Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Wednesday, November 17, 2010

Bab Lima Belas


M
ataku dan Yong Hwa bertemu. Kami berdua menunjukkan reaksi terkejut. Aku terkejut kerana kelu untuk bercakap. Dan aku pasti dia terkejut disebabkan oleh aku yang berada di sini. Yong Hwa memandang aku marah.
“Eh, apa yang kau buat kat sini? Kat mana kau bawak aku hah?” Marah Yong Hwa. Aku sudah agak, pasti dia akan memarahi aku.
“Ta… tadi awak pengsan. Sebab tulah saya dan Min hantarkan awak ke bilik saya,” Jelasku. “Lagipun, saya tak jumpa kunci awak.”
“Kau jangan nak menipu aku! Kau ambil kesempatan kan?” Katanya. Yong Hwa kelihatan jelik melihat aku. Aku seperti terkaku di hadapannya. “Kalau pun kau murah sangat, jangan sampai buat macam ni. Dasar kotor.”
     Aku sudah tidak dapat menahan amarahku. Aku tak tahan dengan kata-katanya lagi. Aku nak sedarkan dia sekarang juga.
“Memang aku kotor. Aku memang dah kotor sekarang,” ujarku tepat ke arahnya. Aku bangun dari sisi katil itu. “Kau tahu kenapa? Aku kotor sebab aku kutip kau tadi!”
“Hei, berani kau,” Yong Hwa mula naik berang. Tapi berangnya nampak lemah, mungkin badannya masih belum sihat sepenuhnya.
“Kau memang tak kenang budi. Kau ingat aku tak tahu apa yang dah jadi dengan kau?” Aku cuba untuk menggunakan kata-kata kasar, sepertinya.
“Habis tu, kau seronok sangat tengok aku macam tu? Tak sangka kau pun suka ambil tahu hal orang! Kau memang…” Kata-kata Yong Hwa terhenti, oleh sebab aku cuba bertindak menamparnya secara bohong. Dia terkelu.
“Awak jangan menipu lagi diri awak. Menangislah kalau awak nak, sedarlah Yong Hwa,” Tanganku yang berada dekat dengan pipinya, menyentuh Muka Yong Hwa perlahan. Aku cuba untuk meyakinkan dia, aku mahu merubah dia.
“Lepaskanlah! Tangan kau kotor!” Marah Yong Hwa makin membara, tetapi aku perasan bahawa amarahnya terselit perasaan aneh.
“Awak nak hina saya, hinalah. Hina saya sepuas-puasnya. Saya dah tak kisah lagi. Macam budak kecik,” ujarku. Aku melemparkan senyuman padanya.
“Mmph, bukan je kotor, tapi buta. Kau memang suka dihina kan? Kau tak payah cakap pun, aku akan hina kau banyak kali,” balasnya. Aku hanya mendengar hinaannya seperti biasa, aku takkan terasa dengan hinaannya lagi sebab aku tahu itu semua tipu.
     Yong Hwa segera bangun dari katil dan menuju keluar. Sambil itu, dia sempat menolak tubuh kecilku ke tepi dengan bahunya. Ceh, macam budak kecil. Memang padanlah abang dengan adik, dua kali lima saja.
“Pergilah. Pergi balik ke, pergi cari Hyo Min ke?” sindirku. Aku memusing ke arahnya. Tiba-tiba Yong Hwa berhenti. Badannya seperti mahu jatuh, aku segera memegangnya.
“Yong Hwa, awak tak apa-apa ke?”
“Le… paskan… aku,” ujarnya lemah. Yong Hwa memegang kepalanya.
“Baring cepat. Nanti awak bertambah sakit lagi.”
“Jangan tarik akulah!” Jeritnya sekuat hati, setakat yang termampu.
“Baring jelah kat katil ni! Degil nak mampus!” Marahku. Dengan segala tenaga dan keupayaan karate yang telah aku pelajari, aku menarik Yong Hwa sekuat hati dan baringkannya di atas katil.
“Sakitlah! Kau memang perempuan gila,” Yong Hwa memegang kepalanya sambil memicit perlahan. Agaknya, aku dah terlebih over tadi. Salah aku jugak.
“Saya minta maaf. Awak yang degil sangat. Meh saya picitkan,” ucapku lembut. Aku duduk di sisinya dan memegang kepalanya yang dari tadi dipicit.
“Apa ni! Jangan ambil kesempatanlah,” Yong Hwa cuba menempis tanganku, tetapi tidak berjaya. Badannya kembali panas.
“Kalau awak duduk diam sekejap boleh tak? Kalau awak tak suka sangat, awak ingat saya ni mak awak,” Aku cuba untuk menenangkannya. Tidak sempat dia mahu melawan, matanya menutup perlahan. “Ingat saya ni mak awak,” bisikku perlahan. Kelakuan Yong Hwa makin reda. Nama emak dipanggilnya beberapa kali. Air matanya mengalir juga, dia menggenggam tanganku erat. Baru sahaja tadi, dia cuba untuk melawanku, tetapi sekarang dia sudah bermimpi tentang emaknya. Seorang lelaki yang tidak matang. Itulah dirinya, betul apa yang mak cakap. Secara beransur-ansur, aku akan cuba merubah dia menjadi diri asalnya. Aku mengusap rambutnya perlahan.
“Lizzy, apa awak buat ni?” Suara Min tiba-tiba kedengaran. Aku terkejut dengan Min yang muncul tiba-tiba.
“Min, terkejut saya tau,” bisikku perlahan, tidak mahu menggangu tidur Yong Hwa. “Kenapa awak datang sini? Dah pukul berapa ni?”
“Tadi saya dengar ada jerit-jerit kat sini, sebab tulah,” jelasnya. “Kenapa awak usap rambut abang?” Soalnya, matanya tidak berganjak dari melihat tanganku mengusap rambut Yong Hwa.
“Awak ni, jangan sibuk boleh tak. Saya nak cuba tanangkan dia. Dia baru je tadi marah-marah.”
“Biar saya yang buat,” ujar Min. Min segera duduk di sisi katil dan mahu menggantikan aku mengusap rambut abangnya. Dengan pantas, aku mencubit tangannya.
“Lizzy, sakitlah!” Jerit Min perlahan.
“Janganlah mengacau. Kalau nak sibuk sangat, picit kaki dia tu,” ujarku, mengarah Min untuk memicit kaki abangnya.
“Tapi, awak janganlah usap abang lagi. Letakkan je tuala kat atas dahi abang,” rungut Min. Apa lagi yang tak kena dengan dia ni? Macamlah kami ni couple. Mujurlah, sifatnya yang lain sebelum ni tidak muncul. Kalau tidak, aku seperti disihir olehnya dan akan mendengar segala kata-katanya. Perubahan drastiknya betul-betul berlainan.
     Aku menguap kecil. Min perasan aku menguap.
“Awak tidurlah dulu. Saya boleh jaga awak berdua,” ujar Min perlahan.
“Mmm, saya tidur ya. Dah tak tahan lagi,” Mataku pejam perlahan.

Secara tidak sedar, semasa aku sedang lena tidur, Min menenung wajahku lama. Dia mengusap rambut panjangku perlahan. Dan, satu kucupan di dahi diberi oleh Min secara rahsia. Dan, tanpa pengetahuan Min juga, Yong Hwa sedar sebentar dari tidur. Yong Hwa melihat tingkah laku adiknya ke atas Lizzy. Yong Hwa tahu, sebab mengapa adiknya menyuruh dia dan Lizzy untuk kahwin kontrak, adalah kerana Min menaruh hati pada Lizzy dalam diam.
“Kenapa dia tak berterus terang je, menyusahkan. Si miskin tu pun menyusahkan. Semua orang menyusahkan aku.” ujar Yong Hwa di dalam hatinya.
     Pada pukul 2.30 pagi ni, tercatatlah sejarah antara tiga orang yang berada di satu bilik, menunjukkan perasaan mereka antara satu sama lain secara rahsia.

No comments:

Post a Comment