat mana bilik Yong Hwa? Boleh saya jumpa dia?” Soalku.
“Awak dah nak jumpa dia ke?” Balasnya terkejut.
“Kalau boleh, sebelum parti berlangsung, saya naklah berjumpa dengan dia.”
“Mmm… baiklah,” balasnya dengan senyuman. “Butler, tolong tunjukkan jalan untuk Cik Lizzy ke bilik Tuan muda,” kata Min Hyuk kepada butler persendiriannya. Butler itu hanya tunduk faham dan mula menunjukkan arah.
“Saya pergi uruskan hal di dewan dulu ya. Awak boleh ikut butler saya,” katanya lagi.
     Aku kemudiannya mengikut butler yang menunjukkan arah ke Bilik Yong Hwa. Agak jauh jugalah biliknya. Akhirnya, aku sampai juga di sini. Kemudian, dia meninggalkan aku seorang. Aku mengetuk perlahan pintu biliknya. Tiada jawapan, aku dah ketuk pintu hampir sepuluh kali rasanya. Barangkali dia tak dengar. Aku memulas tombol pintu perlahan-lahan. Tak berkunci! Dalam diam, aku mengatur langkah masuk ke dalam biliknya. Kosong, tiada sesiapa pun di situ.
     Aku tidak puas hati. Yong Hwa mesti ada di biliknya. Aku mula mencari-cari kelibat orang di situ. Selang beberapa saat, aku mendengar suara dari sudut bacaan bilik itu. Suara perempuan pun ada? Aku cuba memasang telinga.
“Kenapa awak buat saya macam ni? Saya dah kalah, saya cintakan awak Hyo Min. Hati saya hanya untuk awak. Takkan awak tak boleh terimanya?” Soal Yong Hwa kepada perempuan itu. Tak salah lagi, itu Hyo Min!
“Saya masih tak merasakan cinta awak! Saya takut saya ditipu. Saya cintakan awak. Janganlah permainkan saya. Kenapa awak sanggup buat saya macam ni?” Balas Hyo Min. Kata-katanya serak menahan tangisan.
     Tiba-tiba, keadaan sunyi sepi. Aku hairan. Mana perginya pergaduhan mereka sebentar tadi? Aku cuba melihat dari dekat. Aku kaku, terkejut, mereka sedang bercumbu! Jantung aku berdegup pantas daripada kebiasaan, bagaikan gunung berapi ingin meletup. Aku sebak. Mataku mula tumbuh Kristal-kristal kecil. Dengan segeranya aku keluar dari situ. Aku tak sanggup lagi melihat adegan itu. Tanpa berfikir, aku terus beredar dari situ.
     Aku sesat. Aku tak tahu aku berada di mana. Semua tempat kelihatan sama sahaja. Seolah-olah aku telah habis berjalan mengelilingi padang bola. Tetapi, masih tidak jumpa jalan keluar. Telefon bimbit aku tinggalkan di dalam kereta. Kakiku melecet sedikit kerana tumit tinggi yang aku pakai. Aku duduk di hadapan tingkap itu. Keadaan di luar adalah hutan. Aku tidak jumpa apa-apa yang boleh dijadikan petunjuk. Tanganku memicit-micit tumit kaki. Aku rasa sakit, tetapi hati aku sejuta lebih sakit berbandingnya. Aku menundukkan kepala. Air mata tiba-tiba mengalir deras. Aku tahu kami cuma kahwin kontrak, tapi kenapa hati aku tak boleh menerimanya? Tiba-tiba, satu jeritan kedengaran memanggil namaku. Min Hyuk?
“Lizzy!” Jerit Min Hyuk.
     Aku kemudiannya memandang wajah Min Hyuk dengan rupaku yang dipenuhi air mata. Segala mekap yang dipakai luntur mengikut air mataku. Aku menunjukkan rupa burukku di hadapannya. Min Hyuk, saya minta maaf, saya tak boleh tahan tangisan ini.

Bab Empat


S
udah malam, aku baru sahaja habis makan malam. Hidangan yang disediakan adalah Chicken Chop. Ape chop chop ni? Aku tak pernah dengar pun. Pakai garfu pulak tu! Selamatlah aku boleh makan dekat dalam bilik sorang-sorang. Kalau tak, sampai esok pun takkan habis makan.
     Seperti yang Min Hyuk suruh, aku online di laman web Facebook. Dengan segeranya, ada mesej di tab chatting muncul. Mr. Mystery!
Mr. Mystery : Kenapa lambat sangat ni!!! Kan awak kena online selalu!
     Mesejnya seperti marah yang teramat sangat.
Lizzy : Maaflah, saya sibuk tadi. Sebab tulah saya tak dapat nak online.
Mr. Mystery : Awak dah makan? Selesa tak dengan banglo tu?
Lizzy: Mmm… Saya dah makan. Saya ok je kat sini. Kenapa awak tak nak jumpa saya ya? Bila saya boleh jumpa awak?
Mr. Mystery : Saya sibuk sekarang ni. Sebab tulah saya tak dapat berjumpa dengan awak. Awak tunggu jelah masa birthday saya.
     Ooh, dia sibuk rupanya, dia kan anak sulung keluarganya. Mesti banyak kerja yang harus dia lakukan.
Lizzy : Saya faham.
Mr. Mystery : Sebelum kita bertemu, saya harap awak dah bersedia sebagai Puan muda.
Lizzy : Bersedia yang macam mana?
Mr. Mystery : Bersedia dari segi pakaian, tingkah laku… Saya harap tingkah laku awak diubah bersesuaian dengan title awak.
     Aku fahamlah… Yak! Rasa nak tumbuk-tumbuk je die ni. Aku tahulah aku ni tak pandai nak bersopan!
Lizzy : Saya tahulah. Mulai esok, butler cakap saya akan dilatih esok.
Mr. Mystery : Jangan cedera ya. Saya tahu awak boleh lakukannya.
     Yong Hwa ni kadang-kadang menyakitkan hati, kadang-kadang baik hati. Tapi aku rasa selesa sepanjang perbualan kami. Sehingga lewat malam, kami masih ber-chatting. Sedikit hati aku merasa selesa dengan kata-katanya. Aku merasakan seperti perbualan kami berlaku secara langsung walaupun hakikatnya kami hanya chatting secara online.

Aku dah tak tahan lagi! Nak bergegar lutut aku dibuatnya. Apa kejadah teknik-teknik sopan ni? Kepala aku dah sakit dengan beban buku yang berat macam 10 kilo ni. Suruh kepitkan kaki pulak. Sekarang ni, aku rasa macam nak kangkang je kaki luas-luas. Kemudian, aku diajar cara makan yang betul. Terkial-kial aku dibuatnya. Aku dah tak sanggup lagi nak bertahan macam ni lagi 2 minggu. Aku melabuhkan badan di sofa bilik. Bilalah agaknya tiba birthday Yong Hwa. Patut ke aku sediakan hadiah untuk dia? Ha, mafela! Aku nak jahitkan mafela untuk dia. Satu-satunya kepakaran aku sejak kecil adalah menjahit. Ibu aku dulu merupakan penjahit yang digemari oleh ramai orang. Aku juga ada menolong ibu sedikit menjahitkan baju yang ditempah.
     Dengan tangan yang tak terdaya lagi, aku mencapai gagang telefon. Talian terus disambungkan kepada butler.
“Helo, butler. Boleh tak awak belikan saya bahan-bahan menjahit untuk mafela?” Soalku.
“Ya Puan muda, seperti yang disuruh, saya akan lakukan sekarang juga.”
“Err, butler tahu tak warna kegemaran Yong Hwa?” Soalku ingin menanyakan tentang Yong Hwa.
“Puan muda, dari Tuan muda kecil lagi, saya sudah menjaganya. Saya rasa Tuan muda gemar menggunakan warna biru laut dalam apa-apa perkara,”
“Kalau macam tu, awak belikan benang warna biru lautlah ya.”
“Seperti yang diminta, Puan muda.”
     Aku kemudiannya online, mana tahu kalau Yong Hwa ada. Aku tidak datang kesekolah tadi, jadi aku masih tidak dapat berhubung dengan Min Hyuk. Dia ni pun, bukannya nak datang jenguk. Seperti biasa, dengan pantasnya, mesej aku terima dari Yong Hwa.
Mr. Mystery : Ada perkembangan semasa belajar?
Lizzy : Adalah jugak. Saya ada surprise untuk awak nanti!
Mr. Mystery : Surprise apa?
Lizzy : Adelah… Saya akan tunjukkan kehebatan saya.
Mr. Mystery : Hebat sangat ke? Jalan pun tak geti lagi. Berita tentang awak semuanya saya tahu.
     Geramnya aku!
Lizzy : Ini baru hari pertama, saya akan jadi lebih bagus lagi pada setiap hari akan datang.
     Sekali lagi perbualan aku dan dia, aku berasa selesa sekali. Seolah-olah kami seorang yang sudah lama kenal. Dia sering mengambil berat tentang aku, dan memecahkan kebosanan aku dengan jenakanya. Makin lama, hati aku makin menaruh harapan padanya.

Setiap hari aku berlatih dengan gigih. Sementara itu, aku menjahit mafela yang ingin diberikan kepada Yong Hwa semasa hari jadinya nanti. Hari demi hari aku hitung, sehinggalah pada waktu sehari sebelum birthday-nya.
“Ha.. dah siap pun mafela ni. Cantiknya...! Mesti padan bila di pakai nanti.”
     Aku berasa puas sekali. Aku ingin ber-chatting dengannya tapi dia tiada. Tiba-tiba, telefon di bilikku berbunyi. Aku segera mengangkatnya.
“Helo, saya Lizzy,” ucapku di gagang telefon.
“Helo! Ini sayalah, Min Hyuk! Awak dah bersedia ke?” balas Min Hyuk. Dia rupanya.
“Dah, saya dah boleh makan dengan proper, jalan pun sama.”
“Wah, baguslah kalau macam tu! Esok saya ambil awak pada pukul 5.00 petang.”
“Mmm… Yong Hwa macam mana? Dia tengah buat apa?” soalku.
“Dia ada kerja sedikit. Tapi dia takdelah kerja dengan teruk. Esok adalah hari dia, jadi abang bolehlah berehat sebanyak mana yang dia mahu. Awak tunggu jelah hari esok,” jelas Min Hyuk. “Ok, bye. Take care”
“Ya, bye.”
     Aku rasa tak sabar untuk menunggu hari esok. Esok adalah hari pertama aku berjumpa dengan Yong Hwa secara rasmi. Malam yang sejuk dan sepi itu tidak memberi kesan kepada aku, aku tak boleh tidur! Aku harap, dia akan sukakan hadiah aku. Aku takkan jatuhkan maruah dia. Aku dah pun belajar tentang etika dengan bersungguh-sungguh.

Bab Tiga


A
ku sudah bersedia untuk ke sekolah. Hari ni perang dah bermula! Aku mula membuka pintu melangkah keluar dari rumah. Aku salah rumah ke ni? Mata aku membulat besar melihat kereta-kereta mewah yang berada di halaman rumahku dengan butler, orang gaji dan pengawal-pengawal yang tegak berdiri di situ menanti aku.
“Selamat pagi, puan muda. Saya adalah butler kamu,” kata seorang butler di situ yang berumur dalam linkungan 50-an. “Sila tunjuk hormat semua!” Semua orang di situ menunjukkan tanda hormat mereka kepada aku. Adakah ini yang dikatakan layanan baik dari Yong Hwa?
“Tuan muda mengarahkan saya untuk menghantar puan muda ke rumah banglo kami mulai hari ini. Harap puan faham,” katanya lagi. “Kamu semua, siapkan pakaian puan muda sekarang.”
“Tu… tunggu sekejap! Kenapa saya perlu pindah sekali ni? Saya bukannya ka…”
     Tiba-tiba suara aku terhenti disebabkan oleh suara yang familiar. Min Hyuk!
“Lizzy, saya nak becakap dengan awak sebentar,” kata Min Hyuk keluar dari kereta sambil mengajak aku ke tempat yang lebih sunyi. Aku hanya mengikut dia dari belakang.
“Lizzy, keep this as a secret, itu yang awak hantar semalam dekat Facebook,” katanya sedikit nakal. Aku tahu nada dia menyindir aku.
“Memanglah saya suruh rahsiakan hal ini, tapi saya cakap saya nak duit aje, bukannya sampai tinggal serumah!” Marah aku.
“Takdelah, awak tinggal sorang-sorang kat situ. Rumah banglo tu adalah khas untuk awak. Sebagai isteri Tuan muda, awak mestilah dijaga dengan baik oleh butler.” Dia berbisik di telinga aku. Aku mula gementar. “Semua orang tak tahu tentang kahwin kontrak melainkan kita bertiga. Jadi, berlakonlah sebagai isteri sah abang saya.”
     Aku hanya kaku di situ. Mulutku hendak sahaja membebel tetapi seperti dikunci oleh zip yang bagai dijahit rapi di bibirku.
“Nah, ini surat untuk perkahwinan kontrak korang. Tolong tandatangan di sini,” katanya sambil menghulurkan surat yang dikeluarkan dari poket jaketnya.
“Ah, baiklah. Tapi, bila saya boleh berjumpa dengan dia?” Soalku
“Lebih kurang 2 minggu lagi kot,”
“Kenapa pulak lambat sangat?”
“Sebab waktu tu nanti hari jadi abang yang ke-19” balasnya bersahaja.
“Kenapa sampai waktu tu baru saya dapat berjumpa dengan dia?”
“Sebab… waktu tu nanti barulah Yong Hwa memperkenalkan awak sebagai isterinya,” jawab Min Hyuk sambil berpusing-pusing mengelilingi aku. “Mulai sekarang, awak tak perlu buat apa-apa. Datang sekolah macam biasa. Bila dah balik sekolah, duduk je kat banglo tu, belajar apa yang sepatutnya sehingga tiba birthday abang.”
     Yong Hwa seperti tidak ambil berat langsung tentang aku. Kalau ya pun, sekurang-kurangnya jumpalah dengan aku sekali. Apa tujuan dia kahwin dengan aku? Tak munasabah betul. Min Hyuk yang dari tadi berada di depan aku hanya mengukir senyuman lebar. Aku hanya menghembus nafas laju. Aku mengikut katanya dan masuk ke dalam perut kereta mewah tersebut dan menuju ke rumah banglo yang aku akan tinggal mulai hari ini.

Setibanya  di perkarangan banglo itu, aku berasa kagum, betapa besarnya banglo yang aku akan tinggal nanti. Aku mengatur langkah keluar, pintu dibuka cermat oleh pengawal peribadi keluarga itu. Aku tidak mahu menunjukkan rasa kagum yang teramat sangat, tak nak Min Hyuk menggelakkan sikap aku ni. Tapi selepas aku masuk ke dalam banglo mewah itu, perkataan ‘Wa…’ kuat bergema di kotak suara aku.
“Wa…” Kataku spontan. Aku malu. Min Hyuk mesti gelak!
“Ha…Ha…Ha… Lizzy ni kelakarlah,” ujar Min Hyuk dengan ketawa besar yang memecah suasana banglo yang tadi sepi. Seperti yang dijangka, dia gelakkan aku. Malunya!
“Bi… biarlah, saya saja je cakap macam tu,” kataku cuba menegakkan benang yang basah.
“Comelnya Lizzy masa muka jadi merah! Lizzy comel,” usiknya. Jangtungku seperti biasa mula berdegup pantas.
“Mane ada! Dah, saya nak ke bilik saya! Awak boleh pergi sekarang!” Kataku satu persatu menahan malu. Semua kakitangan di rumah itu menutup gelak kecil mereka dengan cermat, tapi aku masih dapat melihat gelak tawa yang mereka cuba sembunyikan itu. Malu aku semakin menebal seperti mana pipi aku yang bertambah merahnya.
“Yalah, bye bye Lizzy. Nanti saya suruh abang chatting dengan awak dekat Facebook nanti. Jangan lupa, online setiap masa tau!”
     Min Hyuk kemudiannya beredar meninggalkan aku bersama pengawalnya. Orang gaji di situ menunjukkan jalan ke kamar aku. Sambil itu, butler tidak putus-putus bercakap tentang peraturan dan jadual semasa aku. Aku hanya mendengar seperti masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Sekarang ini, aku hanya ingin menghilangkan merah aku di pipi.
     Bilik yang dikhaskan oleh aku semestinya seperti yang aku jangka. Luas dan mewah. Pakaian disusun rapi di dalam almari. Kasut yang disusun sepertinya aku berada di kedai kasut. Aku menahan diri aku dari terus berkata ‘Wa…’ Aku tak mahu malu buat kali kedua.
“Baiklah puan, kami tinggalkan puan di sini. Jika puan perlukan apa-apa, sila angkat telefon di situ ya. Jika ada yang tidak lengkap, jangan segan untuk meminta. Kami minta diri dulu,” kata butler yang berpakaian kemas dengan sut mewahnya. Mereka keluar meninggalkan aku seorang. Sekarang, bolehlah aku sebut ‘Wa…’ banyak kali!
“Wa… Wa… Wa… Hebatnya bilik ni! Kalau nak difikirkan balik, memang berbaloi jugak aku terima tawaran Yong Hwa ni.”
     Aku melabuhkan badan di atas katil empuk itu. Secara automatik, tubuhku terasa malas untuk membuat apa-apa kerja. Maklumlah, aku sudah lama tidak merasa rehat yang seperti ini sejak setahun yang lalu. Apalah yang akan terjadi selepas ni? Aku nak sambung tidur dululah.

Bab Dua


A
ku memulakan kerja seperti biasa di panggung wayang Golden Screen Cinema. Aku bekerja sebagai tukang sapu di situ. Perkara yang sama berulang seperti biasa, tetapi hari ini aku berasa tak sedap hati dengan mesej yang aku terima dari pengurus bahagian pembersihan.
     Cik Lizzy Park So Young, anda diminta untuk tampil berjumpa dengan saya selepas habis waktu bekerja anda. Harap maklum.
     Hati aku mula berdegup pantas apabila melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Suasana di dalam pejabat yang sepi membuat aku rasa lebih gelisah. Encik Kim Su Ro memandang aku.
“Cik Lizzy, saya harap awak dapat pengalaman yang secukupnya di sini,” katanya. Aku bingung. Apa yang ingin dimaksudkannya itu?
“Pe… pengalaman apa tuan? Saya memanglah seronok bekerja di sini,” jawabku satu persatu.
“Hari ni adalah hari terakhir awak bekerja di sini. Ini gaji awak, saya berikan sedikit elaun tambahan sekali,” ujar pengurus sambil menghulurkan sekeping sampul surat yang mengandungi wang. Aku mula resah. Aku tak boleh kehilangan kerja.
“Tapi kenapa tuan? Saya tak pernah lambat, malah saya selalu kerja lebih masa. Tuan, kalau saya ada buat apa-apa kesalahan, saya akan perbaikinya. Saya perlukan kerja ini,”
“Tak, saya dahpun buat keputusan muktamad. Saya tau disiplin awak semasa bekerja sangat bagus, tapi awak masih belajar, awak bukanlah pekerja tetap,” katanya. “Lagipun, saya dah jumpa pekerja yang boleh menggantikan tempat awak. Saya minta maaf, saya tak boleh buat apa-apa lagi, saya bukannya orang yang menentukan semua ini. Awak pun tahu kan. Kalau boleh, saya takkan berhentikan awak. Awak seorang pekerja yang sangat mesra dan berdedikasi.”
     Pengurus hanya menggeleng kepalanya. Aku faham, tapi apa yang harus aku lakukan jika aku tak dapat mencari kerja lagi? Aku perlukan duit untuk membiayai kos hidup aku. Langkah aku menuju keluar dari situ sangat lemah. Mataku hampir menitiskan air mata yang tak sepatutnya berlaku. Tak, aku tak boleh menangis. Aku sudah berjanji dengan ayah yang aku takkan menangis. Tak apa, hari esok bukanlah hari gelap yang harus aku tempuhi. Aku boleh mencari kerja lagi. Rakan-rakan kerja sempat mengucapkan selamat tinggal dan ada yang menangis. Akulah penyeri kebosanan dan keletihan mereka setiap masa.

Hari sudah malam, aku sudah tiba di rumah. Selepas selesai mandi, aku melabuhkan tubuh di atas katil. Bilah-bilah kipas yang berpusing aku tenung. Fikiranku kadang-kadang melayang ke tempat lain. Facebook! Yelah, aku nak tengok berita terkini selepas seluruh sekolah dikejutkan dengan cerita Yong Hwa tu.
     Wah, memang seperti yang dijangka, ‘Mr. Mystery adalah Yong Hwa. Hubungan anak Pengurus syarikat dan Permaisuri sekolah, Hyo Min’. Ramai yang komen. Antaranya ada yang suka, berasa tidak puas hati, dan masih tak percaya. Jeong Yong Hwa ni seorang yang betul-betul kacak ke? Popular sangat ke dia ni? Aku mencari namanya di Google Search. Ada! Gambarnya banyak dipaparkan, mengalahkan artis pula. Seperti yang diperkatakan dari mulut-mulut orang, Yong Hwa memang kacak. Rupanya seiras adiknya, Min Hyuk. Tiba-tiba ada satu mesej muncul dari tab chatting.
Mr. Mystery : Helo, cik Lizzy.
Lizzy : Ya, saya. Ada apa… Yong Hwa?
Mr. Mystery : Awak memang dah tau nama saya ya.
Lizzy : Mestilah. Awakkan sudah popular di dalam internet. Apa yang awak nak dari saya?
Mr. Mystery : Awak dah tak bekerja lagi kan? Awak nak duit?
     Apa yang dia cakap ni? Macam mana dia tahu semua ni? Apa yang dia nak dari aku?
Lizzy : Macam mana awak tahu semua ni? Apa yang awak nak dari saya.
Mr. Mystery : Kahwin dengan saya, secara kontrak. Saya yang tentukan berapa lama hubungan ni dilakukan. Selama awak sebagai isteri saya, awak akan diberi layanan yang sebaiknya dari saya.
     Aku kaget. Kepalaku seolah-olah kosong dan membeku. Apa yang dia fikirkan? Isteri? Kahwin kontrak?
Lizzy : Awak dah gila ke? Apa yang awak nak? Bukan ke awak dah ada affairs dengan Hyo Min.
Mr. Mystery : Dia bukannya girlfriend saya pun. Awak tak perlu fikirkan benda lain. Terima saja tawaran saya. Kahwin kontrak dengan saya.
Mr. Mystery : Saya beri awak masa 3 hari untuk berfikir. Awak mesti akan terima sebelum waktu itu. Bye, Lizzy.
     Belum sempat aku menanyakan lagi kepada dia, Yong Hwa sudah pun offline. Apa yang dia fikirkan. Aku tak boleh tidur kalau aku tak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni. Aku rasa marah yang teramat sekali. Dia ingat aku ni murah sangat ke nak dilamar sebegitu, dalam internet je pulak tu. Aku boleh hiduplah tanpa diorang. Yong Hwa mungkin seorang playboy. Aku perlukan kebenaran esok!

Di sekolah, aku ingin bercakap sebentar dengan Min Hyuk, tetapi tak pernah aku ada peluang. Seolah-olah kami magnet yang berlainan kutub. Hari demi hari berlalu, aku masih tak dapat mencari kerja yang sesuai dengan gaji yang diperlukan. Aku makin buntu. Mahukah aku menerima tawaran Yong Hwa tu? Tapi itu akan menjadikan maruah aku tercalar. Aku online di Facebook, mana tahu Yong Hwa online sekali. Dia tak online. Aku menghantar mesej kepadanya. Aku terpaksa terima juga tawaran kahwin kontraknya, duit simpanan aku makin habis.

To : Mr. Mystery
From : Lizzy
Subject : Saya terima lamaran awak. Saya terima bukannya sebab saya suka, tapi saya terpaksa. Saya perlukan duit yang awak katakan tu. But please, keep this as a secret.


Aku melabuhkan tubuh di katil. Walau apapun yang berlaku. Hari esok mungkin hari yang aku perlu bersedia untuk berperang. Aku memejamkan mata dan cuba bertenang.

Bab Satu


A
argh! Kenapalah hidup aku macam ni? Inilah aku, Lizzy Park So Young yang hidup serba miskin dan tinggal jauh dari Bandar. Aku adalah anak yatim piatu yang tinggal berseorangan di satu-satunya rumah peninggalan ibu bapaku sejak setahun pemergiannya. Bukan saja aku tiada adik beradik, malah saudara mara terdekat pun tiada. Aku hanya mendapat kasih dan simpati dari jiran tetangga yang sering membantu. Mereka sudah aku anggap sebagai keluarga. Sejak setahun yang lalu, aku sudah mula mendewasakan diriku, aku sudah mula berdikari, bekerja dan semuanya aku lakukan dengan tabah. Aku masih teringat lagi kata-kata ayah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas kemalangan ngeri itu, “So Young… walau apapun yang terjadi… ayah minta maaf… ayah tak dapat jaga kamu lagi. Jangan menangis… ayah tahu anak ayah ni seorang yang tabah.”
     Aku takkan sesekali menitiskan air mata untuk kenangan silam. Aku perlu teruskan hidup, aku mahu membuat ayah bangga dengan anak sulungnya ini! Aku bersekolah di antara sekolah yang paling termasyhur di negara ini, Sekolah Tinggi SeonHwa. Aku dapat masuk ke sekolah ni melalui biasiswa, biasalah, aku kan seorang yang bijak, haha…
     Sejak belakangan ini, aku sering online di laman sosial facebook. Aku mahu juga menjadi seorang yang mengikut trend semasa. Aku berkawan dengan hampir semua pelajar di Sekolah Tinggi SeonHwa. Mereka melayan aku dengan baik sekali, mereka tidaklah memandang pada darjat seseorang itu. Berita terkini yang paling hangat diperkatakan di sekolah adalah ‘Mr. Mystery’ yang diterima sebagai rakan sosial oleh permaisuri kelab biola sekolah, Hyo Min sejak sebulan yang lalu. Mereka semua terkejut dan ingin tahu siapakah ‘Mr. Mystery’ itu kerana Hyo Min bukanlah orang yang menerima rakan sosial tanpa ada hubungan yang erat. Hampir semua orang tidak dilayan olehnya. Walaupun berita ini semakin hari semakin hangat, tetapi aku tidak merasa apa-apa yang hangatnya, maklumlah, aku tiada masa untuk memikirkan tentang hal-hal sebegini. Fikiranku hanyalah tentang kerja, duit dan pelajaran. Esok adalah hari isnin, jadual aku seperti biasa, sekolah dan kerja. Hari ahad sahaja aku tidak bekerja. Baik aku tidur sekarang. Aku tak mahu rasa mengantuk semasa bekerja.
   

Pukul 8.00 pagi, aku dah pun tiba di perkarangan sekolah. Kenapa nampak kecoh sangat ni? Kenapa diorang berpusu-pusu ke dewan? Aku bingung.
“Minta maaf, kenapa semua orang sedang berpusu-pusu ke dewan? Ada taklimat dari guru ke?” Soalku kepada seseorang yang sempat aku menanyakan soalan.
“Taklah, sekarang ni ada pengumuman penting dari Min Hyuk, anak bongsu dari Pengarah syarikat Topaz Holding. Ini perkara yang sangat luar biasa. Jomlah tengok cepat!” balasnya sedikit tercungap. Nampaknya perkara ni memang ada sesuatu yang luar biasa akan disampaikan.
     Aku pun tanpa berlengah lagi, mengatur langkah masuk ke dewan dengan perlahan. Wah, nampak macam semua orang sedang berkumpul di sini. Selalunya pada waktu taklimat dari guru, takdelah ramai orang yang hadir untuk ikut serta.
“Ehem.. Helo semua, saya nak buat satu pengumuman yang penting hari ini. Perkara ini sudah lama berlalu tetapi masih hangat diperkatakan,” kata Min Hyuk menggunakan mikrofon.
“Semua orang tahu kan tentang Mr. Mystery?” Katanya lagi. Dewan yang mula diam sebentar tadi mula kembali bising.
“Nampaknya, hubungan Mr. Mystery dan permaisuri Hyo Min harus didedahkan sekarang. Mr. Mystery adalah abang saya, Yong Hwa. Hubungan mereka sekarang bolehlah dikatakan agak mesra. Disebabkan itulah, abang saya menyuruh saya memberitahu hal ini. Terima kasih.” Min Hyuk terus beredar dari situ diikuti dengan sekelompok rakannya.
“Eh, bukan ke Yong Hwa tu yang terlibat dalam kemalangan kecil kat sekolah sampai tulang belakangnya retak tu? Tak sangka. Hyo Min dan dia mesti saling berhubung sebelum ni,” kata salah seorang pelajar di sebelahku. Aku terdengar perbualan mereka.
“Yalah, dah lama kita tak dengar berita tentang Yong Hwa sejak kemalangan tu. Dah dua tahun rasanya. Aku pun dah hampir lupa tentang dia, maklumlah, sekarang ni populariti dia diganti oleh adiknya, Min Hyuk.”
    Dah dua tahun? Patutlah aku tak tahu yang Min Hyuk ada abang. Aku baru belajar di sekolah ni sejak setahun yang lalu. Dia mungkin seorang yang kacak dan bijak, skandal Hyo Min lah katakan, mestilah taste yang tinggi. Dan yang paling peliknya, ‘Mr. Mystery’ atau Yong Hwa tu ada add aku di facebook. Kenapa ya? Dia bukannya kenal aku. Ah, lantaklah, bukannya penting sangat. Semakin lama dewan ini semakin kosong. Aku kemudiannya bergerak ke kelas.

“Aaah…” aku mendongakkan kepala dan tangan menolak muka ke atas. Aku sedang melakukan stretching. Sekarang waktu jasmani. Kelas kami disatukan dengan kelas Min Hyuk semasa pendidikan jasmani. Nampaknya, dia sedang giat bermain bola tampar. Yang perempuan ni, bukannya nak bersukan, tapi bersorak pulak untuk mereka. Macam nilah yang selalunya berlaku setiap waktu jasmani. Aku hanya bermain seorang diri.
“Lizzy, tolong cikgu pergi ke stor, tolong bawakan bola tampar lebih ke sini, budak lelaki tu perlukannya untuk latihan. Tolong cepat ya,” Ujar cikgu.
“Baiklah cikgu,” balasku.
“Terima Kasih,” ucap cikgu sambil menghulurkan kunci stor.
     Aku terus pergi menuju ke stor yang terletak 300 meter dari padang sekolah. Mana ya bola tampar… Berseleraknya stor ni! Kenapa tak disusun dengan rapi. Aku teruskan mencari tetapi masih tidak jumpa. Cikgu nak cepat ni, manelah perginya bola ni? Tiba-tiba kakiku tersadung pada tali yang berada di lantai. Aku terjatuh. Rak tu, rak tu nak jatuh ke arah aku!
     Aku menjerit sekuatnya di dalam hati, aku memejamkan mata. Badanku sudah kaku seperti batu di situ. Selang beberapa saat, aku masih tidak merasa apa-apa yang menghempap badanku. Perlahan-perlahan aku membuka mata. Mataku betul-betul bertentangan dengan mata Min Hyuk! Aku tersentak. Tubuhnya yang kecil itu menahan rak yang jatuh itu. Badannya melindungiku. Perasaan yang aneh, seluruh anggotaku kaku tetapi jangtungku berdegup laju.
“Awak dah habis pandang saya ke? Tolonglah saya,” katanya sedikit menyindir, mungkin menahan sakit. Aku hampir terlupa akan keadaannya sekarang.
“Ma… maafkan saya, saya tolong awak,” balasku gugup. Aku segera bangun dan menolak rak itu dari badannya.
“Lain kali hati-hati. Stor ni, memang nak kena saman ke? Kenapa berselerak sangat tempat ni? Bahaya pulak tu.”
    Aku masih gugup di situ. “Awak tak apa-apa ke? Sakit tak? Nak saya pimpin awak ke klinik?” Pantas soalanku dikeluarkan dari mulut. “Ma.. maafkan sa… saya sekali lagi.”
“Saya tak apa-apa, awak tak perlu risau. Selamat saya datang ke sini, kalau tak, awak mesti dah kena hempap dengan rak tadi. Saya datang ni pun sebab lama sangat orang yang nak ambil bola tampar,” katanya. Sambil itu, dia membelek tangannya mencari-cari jika ada luka. “Wah, nampaknya saya tak boleh teruskan bermainlah ni. Tengok ni.”
     Min Hyuk menunjukkan tangannya padaku, ada luka yang besar! Aku terkejut. Sampai begitu sekali jadinya.
“Min Hyuk, tangan awak! Saya minta maaf. Mari saya bawa awak pergi klinik sekarang juga!” Aku panik. Kerana akulah, dia jadi begini.
“Tak payahlah, kat sini kan ada kotak kecemasan. Awak jelah yang tolong bersihkan dan balutkan luka ni. Lagipun jauh sangatlah klinik. Awak kan ahli merit.”
     Betul juga katanya. Luka ni harus dibersihkan dengan cepat. Tapi aku pelik, macam mana dia tahu aku ahli merit sekolah?
“Err, macam mana awak tahu saya ahli merit?” Soalku sambil mencapai kotak kecemasan.
“Saya tahulah… Saya pernah nampak awak dengan pakaian seragam merit”
“Ooh, kalau sakit cakap ya,” Aku mula menyapu ubat pada luka dengan perlahan.
“Kalau awak buat, mesti tak sakit punya,” ujar Min Hyuk sambil melemparkan senyuman manis.
     Jantungku kembali berdegup tidak normal. Tanganku mula bergetar. Aku mahu siap balut lukanya segera. Aku pasti dia dapat melihat makna disebalik sikapku sekarang ni. Aku hanya berdiam diri.
“Ha, siap pun! Cantik awak balut tangan saya. Awak memang pandai.”
“Te… terima kasih. Saya terhutang budi awak, saya akan balasnya lain kali,” Aku terus beredar dari situ. Barulah rasanya aku dapat menghirup udara sajak dari tadi. Kenapa dia cakap macam tu? Mungkin nak sedapkan hati aku je kot. Atau mungkin itu adalah ayat sopan yang selalu digunakan dalam pertuturan mereka. Tapi ayat dan suaranya betul-betul membuat aku berasa tak senang duduk.