Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Synopsis


Comical-based Novel by Kim Man Da (김만다)

     Sewaktu aku online di laman web Facebook, ada seseorang add aku. Mr. Mystery! Dialah orang yang hangat diperkatakan di sekolah aku, Sekolah Tinggi SeonHwa. Kenapa dia add aku, selalunya peminatlah yang mulakan langkah ini.
Tanpa berfikir, aku respond kepadanya...

     Mr.Mystery adalah bekas pelajar Sekolah Tinggi SeonHwa yang kini tidak lagi bersekolah kerana masalah kesihatan. Dia adalah Jeong Yong Hwa, anak kepada Pengurus syarikat Topaz Holding. Perkara ini disahkan apabila adiknya, Jeong Min Hyuk memberitahu kepada seluruh sekolah bahawa Mr.Mystery adalah Yong Hwa.
Orang pertama yang Mr.Mystery add adalah Kim Hyo Min, sebab itulah seluruh warga sekolah kecoh tentang 'orang' misteri yang ingin berkawan dengan permaisuri sekolah itu.

     Hidup aku semakin susah dari hari ke hari...
Aku diberhentikan kerja kerana aku masih di bawah umur.
Mr.Mystery atau Yong Hwa kemudiannya PROPOSE aku online? Demi membantu aku yang memerlukan wang... Macam mana dia tahu apa yang aku perlukan sekarang ni? Aku memikirkan perkara ini berulang kali… Setelah buntu, aku akhirnya menghantar mesej kepadanya mengatakan

‘Saya terima lamaran awak. Saya terima bukannya sebab saya suka, tapi saya terpaksa. Saya perlukan duit yang awak katakan tu. But please, keep this as a secret.’

     Selepas aku menerima lamaran 'online' nya, bermulalah kisah aku, Lizzy Park So Young dengan penuh huru-hara, gembira dan mungkin sedih...