Latest Chapter :

Bab Dua Puluh Tiga :

-“Bagus. Awak boleh pergi sekarang,” Yong Hwa hanya memberi senyuman. Tetapi, di sebalik senyumannya itu, terdapat banyak makna yang tersirat.

-“Ni saya, Min,” Min masuk ke dalam bilikku. Min! Kenapa dia datang sini?

-“Lizzy, saya sukakan awak!” Min tiba-tiba meluahkan perasaannya padaku. Aku terdiam. Dia sukakan aku? Apa helahnya lagi.

Sunday, November 7, 2010

Bab Satu


A
argh! Kenapalah hidup aku macam ni? Inilah aku, Lizzy Park So Young yang hidup serba miskin dan tinggal jauh dari Bandar. Aku adalah anak yatim piatu yang tinggal berseorangan di satu-satunya rumah peninggalan ibu bapaku sejak setahun pemergiannya. Bukan saja aku tiada adik beradik, malah saudara mara terdekat pun tiada. Aku hanya mendapat kasih dan simpati dari jiran tetangga yang sering membantu. Mereka sudah aku anggap sebagai keluarga. Sejak setahun yang lalu, aku sudah mula mendewasakan diriku, aku sudah mula berdikari, bekerja dan semuanya aku lakukan dengan tabah. Aku masih teringat lagi kata-kata ayah sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas kemalangan ngeri itu, “So Young… walau apapun yang terjadi… ayah minta maaf… ayah tak dapat jaga kamu lagi. Jangan menangis… ayah tahu anak ayah ni seorang yang tabah.”
     Aku takkan sesekali menitiskan air mata untuk kenangan silam. Aku perlu teruskan hidup, aku mahu membuat ayah bangga dengan anak sulungnya ini! Aku bersekolah di antara sekolah yang paling termasyhur di negara ini, Sekolah Tinggi SeonHwa. Aku dapat masuk ke sekolah ni melalui biasiswa, biasalah, aku kan seorang yang bijak, haha…
     Sejak belakangan ini, aku sering online di laman sosial facebook. Aku mahu juga menjadi seorang yang mengikut trend semasa. Aku berkawan dengan hampir semua pelajar di Sekolah Tinggi SeonHwa. Mereka melayan aku dengan baik sekali, mereka tidaklah memandang pada darjat seseorang itu. Berita terkini yang paling hangat diperkatakan di sekolah adalah ‘Mr. Mystery’ yang diterima sebagai rakan sosial oleh permaisuri kelab biola sekolah, Hyo Min sejak sebulan yang lalu. Mereka semua terkejut dan ingin tahu siapakah ‘Mr. Mystery’ itu kerana Hyo Min bukanlah orang yang menerima rakan sosial tanpa ada hubungan yang erat. Hampir semua orang tidak dilayan olehnya. Walaupun berita ini semakin hari semakin hangat, tetapi aku tidak merasa apa-apa yang hangatnya, maklumlah, aku tiada masa untuk memikirkan tentang hal-hal sebegini. Fikiranku hanyalah tentang kerja, duit dan pelajaran. Esok adalah hari isnin, jadual aku seperti biasa, sekolah dan kerja. Hari ahad sahaja aku tidak bekerja. Baik aku tidur sekarang. Aku tak mahu rasa mengantuk semasa bekerja.
   

Pukul 8.00 pagi, aku dah pun tiba di perkarangan sekolah. Kenapa nampak kecoh sangat ni? Kenapa diorang berpusu-pusu ke dewan? Aku bingung.
“Minta maaf, kenapa semua orang sedang berpusu-pusu ke dewan? Ada taklimat dari guru ke?” Soalku kepada seseorang yang sempat aku menanyakan soalan.
“Taklah, sekarang ni ada pengumuman penting dari Min Hyuk, anak bongsu dari Pengarah syarikat Topaz Holding. Ini perkara yang sangat luar biasa. Jomlah tengok cepat!” balasnya sedikit tercungap. Nampaknya perkara ni memang ada sesuatu yang luar biasa akan disampaikan.
     Aku pun tanpa berlengah lagi, mengatur langkah masuk ke dewan dengan perlahan. Wah, nampak macam semua orang sedang berkumpul di sini. Selalunya pada waktu taklimat dari guru, takdelah ramai orang yang hadir untuk ikut serta.
“Ehem.. Helo semua, saya nak buat satu pengumuman yang penting hari ini. Perkara ini sudah lama berlalu tetapi masih hangat diperkatakan,” kata Min Hyuk menggunakan mikrofon.
“Semua orang tahu kan tentang Mr. Mystery?” Katanya lagi. Dewan yang mula diam sebentar tadi mula kembali bising.
“Nampaknya, hubungan Mr. Mystery dan permaisuri Hyo Min harus didedahkan sekarang. Mr. Mystery adalah abang saya, Yong Hwa. Hubungan mereka sekarang bolehlah dikatakan agak mesra. Disebabkan itulah, abang saya menyuruh saya memberitahu hal ini. Terima kasih.” Min Hyuk terus beredar dari situ diikuti dengan sekelompok rakannya.
“Eh, bukan ke Yong Hwa tu yang terlibat dalam kemalangan kecil kat sekolah sampai tulang belakangnya retak tu? Tak sangka. Hyo Min dan dia mesti saling berhubung sebelum ni,” kata salah seorang pelajar di sebelahku. Aku terdengar perbualan mereka.
“Yalah, dah lama kita tak dengar berita tentang Yong Hwa sejak kemalangan tu. Dah dua tahun rasanya. Aku pun dah hampir lupa tentang dia, maklumlah, sekarang ni populariti dia diganti oleh adiknya, Min Hyuk.”
    Dah dua tahun? Patutlah aku tak tahu yang Min Hyuk ada abang. Aku baru belajar di sekolah ni sejak setahun yang lalu. Dia mungkin seorang yang kacak dan bijak, skandal Hyo Min lah katakan, mestilah taste yang tinggi. Dan yang paling peliknya, ‘Mr. Mystery’ atau Yong Hwa tu ada add aku di facebook. Kenapa ya? Dia bukannya kenal aku. Ah, lantaklah, bukannya penting sangat. Semakin lama dewan ini semakin kosong. Aku kemudiannya bergerak ke kelas.

“Aaah…” aku mendongakkan kepala dan tangan menolak muka ke atas. Aku sedang melakukan stretching. Sekarang waktu jasmani. Kelas kami disatukan dengan kelas Min Hyuk semasa pendidikan jasmani. Nampaknya, dia sedang giat bermain bola tampar. Yang perempuan ni, bukannya nak bersukan, tapi bersorak pulak untuk mereka. Macam nilah yang selalunya berlaku setiap waktu jasmani. Aku hanya bermain seorang diri.
“Lizzy, tolong cikgu pergi ke stor, tolong bawakan bola tampar lebih ke sini, budak lelaki tu perlukannya untuk latihan. Tolong cepat ya,” Ujar cikgu.
“Baiklah cikgu,” balasku.
“Terima Kasih,” ucap cikgu sambil menghulurkan kunci stor.
     Aku terus pergi menuju ke stor yang terletak 300 meter dari padang sekolah. Mana ya bola tampar… Berseleraknya stor ni! Kenapa tak disusun dengan rapi. Aku teruskan mencari tetapi masih tidak jumpa. Cikgu nak cepat ni, manelah perginya bola ni? Tiba-tiba kakiku tersadung pada tali yang berada di lantai. Aku terjatuh. Rak tu, rak tu nak jatuh ke arah aku!
     Aku menjerit sekuatnya di dalam hati, aku memejamkan mata. Badanku sudah kaku seperti batu di situ. Selang beberapa saat, aku masih tidak merasa apa-apa yang menghempap badanku. Perlahan-perlahan aku membuka mata. Mataku betul-betul bertentangan dengan mata Min Hyuk! Aku tersentak. Tubuhnya yang kecil itu menahan rak yang jatuh itu. Badannya melindungiku. Perasaan yang aneh, seluruh anggotaku kaku tetapi jangtungku berdegup laju.
“Awak dah habis pandang saya ke? Tolonglah saya,” katanya sedikit menyindir, mungkin menahan sakit. Aku hampir terlupa akan keadaannya sekarang.
“Ma… maafkan saya, saya tolong awak,” balasku gugup. Aku segera bangun dan menolak rak itu dari badannya.
“Lain kali hati-hati. Stor ni, memang nak kena saman ke? Kenapa berselerak sangat tempat ni? Bahaya pulak tu.”
    Aku masih gugup di situ. “Awak tak apa-apa ke? Sakit tak? Nak saya pimpin awak ke klinik?” Pantas soalanku dikeluarkan dari mulut. “Ma.. maafkan sa… saya sekali lagi.”
“Saya tak apa-apa, awak tak perlu risau. Selamat saya datang ke sini, kalau tak, awak mesti dah kena hempap dengan rak tadi. Saya datang ni pun sebab lama sangat orang yang nak ambil bola tampar,” katanya. Sambil itu, dia membelek tangannya mencari-cari jika ada luka. “Wah, nampaknya saya tak boleh teruskan bermainlah ni. Tengok ni.”
     Min Hyuk menunjukkan tangannya padaku, ada luka yang besar! Aku terkejut. Sampai begitu sekali jadinya.
“Min Hyuk, tangan awak! Saya minta maaf. Mari saya bawa awak pergi klinik sekarang juga!” Aku panik. Kerana akulah, dia jadi begini.
“Tak payahlah, kat sini kan ada kotak kecemasan. Awak jelah yang tolong bersihkan dan balutkan luka ni. Lagipun jauh sangatlah klinik. Awak kan ahli merit.”
     Betul juga katanya. Luka ni harus dibersihkan dengan cepat. Tapi aku pelik, macam mana dia tahu aku ahli merit sekolah?
“Err, macam mana awak tahu saya ahli merit?” Soalku sambil mencapai kotak kecemasan.
“Saya tahulah… Saya pernah nampak awak dengan pakaian seragam merit”
“Ooh, kalau sakit cakap ya,” Aku mula menyapu ubat pada luka dengan perlahan.
“Kalau awak buat, mesti tak sakit punya,” ujar Min Hyuk sambil melemparkan senyuman manis.
     Jantungku kembali berdegup tidak normal. Tanganku mula bergetar. Aku mahu siap balut lukanya segera. Aku pasti dia dapat melihat makna disebalik sikapku sekarang ni. Aku hanya berdiam diri.
“Ha, siap pun! Cantik awak balut tangan saya. Awak memang pandai.”
“Te… terima kasih. Saya terhutang budi awak, saya akan balasnya lain kali,” Aku terus beredar dari situ. Barulah rasanya aku dapat menghirup udara sajak dari tadi. Kenapa dia cakap macam tu? Mungkin nak sedapkan hati aku je kot. Atau mungkin itu adalah ayat sopan yang selalu digunakan dalam pertuturan mereka. Tapi ayat dan suaranya betul-betul membuat aku berasa tak senang duduk.

1 comment: